Posts

Showing posts from 2010

Kenapa aku masih solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat . Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua

mengapa wanita memerlukan lelaki

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta k

untukmu wanita

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan. Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya. Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya. Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang

6 persoalan hidup

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya, 1 - Pertama, " Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? " Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185) 2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? " Murid-muridnya ada yan

Disemberku. . .

Image
Disember. . kau hanya bulan di dalam tahun-tahun yang melewati walau apa jua bicara yang ku titipkan tak mungkin kau fahami bahasaku namun, Disember. . kehadiranmu, memberi 1000 erti dalam hidupku pelbagai erti yang tak mampu aku tuliskan menjadi satu pengungkapan cukuplah, aku tau disetiap detik bersamamu disember ada kenangan manis yang terukir ada pengalaman yang diraih ada makna disetiap peristiwa aku hanya pinjam harimu dibulan disember untuk ku titipkan setiap memory yang mengusik aku agar memory ini dapat ku imbas menjadi pengajaran untuk menempuh hari esok bukan untuk menjadi pengemis air mata bukan juga untuk menjadi lemah tapi untuk menjadi seteguh gunung jika. . . ada kesempatan untukku bersama mu disember sehingga tanggal 31 ku ingin lakarkan peristiwa manis untuk dikenang namun, jika kesempatan itu tiada sampaikan salam kemaafan pada jiwa2 yang pernah mengenaliku kerana terlahirnya aku penuh dengan kekurangan dan kesilapan yang telah menyakiti ber

kalut dan celaru

Image
Fikirku ingin mencoret kata hati ingin meluah rasa jiwa kepingin reda Namun, bahasa apa yang harus diguna? seperti, lenyap semua bahasa didunia yang tersisa. . . hanya bahasa bisu yang ku sendiri tidak fahami apa ertinya jika siang tidak cemburu izinkan aku menjadikan malam sebagai ilhamku melenyapkan kusut yang menganggu membunuh kalut yang celaru dan jika angin bisa mengerti pinjamkan aku sedikit dingin angin yang melayari meredakan benci yang menguasai mengganti syukur dihati ( kenape???? sume puisi aku sedih? huwaaaaaaaa. dah 23 tahun. why? why? why? help meeeeeeeeee!!!)

WAKE UP!!!

Image
Jika kau bernama seorang makhluk masalah itu tidak pernah berhenti mengikutimu namun, usah biarkan dirimu berada dalam lingkaran masalah belajarlah, KELUAR dari masalah cari apakah PUNCA dan bagaimana CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH kamu, adalah sebaik2 ciptaan allah jangan biarkan dirimu DIHINA oleh EMOSI MU SENDIRI kerana, emosi tidak pernah mengawal kamu tetapi, KAMU YANG MENGAWAL EMOSI. WAKE UP! GURLS N BOYS U CAN DO IT! DO DO THE BEST GUD LUCK! EHEHEHEHEHE

api

Image
Orang kata jangan bermain dengan api jika takut terbakar diri sendiri tapi pernahkah kita terfikir hidup kita sentiasa memerlukan api? kenali sifat api walau pun ia mampu membakar diri tetapi ia juga sering menyumbang bakti motif saye. . andai bertemu. . dengan seseorang bersikap api jangan singkirkan dia namun, belajarlah bagaimana untuk mengenali siapa dia

aku hanya seorang hamba

Image
Air mata mengalir di pipiku terkenang nostalgia lalu ketika ku lalui setuasi bahagia ku ikrar dalam jiwa ku genggam dalam dada agar bahagia itu milikku hingga ke akhirnya namun, aku hanya seorang hamba dititian dunia yang sementara bahagia dan nestapa bukanlah pengakhiran segalanya tetapi iktibar pada diri agar aku tidak lupa bahawa aku hanya seorang hamba -Deqyah pegeon-

entah. .

Image
Terdiam aku sendiri dibenak yang terhenti entah apa terjadi aku keliru sendiri haruskah semua, berlalu tanpa kata atau wajarkah aku meminta sejuta janji yang direka entah. . mungkin lebih baik ku belayar sendiri untuk apa... ditemani jika sentiasa disakiti

walau. .

Image
Walau aku bukan bintang yang bergemerlapan bukan juga bulan yang bercahaya terang bukan jua pelangi yang indah namun, aku masih seseorang yang bernama insan Hidup ini. . . harus diteruskan walau impian tidak seindah mimpi

Janji

Image
Ilham Seorang kekasih. . :) Apabila dua janji dipatri Seperti dua tangan yang sedang mengengam erat seutas tali Tetapi, apabila janji itu dimungkiri Tali itu akan terlerai dan tidak bermakna lagi Dan. . jika janji itu hendak dijalin kembali umpama dua tangan yang mengenggam Tali yang telah rapuh apabila ditarik dengan kuat Tali itu akan terputus. . .

keistimewaan lelaki dan perempuan. . .

Image
Cakkk! Deqyah nak kongsikan Info y Deqyah rasa sgt2 berguna untuk dikongsikan sebagai pengetahuan dan amalan kite bersama Deqyah dapat dari kawan Facebook Thanks ye. minta dikongsikan di blog Deqyah Bagi Deqyah takde kesempurnaan bagi seseorang yang bernama insan namun, setiap daripada kita diberi pilihan untuk menjadi yang terbaik samada lelaki atau perempuan telah termaktub kelebihan yang telah allah tentukan jadi, walau siapa pun kite lelaki atau perempuan kite adalah makhluk allah yang sgt2 istimewa :) selamat Membace. . SUBHANALLAH.. tengoklah faedah-faedah yang kita dapat jika kita buat ape yang di suruhNYA LELAKI bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan

big big world

Image
I'm a big big girl in a big big world It's not a big big thing if you leave me but I do do feel that I too too will miss you much miss you much... I can see the first leaf falling it's all yellow and nice It's so very cold outside like the way I'm feeling inside I'm a big big girl in a big big world It's not a big big thing if you leave me but I do do feel that I too too will miss you much miss you much... Outside it's now raining and tears are falling from my eyes why did it have to happen why did it all have to end I'm a big big girl in a big big world It's not a big big thing if you leave me but I do do feel that I too too will miss you much miss you much... I have your arms around me ooooh like fire but when I open my eyes you're gone... I'm a big big girl in a big big world It's not a

Entah. . . .

Image
Bertaut pada dahan yang salah jatuh bergelimpangan disudut bumi ingin bangun namun, tak terdaya terasa sukar putus asa! menghimpit jiwa yang rapuh untuk memulakan sesuatu bagai tiada erti sinar mentari memancar tanpa bayaran namun, terus dibayangi kelam dan gelap yang tergenggam dilepaskan yang hadir dibiarkan onak ranjau berduri ini memakan jiwa sedikit demi sedikit biarlah. . . terus terbaring disisi hampa hilang punca untuk berfikir hilang arah untuk melangkah entah. . . .

kita adalah. . .

Image
kita ibarat sebuah negeri hati adalah raja jiwa itu permaisuri minda(otak) adalah bendahara tubuh itu istana telinga adalah piagam lidah itu musuh mata adalah senjata tangan dan kaki itu tentera sifat mazmumah dan mahmudah itu adalah rakyat :) . . .

hidup ini . . .

Image
Hidup terlalu singkat. . . namun, sering kita dan aku menjalani kehidupan ini seakan tiada apa yang berlaku esok hari jika bukan setiap minit namun, setiap hari atau mungkin juga setiap minggu, bulan atau tahun kita dan aku sering diingatkan hidup ini bukan medan untuk bermain bukan juga tempat untuk menempa nama apetah lagi tempat mengumpul harta namun, ia 1 pengabadian pada yang maha esa tapi. . . kita dan aku sering sengaja terlupa lalai! alpa! menjadi makanan dan rencah dalam perbuatan tatkala siksa kubur azab api neraka dan kemurkaan allah dihamparkan menjadi 1 pedoman saat itu keinsafan tunduk di kaki taubat namun, saat dunia menyengung bahu erti takut dan insaf. . . hilang dan lunyai bersama kealpaan dan apabila kematian itu datang . . . apakah saat itu penyesalan menjadi titik permulaan? atau. . . . penamat dari sebuah kehidupan yang disia-siakan???? kita dan aku ada jawapannya!

indah dan hodoh

Image
1 kata sebelum tido. . . Yang indah itu selalu menjadi rebutan yang hodoh itu selalu dipertikaikan apakah kita terlupa? atau buat-buat lupa? bukankah indah dan hodoh itu, adalah anugerah dari yang maha esa (allah) ??? Harusnya, kehidupan ini tiada kasta rendah atau tinggi kedudukan seseorang itu tidak pernah menjanjikan keselamatan dalam gelora kehidupan ini kerana nama, pangkat dan harta bukan, senjata menongkah arus yang penting. . . "dimana ada keimanan disitu ada penyelesaian"

mengapa

Image
Mengapa ingin menjadi Seperti burung merak berseri Jika takdirmu hanya seekor merpati Mengapa ingin hidup bagai seorang puteri Jika pakaianmu hanya seperti pengemis sepi Mengapa mengharap kekayaan duniawi Jika kau sedar akhirat sedang menanti Mengapa ingin terus ditipu Dengan keindahan dunia dimatamu Jika hati berkata Ia hanya bersifat sementara

tolong aku

Image
Tolonglah isi alam Katakan padanya Bertapa aku benci Cintanya buatku sakit hati dan sangsi Khabarkan padanya Jangan buang masa Telah berkali ku nyata Namun, dia masih tak faham bahasa Suruh dia amek kesah Usah lagi bermain helah Aku penat dan lelah Bermain cinta dengan lelaki yang payah

tentang kealpaan

Image
Masih ku berpijak dibumi yang nyata Dalam keadaan alpa dan berdosa Berjuta kali lafaz taubat aku pinta Namun, masih ditakuk yang lama Bagaikan sang kecil yang hilang dari pegangan ibu bapa Terumbang ambing aku mencari arah dalam dewasa Pertunjuk ilahi datang tidak henti2 Namun, aku yang menzholomi diri Tanpa malu ku ketawa dalam dosa Tanpa sesal ku hidup dibuminya Dimana akan datangnya cahaya Jika sebelum ia menyala Aku telah meniup dengan gembira Dan akhirnya gelap dan sengsara Duhai jiwa yang kerdil Ku seru pada dirimu Kembalilah pada jalan tuhanmu Disana.. masih ada akhirat yang menunggu Hentikan cintamu pada dunia Ia hanya persinggahan yang sementara Sedarlah, dunia hanya ujian untuk sekalian hambanya

pinjamkan sebentar

Image
Berkali ku berbicara sendiri Dia bukan pemilik hati Dia hanya ingin menyakiti Untuk kepuasan diri Namun, aku masih berdiri penuh harap Tersenyum dengan cinta memandang penuh kasih Tanpa secalit rasa ingin beralih Bahasa apa yang harus aku gunakan Pada diri yang semakin parah Menyintai insan yang salah Aku tidak mahu akhirnya aku hanya menghias kaca yang ku anggap permata pecah tanpa rela hilang tanpa punca jika ada ubat untukku rawat hati yang telah disengat pinjamkan sebentar untukku merawat dan kembali pulih. . .

Terpaksa

Image
Terpaksa aku melangkah Dengan hati yang payah Dulu cinta segalanya indah Kini, semua telah berubah Walau cintaku masih bercambah Namun, tetapku mengalah dan pasrah Kerana takdir tidak berpihak padaku dan dia Untuk terus mencipta kesah THE END-

Ingin

Ingin rasanya aku mencuri Sedikit sinar mentari Memancar disebalik kegelapan hati Ingin rasanya aku meminjam sedikit air dilautan Melenyapkan kehausan jiwa yang ketandusan Dalam kemewahan terselit kemiskinan Ingin rasanya aku menumpang Diruang hati yang riang Mengemis kasih yang hilang

Tanya

Tanya pada hati kenapa sepi? Tentu jawab diberi Kerna dikhianati Tanya pada jiwa Mengapa kecewa Tentu jawabnya Kerna diluka Tanya pada diri Kenapa ingin sendiri Tentu tidak ingin dilukai lagi

Rindu pada pemilik hati

Image
Rindu pada pemilik hati Terlalu rindu Hingga tiada satu ungkapan yang mampu terucap dari bibirku Namun, terpaksa jua aku melangkah Mengabaikan rindu yang bertamu Demi berpuluh hati yang meminta dimengerti Hati ini? Biar ku rawat dengan anjakan masa yang berubah

cintailah aku. . .

Image
Jika bagimu mata ku seperti gelora di lautan aku pejamkan ia agar hatimu tidak karam Jika bagimu senyum ku seperti guruh berdentuman aku simpan ia agar hatimu Tenteram Jika bagimu suara ku seperti irama gitar mendendang lagu aku rela bisu dari hatimu terpaut rindu Jika bagimu cara ku berjalan seperti bidadari cinta aku rela cacat dari kau menangung dosa namun, Jika bagimu aku adalah 1 amanah dari allah untuk kau pelihara dengan iman dan takwa dengan akal dan ilmu aku rela rebah dalam dakapan cintamu "cintailah aku kerana allah"

aku tidak memerlukan kemaafanmu

Image
Maaf bila aku tidak lagi seperti dulu Maaf bila aku sering menyakitimu Maaf bila aku tidak lagi menghormatimu memang benar dulu, aku pernah berjanji akan menyintaimu sampai mati takkan meninggalkanmu walau apa jua yang terjadi namun, saat kau menipu dan mencurangiku hati ini mula berubah Tanpa sedar terbit rasa benci dan dendam terhadapmu malah, hati ini semakin jauh bila kau mempergunakan aku untuk kepentinganmu kau datang dengan cinta dan pujuk rayu tatkala kau merasa memerlukan aku kau hina aku tatkala hatimu diundang parah hingga aku turut dengan amarah dan benci terhadapmu siapa sebenarnya aku dihatimu? aku terbeban kerana menyintai insan sepertimu terpaksa aku lepaskan cinta ini biarlah cintamu dimiliki oleh seseorang yang layak menyintaimu kau inginkan yang terbaik maka, pergilah mencari yang paling sempurna untukmu moga benci dan dendam dihatiku berubah menjadi kemaafan dan mampu melihat kau sebagai seorang teman. cukuplah. . hentikan semua permainan ini aku anggap ia sebagai k

bersabarlah

Image
Jika. . suatu waktu dahulu aku pernah menyintaimu setulus hati percayalah cinta itu benar2 wujud untukmu kini. . cinta itu telah pergi saat ia merasakan kau tidak pernah menghargai usahlah berharap untuk aku kembali sekali kepercayaan ku dipersenda selamanya aku akan pergi dan jika aku masih berlegar diruangan hidupmu bukan bermakna hati ini ingin memiliki cintamu aku hanya ingin belajar memaafi dan tatkala. . aku telah memaafkan segalanya percaya lah.. segala memori bersamamu akan terpadam dengan sendiri sabarlah. . aku akan hilang dari laluan hidupmu . .

lihat, dengar dan tafsirlah

Dari sudut apa? kau melihat aku hingga terbit rasa cinta dihatimu Dari cerita dongeng siapa? kau dengar tentang diriku hingga aku menjadi srikandimu Dari mana? kau kenal aku hingga kau berani berikrar untuk memilikiku Lihat. . . dari sinar mata yang jujur bukan dari mata yang telah dibutakan cinta Dengar . . . Dari telinga yang benar bukan dari telinga yang ditekupkan dengan panahan cinta Tafsir. . . dari reality yang termaktub bukan dari fantasi cinta yang kau cipta

aku hanya ingin. .

Image
Aku bukan kenangan yang terindah untuk diingati bukan juga puisi yang halus menyentuh hati aku seperti seekor merpati terbang tanpa haluan dilangit tinggi kadang aku singgah di sebuah pelabuhan untuk menyingkap sejuta pengungkapan kadang aku lena digigi air hanya mengharap secebis tenang realitynya. . . aku hanya wanita biasa namun, air mata bukan bahasa luahan rasa biar sepi selalu singgah menyinggung hati dengan gurau yang busuk namun, senyum ini masih terukir kerana aku tahu air mata hanya meredakan beban tapi bukan jalan penyelesaian gelora hidup tidak pernah berhenti untuk menduga aku hanya ingin. . . titipkan 1 bicara yang aku fahami tapi bukan untuk dimengerti

kerana siapa?

Image
Desir angin menghembus lembut. Tertacap diwajah sepi. Membelai tubuh tanpa makna. Menghias bicara tanpa kata. Tanpa salam Serumpun resah menyinggah jiwa Rimas! Ingin dihalau tetamu bingit Namun, tidak terdaya Keindahan alam yang pernah menyentuh hati Seakan kelam dan suram Apa makna resah ini Kacau bilau menghimpit dada katakan duhai bintang dan bulan yang terhampar sejuta ilham denyut nafas yang tidak sekata ini kerana siapa?

Sedih

Image
Aku bukan menyalahkan takdir apetah lagi mengeluh marah hanya aku sedih dengan titian bisa yang tercucuk Aku sandarkan resah pada bahu yang salah lantas aku terperangkap dalam 1 masalah yang sangat susah! Aku menangis aku kesal aku marah namun, itu hanya kerana aku yang bersalah Ingin aku melangkah jauh dari sendu yang mengusik namun, sampai bila? sedih itu selalu ingin menjadi temanku. ..

aku milikmu

Image
Sayang. . . aku bukan menyintaimu kerana harta apetah lagi kerana rupa harta akan habis dimamah masa rupa akan tua dianjak usia maka apa alasannya. . aku menyintaimu? hanya 1 yang aku tahu kerana hatiku telah terpaut pada hatimu usah kau pinta aku berhenti menyintaimu kerana selagi nadi ku tidak berhenti selagi itu cinta ku tetap utuh walau dilanda gelora kehidupan walau diusik cemburu buta namun, cintaku tetap bersemadi untukmu sayang. . . usah, sesekali kau menitiskan air mata keranaku aku hadir untuk memancarkan sinar bahagia disetiap pelusuk hidupmu jika kau menangis keranaku aku akan merana namun, jika kau yang membuat aku menangis sedarlah, setiap kesilapanmu aku telah sediakan ruang kemaafan Bersaksikan mata yang memandang biar ku laungkan pada dunia Hati ini adalah milikmu usah gusar dengan mata yang mengintaiku kerana aku tidak pernah mengizikan ia menembusi hatiku kerana aku telah bisikkan pada mereka "aku milikmu"

ahhh! bintang

Image
berjuta bintang yang kelihatan di langit tuhan semua menyinar indah namun, hanya 1 yang menarik hati yang buat aku tersenyum dan menggamit memory aku bukan memuja bintang tapi aku kagum dengan keindahan sinar yang ada padanya Saat sepi mengusik hati aku cari sinar bintang untuk menagih sedikit senyum dibibirku ahhh! bintang tanpa sedar kau selalu menjadi sumber ilhamku

biarkan

Image
Dalam retak menanti belah masih mengharap tercantum lagi Dalam usang menanti roboh masih mengharap ada ikhsan dihati hingga lupa yang berakhir takkan dimiliki yang terlepas xkan digenggam lagi apa lagi? harapan sudah punah impian telah hancur yang tersisa hanya bicara menikan jiwa maka biarkan jangan ditabur luka dengan garam kelak menyimpan benci dan dendam

sayang. . .

Image
mengenali-mu adalah saat2 yang terindah kau bagai sang cahaya yang menyinari saat aku dalam kegelapan sikapku sering mengusik hatimu namun, kau masih sabar melayan kerenah ini entah, aku hanya kejora malap namun, kau membuatkan aku terasa sempurna jika aku seorang pelukis ingin rasanya aku melukis potretmu disetiap penjuru hidupku agar hatiku selalu tahu bahawa.. kau telah memilikinya jika hatimu cemburu bisikkan padanya aku hanya menyintaimu terlalu sayang..

untuk yang merajuk

Image
Awak. . . janganlah merajuk lama sangat kite xbiase bile awak xde dulu. . mase kite susah hati org pertama yang kite ingat adalah awak mase kite eppy awak gak org per1 yang kite cari sebab awak special sgt awak. . . . kite ingat lagi tau awak pernah cakap ngan kite "walau seburuk mana pun kite, awak akan terima kite seadanya, and! awak xkan tinggalkan kite walau apa pun yang terjadi." tapi sekarang. . . awak kat mane? kite cari awak kat merata2 tempat tapi tak jumpe awak dah tak sayang kite? dah tak perlukan kite mcm dulu? awak. . . awak taukan. . . kite sayang awak banyak mane? awak taukan awak penting sangat bagi kite? awak. . . maafkan kite klo awak terasa ngan sikap kite tapi, kite nak awak tau kite selalu cuba yang terbaik untuk buat awak gembira tapi, klo awak tak gembira ngan kite biar. . pasni kite lak yang merajuk ngan awak baru awak tau mcm mane sakitnye merindu. . awak. . miss u sangat (bukan untuk sape2. hanya untuk awek or pakwe y merajuk) peace...

aku tak peduli lagi

Image
Tak peduli lagi Tentang dirimu Tak peduli lagi Apa kau mahu aku tahu. . . kau penuh dengan kepalsuan! setiap bicaramu hanya kosong tidak berisi aku lelah! letih! dengan permainanmu maka terserahlah kerana aku sudah tidak peduli lagi kau ada atau tiada kini, bagiku tiada bezanya yang penting. . . kite ENJOY!!! ehehe. . .

terpulang pada masa. . .

Image
Suatu ketika dahulu ku ukir namamu disetiap penjuru hati hembusan nafasku adalah kerana menyintaimu tingkah laku ku pelihara agar kau bangga memiliki cintaku dan aku percaya kau jujur menyintaiku tanpa sekelumit pura lalu ku bercerita pada yang bertanya KAU KEKASIHKU! namun, saat aku telah membuat keputusan untuk menerima lamaranmu rupanya, kau hanya bermain LULUH hati ini namun, aku tidak berdaya untuk menolak apa yang telah tertulis hari ini biar pun aku tidak lagi memiliki cinta itu namun, aku masih cinta walau kau manabur benih benci namun, ku menghias benih rindu terpulang pada masa untuk tumbuh jambangan bunga atau duri yang mencucuk