Posts

Showing posts from August, 2011

Syaitan

Bismillahirrohmanirrohim. .   . Sedikit kelapangan masa yang allah berikan kepada saya seketika waktu ini, saya ambil kesempatan untuk berkongsi pengetahuan bersama sahabat2 yang dikasihi allah.. yang saya petik dari buku arwah abah saya Ustaz Ghazali Bin Hasbullah yang bertajuk “Syaitan” sesungguhnya ilmu itu milik allah.. hanya allah yang berkuasa memberikan pada sesiapa yang dikehendakinya. Ilmu dunia itu normal.. namun untuk mengetahwi ilmu akhirat itu sangat sedikit golongan yang memperolehinya.. semoga sedikit perkongsian ini ada manfaatnya… “ berikan sedikit masa anda untuk mengetahwi apa yang belum kita ketahwi….” .  Syaitan. . .                                                                    Saya percaya, tiada siapa yang tidak pernah mendengar nama SYAITAN. Tapi adakah kita cukup mengenali siapakah sebenarnya SYAITAN? Yang menyeru kita ke arah jalan neraka? Ke arah maksiat? Dan ke arah jalan menyekutukan allah? Maka, disini saya lampirkan sedikit latar belakang SYAITA

biarkan aku berbicara sendiri. . .

Image
Dalam kemerlapan cahaya bulan di atas sana aku termenung di satu sudut bumi yang tertulis untukku bernaung disini aku masih begini dalam 1 kehidupan yang sederhana namun, cukup membuatkan nafasku sekata menungku bukan kerana duka bukan juga kerana lelah tapi kerana rasa syukur di atas kebahagian yang tidak terhingga ini aku bukan bangga apetah lagi lupa diri namun, rasa untuk menghargai membuatkan pesona ku hanya untuk melakar memori biar ada suara yang menggoncang hati ada mata yang termual sendiri selagi aku tidak menyentuh rasa yang tidak enak di hati insan lain maka biarkan aku berbicara sendiri kerana nokhtah kecil ini akan menjadi lakaran rindu buatmu~  

Rindu sokmo dehhh. . .

Image
Seteguh mana pun diriku Masih goyah tatkala rindu mengoncang hati Sekuat mana pun aku Masih lemah disaat wajah-mu meliar difikiran Hanya doa pengubat kerinduan Gurau senda menjadi teman Walau berat menongkah hati dengan perpisahan sementara yang termaktub Namun, aku redha diatas tanggungjawab dibahu-mu Usah resah diatas penerimaanku. . . Kerana aku telah berjanji pada diri Untuk menjadi kekuatan dan penenang dirimu~ Usah gusar saat tidak mampu memenuhi keinginan duniaku Kerana aku bukan ingin dimanja dengan harta Saat bila dirimu sangat mengenali diri ini Maka saat itu. . . kau akan tahu permintaan kecilku hanya sebuah pengertian~ Kuatkan hati mu Kerana allah telah mengukur kemampuan yang ada pada dirimu dan diriku Tentang hari esok. . . Aku serahkan pada ketentuan ilahi Namun, hari ini aku hanya ingin menyintaimu kerana allah Hanya ingin menjadi kekuatan buatmu~ Biar dunia marah dengan rasa cintaku Biar du

terima kasih abg~

Image
  semalam aku dikejutkan dengan kehadiran halilintar rupanya allah ingin berikan aku khabar gembira bahawa hari ni ada seorang pendamping yang akan membahagiakan aku hadir dia membuatkan aku lupa tentang badai kehidupan senyuman dia cukup membuatkan aku rasa selamat ya allah~ kekalkanlah rasa kasih ini hingga ke syurga aku ingin membahagiakan dia berkongsi segala suka duka dan menjadi penenangnya dikala gurauan kehidupan menyentuh hatinya abg. . . syg bukan wanita yang sempurna tapi insyaallah.. syg akan belajar menjadi diantara yang sempurna untuk abg... suami syg yang tercinta... andai ada kekurangan dan kebodohan syg selama kita bersama syg mohon kemaafan dimata syg. .  abg cukup sempurna... selagi allah mengizinkan syg disisi abg selagi itu syg akan membahagiakan abg... love u forever insyaallah.... :) terima kasih ea jadi suami syg. .