Posts

Showing posts from January, 2011

Wasiat Untuk Isteri

Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada d

Call me

Image
anda gagal dlm BERCINTA..?! meragui akan kejujurannya? kecewa dgn sikapnya? ingin MEMBUNUH DIRI?! call me: KEDAI KERANDA 07-5208000 7pg-7mlm. ehehehehehehehehehehehe

Windows. .

Image
Se orang pekerja baru yang bernama Syakir pening apabila bossnya suruh membuka Microsoft Excel. Godek punya godek , akhirnya dia membuka DOS. “Hey! Saya minta kamu buka Excel kenapa malah buka DOS…??” teriak boss dia. “Gini boss, saya tak mau melanggar peraturan..” jawabnya. Si Boss kebingungan, dan bertanya, “Peraturan apa?” Sambil menunjuk tulisan di dinding, Syakir membacanya. “This room is equipped with air conditioner, please do not open windows… Windows jer dah tak boleh apalagi Excel!” ahahahahahaha.. senget. .

Berlambak, banyak dan bersepah

Image
Cerita ini bermula setelah 3 orang yang selamat dari kapal terbang terhempas dilautan. Mereka bertiga selamat setelah berenang kesebuah pulau dan diselamatkan oleh sebuah helicopter persendirian yang melintas dipulau tersebut. Ketiga2 mereka terdiri dari rakyat Amerika 1 Malaysia 1 dan indon 1. Semasa dalam penerbangan itu terlihatlah oleh orang Amerika buah apple lalu dikunyahnya sekali terus dibuang gigit sekali terus buang kat luar kononnya nak menunjuk-nunjuk . Bila ditanya apasal gigit sekali terus buang ngan selamba dia jawab kat negeri dia berlambak-lambak.. pastu orang indon ni Nampak rokok kretek lalu dihisap nya sekali sedut..terus buang ..diambil lagi sebatang hisap sekali sedut terus dibuang keluar sambil berkata "loeh ...NGAK apa kat negeri gue banyak benda ni.." dan habis je dia bercakap dengan tak semene-mena orang Malaysia ni terus tolak dia keluar. terkejutlah orang amerika tu !!!! kenape kamu tolak dia ??? “Don`t worry sir” kat negera saya bersepah lagi

eksekutif

Image
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata “Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ” “Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari” “Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua. “KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua. “Satu jawapan yang sangat baik , l

Bapa Buat Magik

Image
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak. Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Duhai Anak. . .

Image
Anak. . . Walau aku lihat dunia ini terlalu ganas untukmu namun, sebelum kelahiranmu allah telah tetapkan Takdir sesuai mengikut kemampuanmu Berdoalah Duhai Anak. . . Semoga apa yang telah engkau janjikan ketika berada di dalam rahim ibumu menjadi titik nokhtah di dalam setiap langkah Anak. . Kuatkan hatimu menjadi musafir di bumi allah kerana kita seorang hamba yang lemah Anak... Jangan jadikan usia mu satu pembaziran manfaatkan ia menjadi 1 kenikmatan Biar tangis ibumu kerana ketaatan mu Bukan air mata itu kerana kederhakaanmu Didalam apa jua keputusan kembalilah kepada allah kerana dia lebih mengetahwi apa yang tidak kita ketahwi

Berdamailah wahai hati2 yang saling membenci

"Demi yang diriku di dalam gengamannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. dan kamu tidak beriman selagi kamu tidak berkasih sayang. mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu membuatnya kamu akan berkasih sayang? "sebarkanlah salam diantara kamu." (Riwayat muslim dari abu Hurahrah.) "Orang mukmin bagi orang mukmin laksana bangunan yang sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain. (Riwayat Muslim) "Tidak halal bagi seorang mukmin memulaukan saudaranya lebih dari tiga hari keduanya berjumpa lalu berpaling dan ini berpaling (masing-masing berpaling dari saudaranya). dan yang paling baik dari keduanya ialah memulakan salam (memulakan pendamaian) dan mengucapkan ASSALAMUALAIKUM kepada saudaranya." (Riwayat Bukhari dan Muslim) "Tidak halal bagi lelaki yang memulaukan seorang mukmin lebih dari tiga hari. maka sekiranya telah lalu tiga hari. maka hendaklah dia menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya. maka sekiranya saudar

Diam

Image
Manusia berbicara setiap masa. Bicarayang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia- sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. HIKMAH DIAM 1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah 2. Perhiasan tanpa berhias 3. Kehebatan tanpa kerajaan 4. Benteng tanpa pagar 5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang 6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal 7. Menutupi segala aib Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya

6 perkara untukmu

Image
تقبلوا الي بست أتقبل لكم بالجنة فقالوا وما هن؟ قال: اذا حدث أحدكم فلا يكذب واذا وعد فلا يخلف واذااءتمن فلا يخن وغضوا أبصاركم واحفظو فروجكم وكفوا أيديكم "Tanggunglah untukku dengan enam perkara, nescaya aku tanggung untukmu dengan syurga Mereka (para sahabat) lalu bertanya : "apakah yang enam perkara itu? " Rasulullah s.a.w menjawab : " Apabila seseorang daripada kamu berbicara, maka jangan ia berdusta. Apabila ia berjanji, maka jangan ia menyalahinya. Apabila ia diberi kepercayaan (amanah), maka jangan ia berkhianat. Dan tutuplah matamu! jagalah kemaluanmu! Dan cegahlah tanganmu." Dirawikan: (AL-hakim dan Al-kharaithi) Petikan dari kitab : احياءعلوم الدين Oleh : IMAM AL-GHAZALI M/S : 344

Rukun Taubat

Image
Imam nawawi r.a. menerangkan dalam 'Riyadhus-syalihin' bahawa taubat itu hendaknya dilakukan secara sempurna dengan mematuhi rukun-rukun iaitu: 1. Berhenti dari maksiat itu 2. Menyesal terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan 3.Berjanji dengan penuh kesungguhan tidak akan mengulangi dosa itu 4.Bila dosa berkaitan orang lain, hendaklah menyelesaikan persoalan itu dengan orang itu sendiri.

Tanda hati yang mati

Image
Berkata ahli Hikmah:"Di antara tanda-tanda matinya hati adalah tiadanya kesedihan atas apa yang telah berlalu sedangkan kamu tidak melakukan ketaatan. Begitu juga kamu tidak menyesal atas perbuatan dosa yang telah kamu lakukan". Hati apabila hidup dengan iman, maka dia akan merasa susah manakala tertinggal daripadanya amal ketaatan, dan merasa menyesal apabila melakukan maksiat. Sebaliknya dia merasa gembira apabila menjalankan ketaatan, sehingga dia diberi pertolongan untuk menjauhi segala kemaksiatan dan kejahatan, Apabila ada orang yang tidak mempunyai sifat seprti ini, menandakan bahawa hatinya telah mati.

wanita

Image
Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk kedalam syurga mengikut pintu mana(pilihan) yang ia sukai. (Riwayat At-Tabrani) Tanda sempurna iman seseorang kamu ialah yang terbaik akhlak. seseorang lelaki itu ialah yang terbaik akhlak terhadap isterinya. (Riwayat At-Tarmizi)

kedudukan iman seseorang

Image
1). IMAN TAQLID. Iman taqlid ialah iman ikut-ikutan atau iman "pak turut" iaitu orang yang beriman dengan semua rukun iman yang enam, iaitu beriman kepada allah,malaikat kitab,rasul,hari akhirat dan Qadha-Qaddar ditentukan allah. namun, keimanan itu hanya ikut-ikutan sahaja, tanpa kefahaman. 2). IMAN ILMU. Kedudukan iman ilmu ialah iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja. iaitu seseorang yang telah mempelajari dan memahami tentang allah, malaikat,kitab-kitab, nabi,nabi,hari kiamat dan lain-lain yang diwajibkan diimani oleh setiap orang mukallaf. 3). IMAN 'AYYAN Kedudukan iman 'ayyan, imannya bertempat dihati (jiwa), bukan lagi difikiran sebagaimana orang beriman ilmu. Hatinya sentiasa sensitif dengan allah dan sentiasa mengingati allah. setiap perkara yang dilakukan. dilihat dan diingati hatinya sentiasa mempunyai hubungan dengan allah. 4). IMAN HAK. Iman hak ialah iman yang sebenar, yang dicapai sesudah seseorang itu mencapai iman 'ayyan. seseorang yang

kelemahan kekuatan akal

Image
1). MUDAH LUPA KEPADA KEBESARAN ALLAH SWT. Sebabnya ialah kerana ia merasa dirinya hebat dan tidak memerlukan pihak lain, hatta kepada allah pun ia terasa kurang penting untuk bergantung. oleh sebab itu bukan sahaja ia tidak mahu berdoa memohon pertolongan dan bantuan allah, bahkan sembahyang pun dia lupa untuk melakukan, demikian juga dengan puasa dan perintah allah, kerana dianggap kurang perlu. 2). LUPA TUGAS DAN PERANANNYA KEPADA ORANG LAIN. Lupa untuk memikirkan kepentingan dan kerja-kerja masyarakat, malah lupa untuk memikirkan keluarga sendiri kerana asyik dengan keistimewaan akalnya, dalam melakukan kerja-kerja membuat analisis, kajian dan sebagainya. 3). LUPA DIRI. Orang yang mempunyai kekuatan akal adakalanya lupa pada diri sendiri, sehingga dirinya tidak terurus kerana sibuk dengan teori dan kajiannya. sehingga janggut dan misainya panjang melebihi had yang disunnahkan. Demikian juga dengan pakaiannya dan biliknya tidak tersusun, berselerak dengan buku nota dan kajiannya.

kelebihan kekuatan akal

Image
1). MAMPU DAN BERFIKIR TAJAM. Hasil fikirannya melahirkan pelbagai teori yang tidak terfikir oleh orang biasa dia boleh pula memahamkan orang lain tentang teori ciptaannya itu samada melalui menulis buku, memberi penerangan atau lain-lain. 2). BERILMU. kerana kekuatan akalnya lebih, dia senang mengingati ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Bahkan dia mampu mencungkil ilmu-ilmu yang tersirat. 3). BERHATI-HATI. Kerana ketajaman fikirannya, dia cukup berhati-hati supaya kerjanya tidak salah atau tidak menemui jalan buntu.

golongan orang yang beriman

Image
Di dalam al Quran Allah memuji golongan yang beriman 'ayyan dan menggelarkan mereka dengan pelbagai gelaran yang baik, di antaranya: a). Orang solehin (orang yang baik) b). Golongan Abrar (orang yang berbakti) c). golongan Muflihun (orang yang mendapat kemenangan) d). golongan Al Faizuun (orang yang mendapat kemenangan) e). golongan Ashabul Yamin (orang yang akan menerima suratan amal dari sebelah kanan dipadang mahsyar nanti)

La tag dhab (لا تغضب)

Image
Bismillah Hirrohma nirrahim. . . salam silaturrahim من كف غضبه ستر الله عوررته ertinya: barang siapa yang menahan kemarahannya, nescaya ditutup oleh allah auratnya ( yang malu diketahwi orang) - Dirawikan ibnu abid-dun-ya dari ibnu umar- ibnu umar berkata:" aku bertanya kepada Rasulu llah s.a.w.: " katakanlah kepadaku suatu perkataan dan sedikitkanlah, mudah-mudahan aku memahaminya." lalu Rasulu llah s.a.w menjawab. " jangan engkau marah." maka aku ulangi pertanyaan tadi dua kali kepada Rasulu llah s.a.w. tiap-tiap kali yang demikian. beliau kembali kepada jawapan. "jangan engkau marah." - Dirawikan abu ya`la dari ibnu umar- Allah taa`la telah menjadikan sifat marah itu dari api. dan dijadikannya sifat itu menjadi gharizah(instink) pada insan. dan diramaskannya dengan lumpur. maka manakala ia terhambat, dari salah satu hajatnya dan salah satu dari maksudnya. nescaya menyalalah api kemarahanya. dan api itu berkobar-kobar. yang menjadikan

JANGAN ENGKAU KHAWINI WANITA YANG ENAM

Image
Pic ni xde kene mengena tau.. ehehehehe JANGAN ENGKAU KHAWINI WANITA YANG ENAM 1- Wanita Ananah:- Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. 2- Wanita Mananah:- Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”. 3- Wanita Hananah:- Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 4- Wanita Hadaqah:- Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. 5- Wanita Baraqah: - 1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. 2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. 6- Wanita Syadaqah:- Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

Rahsia Rakaat Dalam Solat

Image
Salam penuh kasih sayang same2 kite share Rahsia Rakaat Dalam Solat Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya" Solat Subuh Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan) Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar) Solat Zuhur

4 nabi yang masih Hidup

Image
Salam ceria. . . entry kali ni, bukan kepunyaan deqyah tapi Deqyah copy paste dr blog seorang sahabat same2lah kite berkongsi semoga ada manfaatnya bersama selamat membaca. . 4 Nabi yang masih hidup dan tetap diberi riziqi dari khazanah Allah swt. Mereka adalah golongan yang dikhususkan oleh Allah swt. 2 Nabi Ada dibumi yaitu nabi Khidir dan Nabi ilyas a.s. Ditempatkan di bagian bumi yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui tempat itu 2 Nabi ada di langit yaitu nabi isa dan nabi idris a.s. Ditempatkan di bagian langit yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui tempat itu. 1. Nabi Khidhir a.s. Ikhwah, aku terbaca dalam sebuah posting geng anak Pak Wahab yang menyatakan bahawa menurut jumhur ulama Nabi Khidhir itu sudah wafat dan hanya golongan minoriti sahaja yang berpendapat bahawa Nabi Khidhir masih hidup. Sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya kerana jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan ha