Monday, January 24, 2011

Duhai Anak. . .

Anak. . .
Walau aku lihat dunia ini terlalu ganas untukmu
namun, sebelum kelahiranmu
allah telah tetapkan Takdir sesuai mengikut kemampuanmu

Berdoalah Duhai Anak. . .
Semoga apa yang telah engkau janjikan
ketika berada di dalam rahim ibumu
menjadi titik nokhtah di dalam setiap langkah

Anak. . Kuatkan hatimu
menjadi musafir di bumi allah
kerana kita seorang hamba yang lemah

Anak...
Jangan jadikan usia mu satu pembaziran
manfaatkan ia menjadi 1 kenikmatan

Biar tangis ibumu kerana ketaatan mu
Bukan air mata itu kerana kederhakaanmu

Didalam apa jua keputusan kembalilah kepada allah
kerana dia lebih mengetahwi apa yang tidak kita ketahwi

1 comment:

  1. duhai anak berbaktilah kepada kedua org tuamu itu selagi hayat dikandung badan....

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...