Thursday, April 16, 2009

Kejujuran

Andai kejujuran boleh dibeli
aku sanggup gadaikan diri

Andai kejujuran boleh diminta
aku rela menjadi pengemis buta

Andai kejujuran dalam hutan hantu
aku sanggup sesat disitu

Andai kejujuran dalam lautan dalam
aku rela karam dan tenggelam

Andai kejujuran dalam mulut serigala
aku sanggup dibahamnya

tapi sayang. . .
kejujuran berada dalam hati insan

yang tidak boleh diteroka dan dipaksa
hanya terlahir bila direlakan kelahirannya

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...