Friday, January 9, 2009

2009 tanpa cinta

Keterlaluan tak kalau aku cakap azam aku 2009 ni, aku taknak ada sebarang komitment dengan cinta? cop! aku tak menolak cinta, cuma buat masa ni, aku memerlukan masa untuk diri aku sendiri, jadi aku nak tolak cinta kat tepi. aku nak utamakan kehidupan aku. yupzz! mmg manusia dijadikan berpasang-pasangan, dan tipu la kalau aku kata, selepas apa yang berlaku, aku serik dengan cinta, stop dengan cinta untuk selamanya, poyo sgt tu. aku tak serik, bagi aku apa yang berlaku, adalah satu pengalaman. dan aku tak takut untuk mencuba lagi. cuma bukan buat masa sekarang. bukan untuk tahun ni. dan mungkin juga bukan untuk 2,3 tahun ni.

Bila semua dah jelas, aku akan fikirkan semula tentang cinta cinton nih. cuma buat masa ni, biar la aku buang jauh2 perasaan untuk disayangi or menyayangi, aku percaya! akan ada seseorang untuk aku, cuma siapa dia? biarlah allah yang menentukan.aku taknak terburu2 lagi dalam memilih seseorang sebagai teman hidup, yang akan melalui suka duka dengan aku. kalau bercinta untuk dipermainkan dan mempermainkan, hurmm.. xde makna la..

Bukan takde yang cuba mengisi kekosongan hati aku, ada! dan aku juga ada terusik dengan kehadiran seseorang, tapi aku tolak sume tu kat tepi, aku tak tahu kenapa, sekarang ni, aku tak caya kat sape2 pun. bagi aku sume tu ujian untuk aku. kalau aku tak kuat, mungkin aku akan jatuh kat tempat yang sama berulang kali.

pesanan seseorang untuk aku "dalam keadaan awak sekarang, awak kena hati2,mungkin ada lelaki yang akan sanggup melutut kat awak, tapi awak kena ingat, dorang bukan betul2 nak awak. ada benda yang dorg nak,." adeshhhh... tul gak ckp dia. tetibe aku terus jadi takut ngan lelaki2 kat luar sana. muahahahahahahaha... susah betul nak cari orang yang betul2 nak kat kita, yang leh jaga kite. hurmm..

apa pun aku dah tekad 2009 TANPA CINTA...

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...