teman
saat hidup ini mengujimu
dengan dugaan yang besar
hati ini sakit melihat kau susah
hati ini resah mendengar kau payah
aku ingin menjadi penanggung bebanmu
ingin meredakan kesusahanmu..
namun, aku tidak mampu...
aku hanya mampu mengirimkan doa buatmu
dan aku hanya mampu berdiri disebelahmu
tanpa keluhan dan jemu
teman
bersabarlah dengan ujian tuhan
jangan marah dengan takdirmu
sesungguhnya apa yang berlaku
ada hikmah yang tersembunyi
yang masih belum terungkai
percayalah...
tuhan mengujimu
kerana "Dia" mengasihi
bukan kerana dia benci
hadapilah semua ini
dengan tabah dan sabar
teman
Bila hari ini tuhan menarik kesenangan darimu
janganlah kau menyangka hidup ini tidak adil
ada kebaikkan untukmu disebalik apa yang terjadi
sesungguhnya hamba2 yang dikasihi allah
sentiasa di uji...
teman
senyumlah sayang..
kerana senyumanmu buat aku bahagia
aku ingin selalu melihat bahagia itu milikmu
teman
carilah aku, bila kau perlu
bila resah menganggu
bila hati tak tentu
kerana aku ada disini untukmu...
AKU TIDAK PANDAI MENULIS YANG MENINGGALKAN KESAN DI HATI SESIAPA, TETAPI AKU BERHARAP SEDIKIT PENULISAN ATAU PERKONGSIAN YANG AKU SIMPAN DISINI. ADA MANFAAT BAGI YANG MEMERLUKAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DOA ANAK RAJIN SOLAT
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...
-
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian bagi allah S.W.T. ...
-
Bismillahirrohmanirrohim.. Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah bu...
No comments:
Post a Comment
Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .