Sunday, January 11, 2009

semua telah berakhir...



aku ingat! dengan ketawa.. boleh hilang semua masalah. tapi aku terlupa. selagi aku tak cari jalan penyelesain bagi sesuatu masalah yang menimpa, masalah tu akan bertambah berat. malah akan jadi satu bebanan yang tak tertanggung.

hari ni aku rasa sedih sangat. rasa nak je aku ngadu kat sape2. dengar luahan hati aku ni. aku nak sandarkan pale aku kat bahu dia. nak polok dia kuat2. pastu nak nangis macam baby kat dada dia. wakakakaka... hampeh je...

hati ni rasa macam xselesa sangat. lagi2 bila "Dia" datang, citer masa depan yang entah apa2 ngan aku. aku tak tahu kenapa "Dia" macam tu, aku tak marah bila "Dia" pergi tinggalkan aku demi masa depan dia. tapi aku marah. bila dia dah buat keputusan tinggalkan aku, then dia datang ceritakan tentang masa depan aku ngan "Dia". tentang impian dah harapan. klakonya dia. masih wujud ke sebuah impian kalau semuanya dah berakhir?...

memang aku tak sesempurna wanita lain. memang aku takde apa2 kelebihan. tapi tak perlu la layan aku macam ni. bila dah buat keputusan. yakinlah dengan keputusan sendiri. kenapa perlu membina rumah di atas angin?. aku tak pernah berdendam atas apa yang berlaku. tapi jangan tanamkan perasaan benci di hati aku.

aku tak salahkan "dia" sepenuhnya, sebab apa yang berlaku aku juga bersalah. sebab aku tak kuat! aku tak tabah! tapi, apa yang berlaku dah berlaku. tak perlu menuding jari pada sesiapa. cukuplah, aku tak pernah mempersoalkan apa jua keputusan "dia". jangan usik hati aku lagi dengan impian yang bermacam2. kalau satu pun "dia" tak mampu kotakan. biar aku dengan kehidupan aku. cukup lah... takde apa yang perlu dijelaskan lagi sebab semuanya dah berakhir...

1 comment:

  1. ksabaranmu ckup sempurna utk hadapi kenyataan..dlm idop ade kjayaan n kgagalan..:)

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...