Tuesday, June 24, 2008

secubit kasih..

ku buka jendela, pantas angin mengusap lembut wajahku, ku sisipkan helaian rambut yang terjurai, ah! hari semakin redup, mungkin sebentar lagi hujan akan turun, bisik hatiku, benar, tekaanku, saat ini hujan sedang turun dengan lebatnya. namun, jari jemariku semakin rancak menari. kain baju di luar aku biarkan dibasahi hujan. panggilan ibuku, ku jawab dengan pernantian. hampir, aku menjadi seorang anak yanng derhaka. Nau'zubillah!
saat ini, hati ku di usik rindu, dijamah sepi dan sunyi, hampir aku berhenti bernafas kerana terlalu rindu! apa juga hal yang berada di sisiku, aku memandang tanpa perasaan, hanya sekilas mataku melihat, lantas aku terus sibuk melayan rindu yanng mendatang. Rindu! oh rindu! andai aku punya kemampuan, aku mahu hidup tanpa cinta. kerana cinta hatiku rindu, kerana rindu hatiku sepi dan sunyi. aku mengharapkan bahagia, namun, sepi yang menjelma. ini semua gara2 terlalu cinta!
Aku letih menjadi seorang penunggu sepi, aku rela di tinggalkan daripada terus di sakiti.
kerana aku bukan memberi cinta untuk di luka. hanya berikan aku secubit rasa bahagia. hanya secubit kasih...

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...