Friday, October 9, 2009

suamiku. . .

Suamiku. . .
Sedarkah kau saat kau menikahi aku
aku menangis
bukan kerana takut untuk melayari hidup denganmu
tapi aku takut
jika tidak mampu menjadi yang terbaik

Suamiku. . .
jika kau letih izinkan aku melayanmu penuh kasih
jika kau marah izinkan aku memohon maaf
sesungguhnya. . .
aku bukan beban padamu
namun, aku tongkat yang sedia menampung kesusahanmu

suamiku. . .
jika kau tidak mampu menyediakan kemewahan untukku
jangan pernah merasa sedih
kerana aku tidak meminta kau memanjakan aku dengan harta
atau mengajar aku tentang kenikmatan dunia
namun, ajarkanlah aku tentang erti ketakutan kepada tuhan

Suamiku. . .
jika terbit rasa bosan terhadapku tunjukkanlah dimana silapku
jangan tinggalkan aku tanpa sebab dan alasan
kerana aku adalah isterimu

suamiku. .
jika dimata insan lain kau tidak sempurna
namun, dimata isterimu ini
kau adalah yang terbaik..

Dan seharusnya kau tahu. . .
jika ada yang memandangmu
aku cemburu
kerana aku mengasihimu lebih dari apa yang kau tahu
tentang kesetianku
usah menjadi tajuk pergaduhan
kerana aku adalah milikmu . . .

-pegeon87-

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...