Semua orang jatuh cinta tapi cinta yang tulus bermula dari hati dan cinta tidak boleh dicipta kerana cinta adalah natural. Cinta bukan satu gambaran yang pasti, yang mampu dilihat dan disentuh. Tetapi cinta hanya boleh dirasa! Dan rasa itu hanya milik insan yang tertentu, namun! Yang pasti cinta itu ada dalam setiap jiwa manusia…
Cinta selalu dilebelkan sebagai buta!!! Butakah cinta? Sedangkan cinta tidak pernah punya mata seperti manusia. Hakikatnya manusia yang buta kerana cinta…
Cinta oh cinta…
Cinta boleh membawa kebaikan tetapi cinta juga boleh membawa padah dalam kehidupan. Tetapi bukan cinta yang memandu kita dalam kehidupan. Akal dan ilmu sebagai panduan allah sebagai penunjuk jalan. Maka jangan biarkan cinta memusnahkan hidup kita. Kerana hadirnya cinta bukan untuk derita tetapi cinta datang bersama berjuta-juta kebahagian dan senyuman.
Cinta…
Kita selalu tersenyum bila cinta membelai kita dengan bahagia, membuat kita tersenyum dengan kehadiran dia. Saat itu kita mengagung-ngagungkan cinta, kita laungkan pada semua “aku jatuh cinta. indahnya hidup bila bercinta…” tetapi bila kita diduga dengan kecurangan cinta. Cinta yang pernah kita agungkan kita tolak ketepi, kita berteriak marah “sial cinta, kalau aku tahu peritnya bercinta. Aku tak mahu jatuh cinta…” kenapa macam tu? Hakikanya itulah manusia… bersyukur dengan nikmat marah dengan ujian…
Sedangkan cinta adalah satu nikmat dan ujian adalah satu rahmat…
Cinta dan nafsu adalah dua perkara yang berbeza…
Bila kita sanggup berubah kearah kebaikkan demi seseorang, itulah cinta! Tapi bila cinta merubah kita menjadi seseorang yang bebal sehingga kita sanggup menyerahkan mahkota seorang perempuan pada seorang lelaki yang bukan mahram atau menjatuhkan maruah kepimpinan seorang lelaki dengan mencabuli an-nisa` yang telah di amanahkan allah kepadanya. Itu bukan cinta. Tapi itu nafsu amarah yang hidup dalam diri manusia.
Cinta adalah sesuatu yang murni tetapi manusia selalu mengotori cinta dengan nafsu.
Hargailah nilai sebuah cinta. Kerana cinta adalah satu nikmat dan anugerah dari allah.
Dan nikmat itu milik allah. jangan menyesal bila suatu hari nanti allah menarik kembali nikmat itu. sama-samalah kita berfikir. Kerana aku, kau atau kamu punya rasa cinta….hikhikhik…
AKU TIDAK PANDAI MENULIS YANG MENINGGALKAN KESAN DI HATI SESIAPA, TETAPI AKU BERHARAP SEDIKIT PENULISAN ATAU PERKONGSIAN YANG AKU SIMPAN DISINI. ADA MANFAAT BAGI YANG MEMERLUKAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DOA ANAK RAJIN SOLAT
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...
-
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian bagi allah S.W.T. ...
-
Bismillahirrohmanirrohim.. Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah bu...
No comments:
Post a Comment
Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .