saat malam sunyi dan sepi
aku terjaga sendiri
ku lihat kanan dan kiri
rupanya aku hanya seorang diri
entah mengapa hatiku diulit sepi
tanpa ku sedari air mata mengalir dipipi
jiwa ku bagai dihiris belati
hendak ku pujuk namun, rajuk tidak henti
mungkin kerana aku bintang yang malap
maka kerana itu aku tidak dihiraukan
mungkin juga kerana aku pelangi yang pudar
maka kewujudan aku tidak menjadi perhatian
jika kehadiran aku tidak diperlukan
aku juga tidak memerlukan
jika aku hanya sebuah objek untuk disimpan
tinggalkan aku sendirian
aku tidak akan merayu lagi
apetah lagi meminta2 simpati
biar terus ditemani sepi
aku akan terus memujuk hati
namun, andai aku berubah
janganlah aku dipersalah
namun, jika kau berubah
aku pasrah!!
AKU TIDAK PANDAI MENULIS YANG MENINGGALKAN KESAN DI HATI SESIAPA, TETAPI AKU BERHARAP SEDIKIT PENULISAN ATAU PERKONGSIAN YANG AKU SIMPAN DISINI. ADA MANFAAT BAGI YANG MEMERLUKAN.
Wednesday, July 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DOA ANAK RAJIN SOLAT
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...
-
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian bagi allah S.W.T. ...
-
Bismillahirrohmanirrohim.. Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah bu...
No comments:
Post a Comment
Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .