Wednesday, July 2, 2008

fikirkan

merangkak dalam kepayahan
berdiri dalam keperitan
berlari dalam keterpaksaan
akhirnya terhenti dalam ketakutan

apa makna sebuah kehidupan
jika hidup dalam kesempitan
sedang bahagia ada di hadapan
sayang, jika hidup dipersiakan

bukan tiada peluang
tapi tidak mencari ruang
sengaja menyalahkan keadaan
sedang mahu hidup dalam kesenangan

fikirkan masa depan
kerana sebuah harapan
perlu kesungguhan
bukan angan-angan

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Tik Tok Tik Tok..

 Proses Untuk Berdamai Dengan Takdir Bukan Sehari Dua Kadang Berbulan, Bertahun Tapi, Bila Sampai Satu Titik Boleh Redha Dan Tenang Itu Buka...