Thursday, December 23, 2010

Kenapa aku masih solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

mengapa wanita memerlukan lelaki

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

untukmu wanita

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.

Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.

Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.

Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat

Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.

Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.

Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.

Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.

Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.

Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.

Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.

Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.

Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.

Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.

Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"

Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.

Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.

Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.

Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,

Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

6 persoalan hidup

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185)

2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A'araaf, 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Surah Al-Ahzaab, 72)

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Tuesday, December 21, 2010

Disemberku. . .

Disember. .
kau hanya bulan di dalam tahun-tahun yang melewati
walau apa jua bicara yang ku titipkan
tak mungkin kau fahami bahasaku
namun, Disember. .
kehadiranmu, memberi 1000 erti dalam hidupku
pelbagai erti yang tak mampu aku tuliskan menjadi satu pengungkapan
cukuplah, aku tau
disetiap detik bersamamu disember
ada kenangan manis yang terukir
ada pengalaman yang diraih
ada makna disetiap peristiwa
aku hanya pinjam harimu dibulan disember
untuk ku titipkan setiap memory yang mengusik aku
agar memory ini
dapat ku imbas menjadi pengajaran untuk menempuh hari esok
bukan untuk menjadi pengemis air mata
bukan juga untuk menjadi lemah
tapi untuk menjadi seteguh gunung
jika. . . ada kesempatan untukku bersama mu disember
sehingga tanggal 31
ku ingin lakarkan peristiwa manis untuk dikenang
namun, jika kesempatan itu tiada
sampaikan salam kemaafan pada jiwa2 yang pernah mengenaliku
kerana terlahirnya aku
penuh dengan kekurangan dan kesilapan
yang telah menyakiti beribu hati
semoga. . . esok masih ada untuk kita
kasih Disemberku. . .
:)

Sunday, December 19, 2010

kalut dan celaru


Fikirku ingin mencoret kata
hati ingin meluah rasa
jiwa kepingin reda

Namun, bahasa apa yang harus diguna?
seperti, lenyap semua bahasa didunia
yang tersisa. . .
hanya bahasa bisu
yang ku sendiri tidak fahami
apa ertinya

jika siang tidak cemburu
izinkan aku menjadikan malam sebagai ilhamku
melenyapkan kusut yang menganggu
membunuh kalut yang celaru

dan jika angin bisa mengerti
pinjamkan aku sedikit dingin angin yang melayari
meredakan benci yang menguasai
mengganti syukur dihati

( kenape????
sume puisi aku sedih?
huwaaaaaaaa.
dah 23 tahun.
why? why? why? help meeeeeeeeee!!!)


Thursday, December 16, 2010

WAKE UP!!!

Jika kau bernama seorang makhluk
masalah itu tidak pernah berhenti mengikutimu
namun, usah biarkan dirimu
berada dalam lingkaran masalah
belajarlah, KELUAR dari masalah
cari apakah PUNCA
dan bagaimana CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
kamu, adalah sebaik2 ciptaan allah
jangan biarkan dirimu DIHINA
oleh EMOSI MU SENDIRI
kerana, emosi tidak pernah mengawal kamu
tetapi, KAMU YANG MENGAWAL EMOSI.
WAKE UP! GURLS N BOYS
U CAN DO IT!
DO DO THE BEST
GUD LUCK!
EHEHEHEHEHE


api

Orang kata
jangan bermain dengan api
jika takut terbakar diri sendiri
tapi pernahkah kita terfikir
hidup kita sentiasa memerlukan api?
kenali sifat api
walau pun ia mampu membakar diri
tetapi ia juga sering menyumbang bakti
motif saye. .
andai bertemu. .
dengan seseorang bersikap api
jangan singkirkan dia
namun, belajarlah bagaimana untuk mengenali siapa dia


aku hanya seorang hamba


Air mata mengalir di pipiku
terkenang nostalgia lalu
ketika ku lalui setuasi bahagia
ku ikrar dalam jiwa
ku genggam dalam dada
agar bahagia itu milikku hingga ke akhirnya
namun, aku hanya seorang hamba
dititian dunia yang sementara
bahagia dan nestapa
bukanlah pengakhiran segalanya
tetapi iktibar pada diri agar aku tidak lupa
bahawa aku hanya seorang hamba
-Deqyah pegeon-

Monday, December 6, 2010

entah. .

Terdiam aku sendiri
dibenak yang terhenti
entah apa terjadi
aku keliru sendiri
haruskah semua, berlalu tanpa kata
atau wajarkah aku meminta
sejuta janji yang direka
entah. .
mungkin lebih baik ku belayar sendiri
untuk apa...
ditemani jika sentiasa disakiti

Thursday, December 2, 2010

walau. .

Walau aku bukan bintang
yang bergemerlapan
bukan juga bulan
yang bercahaya terang
bukan jua pelangi
yang indah
namun, aku masih seseorang
yang bernama insan
Hidup ini. . .
harus diteruskan
walau impian tidak seindah mimpi


Wednesday, December 1, 2010

Janji


Ilham Seorang kekasih. . :)

Apabila dua janji dipatri
Seperti dua tangan yang sedang mengengam erat seutas tali
Tetapi, apabila janji itu dimungkiri
Tali itu akan terlerai dan tidak bermakna lagi
Dan. . jika janji itu hendak dijalin kembali
umpama dua tangan yang mengenggam Tali yang telah rapuh
apabila ditarik dengan kuat
Tali itu akan terputus. . .


Tuesday, September 28, 2010

keistimewaan lelaki dan perempuan. . .


Cakkk!
Deqyah nak kongsikan Info y Deqyah rasa sgt2 berguna
untuk dikongsikan sebagai pengetahuan dan amalan kite bersama
Deqyah dapat dari kawan Facebook
Thanks ye. minta dikongsikan di blog Deqyah
Bagi Deqyah
takde kesempurnaan bagi seseorang yang bernama insan
namun, setiap daripada kita
diberi pilihan untuk menjadi yang terbaik
samada lelaki atau perempuan
telah termaktub kelebihan yang telah allah tentukan
jadi, walau siapa pun kite
lelaki atau perempuan
kite adalah makhluk allah yang sgt2 istimewa
:)
selamat Membace. .



SUBHANALLAH.. tengoklah faedah-faedah yang kita dapat jika kita buat ape yang di suruhNYA



LELAKI bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.



BERATKAN?Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??



Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.



Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)



Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



WANITA :Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.Menerima pusaka kurang dari lelaki.



Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.



Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.



Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?Itulah bandingannya dengan seorang wanita.



Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.



Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :1. ibunya ,2. isterinya ,3.anak perempuannya , dan4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :1. suaminya,2. ayahnya,3. anak lelakinya dan4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :1. sembahyang 5 waktu2. puasa di bulan Ramadhan3. taat suaminya dan4. menjaga kehormatannya .



Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....



Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)



Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap

Thursday, July 29, 2010

big big world

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing
if you leave me
but I do do feel
that I too too will miss you much
miss you much...

I can see the first leaf falling
it's all yellow and nice
It's so very cold outside
like the way I'm feeling inside

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing
if you leave me
but I do do feel that
I too too will miss you much
miss you much...

Outside it's now raining
and tears are falling from my eyes
why did it have to happen
why did it all have to end

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing
if you leave me
but I do do feel that
I too too will miss you much
miss you much...

I have your arms around me
ooooh like fire
but when I open my eyes
you're gone...

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing
if you leave me
but I do do feel
that I too too will
miss you much
miss you much...

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing
if you leave me
but I do feel I will
miss you much
miss you much...




Thursday, July 1, 2010

Entah. . . .


Bertaut pada dahan yang salah
jatuh bergelimpangan
disudut bumi
ingin bangun
namun, tak terdaya
terasa sukar
putus asa!
menghimpit jiwa yang rapuh
untuk memulakan sesuatu
bagai tiada erti
sinar mentari memancar tanpa bayaran
namun, terus dibayangi
kelam dan gelap
yang tergenggam dilepaskan
yang hadir dibiarkan
onak ranjau berduri ini
memakan jiwa sedikit demi sedikit

biarlah. . .
terus terbaring disisi hampa
hilang punca untuk berfikir
hilang arah untuk melangkah
entah. . . .


Sunday, June 20, 2010

kita adalah. . .

kita ibarat sebuah negeri
hati adalah raja
jiwa itu permaisuri
minda(otak) adalah bendahara
tubuh itu istana

telinga adalah piagam
lidah itu musuh

mata adalah senjata
tangan dan kaki itu tentera
sifat mazmumah dan mahmudah itu
adalah rakyat
:) . . .

hidup ini . . .


Hidup terlalu singkat. . .
namun, sering kita dan aku menjalani kehidupan ini
seakan tiada apa yang berlaku esok hari
jika bukan setiap minit
namun, setiap hari
atau mungkin juga setiap minggu, bulan atau tahun
kita dan aku sering diingatkan
hidup ini bukan medan untuk bermain
bukan juga tempat untuk menempa nama
apetah lagi tempat mengumpul harta
namun, ia 1 pengabadian pada yang maha esa
tapi. . .
kita dan aku sering sengaja terlupa
lalai! alpa! menjadi makanan
dan rencah dalam perbuatan
tatkala siksa kubur
azab api neraka
dan kemurkaan allah
dihamparkan menjadi 1 pedoman
saat itu keinsafan tunduk di kaki taubat
namun, saat dunia menyengung bahu
erti takut dan insaf. . .
hilang dan lunyai bersama kealpaan
dan apabila kematian itu datang . . .
apakah saat itu penyesalan menjadi titik permulaan?
atau. . . .
penamat dari sebuah kehidupan yang disia-siakan????
kita dan aku ada jawapannya!

Thursday, June 17, 2010

indah dan hodoh

1 kata sebelum tido. . .

Yang indah itu selalu menjadi rebutan
yang hodoh itu selalu dipertikaikan

apakah kita terlupa? atau buat-buat lupa?
bukankah indah dan hodoh itu, adalah anugerah dari yang maha esa (allah) ???

Harusnya, kehidupan ini tiada kasta
rendah atau tinggi kedudukan seseorang itu
tidak pernah menjanjikan keselamatan
dalam gelora kehidupan ini
kerana nama, pangkat dan harta
bukan, senjata menongkah arus

yang penting. . .
"dimana ada keimanan disitu ada penyelesaian"



Tuesday, May 25, 2010

mengapa

Mengapa ingin menjadi
Seperti burung merak berseri
Jika takdirmu hanya seekor merpati

Mengapa ingin hidup bagai seorang puteri
Jika pakaianmu hanya seperti pengemis sepi

Mengapa mengharap kekayaan duniawi
Jika kau sedar akhirat sedang menanti

Mengapa ingin terus ditipu
Dengan keindahan dunia dimatamu
Jika hati berkata
Ia hanya bersifat sementara


tolong aku

Tolonglah isi alam
Katakan padanya
Bertapa aku benci
Cintanya buatku sakit hati dan sangsi

Khabarkan padanya
Jangan buang masa
Telah berkali ku nyata
Namun, dia masih tak faham bahasa

Suruh dia amek kesah
Usah lagi bermain helah
Aku penat dan lelah
Bermain cinta dengan lelaki yang payah


tentang kealpaan

Masih ku berpijak dibumi yang nyata
Dalam keadaan alpa dan berdosa

Berjuta kali lafaz taubat aku pinta
Namun, masih ditakuk yang lama

Bagaikan sang kecil yang hilang dari pegangan ibu bapa
Terumbang ambing aku mencari arah dalam dewasa

Pertunjuk ilahi datang tidak henti2
Namun, aku yang menzholomi diri

Tanpa malu ku ketawa dalam dosa
Tanpa sesal ku hidup dibuminya

Dimana akan datangnya cahaya
Jika sebelum ia menyala
Aku telah meniup dengan gembira
Dan akhirnya gelap dan sengsara

Duhai jiwa yang kerdil
Ku seru pada dirimu
Kembalilah pada jalan tuhanmu
Disana.. masih ada akhirat yang menunggu

Hentikan cintamu pada dunia
Ia hanya persinggahan yang sementara
Sedarlah, dunia hanya ujian untuk sekalian hambanya

pinjamkan sebentar

Berkali ku berbicara sendiri
Dia bukan pemilik hati
Dia hanya ingin menyakiti
Untuk kepuasan diri

Namun, aku masih berdiri penuh harap
Tersenyum dengan cinta
memandang penuh kasih
Tanpa secalit rasa ingin beralih

Bahasa apa yang harus aku gunakan
Pada diri yang semakin parah
Menyintai insan yang salah

Aku tidak mahu
akhirnya aku hanya menghias kaca
yang ku anggap permata
pecah tanpa rela
hilang tanpa punca

jika ada ubat
untukku rawat
hati yang telah disengat
pinjamkan sebentar untukku merawat
dan kembali pulih. . .

Terpaksa

Terpaksa aku melangkah
Dengan hati yang payah
Dulu cinta segalanya indah
Kini, semua telah berubah
Walau cintaku masih bercambah
Namun, tetapku mengalah dan pasrah
Kerana takdir tidak berpihak padaku dan dia
Untuk terus mencipta kesah

THE END-

Sunday, May 16, 2010

Ingin

Ingin rasanya aku mencuri
Sedikit sinar mentari
Memancar disebalik kegelapan hati

Ingin rasanya aku meminjam sedikit air dilautan
Melenyapkan kehausan jiwa yang ketandusan
Dalam kemewahan terselit kemiskinan

Ingin rasanya aku menumpang
Diruang hati yang riang
Mengemis kasih yang hilang

Tanya

Tanya pada hati kenapa sepi?
Tentu jawab diberi
Kerna dikhianati

Tanya pada jiwa
Mengapa kecewa
Tentu jawabnya
Kerna diluka

Tanya pada diri
Kenapa ingin sendiri
Tentu tidak ingin dilukai lagi

Monday, May 10, 2010

Rindu pada pemilik hati

Rindu pada pemilik hati
Terlalu rindu
Hingga tiada satu ungkapan yang mampu terucap dari bibirku
Namun, terpaksa jua aku melangkah
Mengabaikan rindu yang bertamu
Demi berpuluh hati yang meminta dimengerti
Hati ini?
Biar ku rawat dengan anjakan masa yang berubah




Wednesday, March 31, 2010

cintailah aku. . .

Jika bagimu
mata ku seperti gelora di lautan
aku pejamkan ia agar hatimu tidak karam

Jika bagimu
senyum ku seperti guruh berdentuman
aku simpan ia agar hatimu Tenteram

Jika bagimu
suara ku seperti irama gitar mendendang lagu
aku rela bisu dari hatimu terpaut rindu

Jika bagimu
cara ku berjalan seperti bidadari cinta
aku rela cacat dari kau menangung dosa

namun, Jika bagimu
aku adalah 1 amanah dari allah
untuk kau pelihara dengan iman dan takwa
dengan akal dan ilmu
aku rela rebah dalam dakapan cintamu
"cintailah aku kerana allah"

Tuesday, March 30, 2010

aku tidak memerlukan kemaafanmu

Maaf
bila aku tidak lagi seperti dulu
Maaf
bila aku sering menyakitimu
Maaf
bila aku tidak lagi menghormatimu
memang benar
dulu, aku pernah berjanji
akan menyintaimu sampai mati
takkan meninggalkanmu
walau apa jua yang terjadi
namun, saat kau menipu dan mencurangiku
hati ini mula berubah
Tanpa sedar
terbit rasa benci dan dendam terhadapmu
malah, hati ini semakin jauh
bila kau mempergunakan aku untuk kepentinganmu
kau datang dengan cinta
dan pujuk rayu
tatkala kau merasa memerlukan aku
kau hina aku tatkala hatimu diundang parah
hingga aku turut dengan amarah dan benci terhadapmu
siapa sebenarnya aku dihatimu?
aku terbeban kerana menyintai insan sepertimu
terpaksa aku lepaskan cinta ini
biarlah cintamu dimiliki oleh seseorang yang layak menyintaimu
kau inginkan yang terbaik
maka, pergilah mencari yang paling sempurna untukmu
moga benci dan dendam dihatiku
berubah menjadi kemaafan
dan mampu melihat kau sebagai seorang teman.
cukuplah. .
hentikan semua permainan ini
aku anggap ia sebagai kegagalan dalam menokhtah sebuah cinta
jika cinta tidak pantas untukku
biar aku sendiri
dan sesungguhnya. .
bila mana aku memohon kemaafanmu
sedikit pun, aku tidak mengharapkan
kau memaafkan aku.
saat ini. .
apa jua yang terjadi pada dirimu
aku tidak ingin tahu
pergi dan pergi dari hidupku
selagi hati ini tidak mampu memaafkanmu
jangan sesekali hadir menyinggahiku


Thursday, March 25, 2010

bersabarlah

Jika. .
suatu waktu dahulu
aku pernah menyintaimu
setulus hati
percayalah
cinta itu benar2 wujud untukmu
kini. .
cinta itu telah pergi
saat ia merasakan
kau tidak pernah menghargai
usahlah
berharap untuk aku kembali
sekali kepercayaan ku dipersenda
selamanya aku akan pergi
dan jika aku masih berlegar diruangan hidupmu
bukan bermakna
hati ini ingin memiliki cintamu
aku hanya ingin belajar memaafi
dan tatkala. .
aku telah memaafkan segalanya
percaya lah..
segala memori bersamamu
akan terpadam dengan sendiri
sabarlah. .
aku akan hilang dari laluan hidupmu . .

Saturday, March 20, 2010

lihat, dengar dan tafsirlah

Dari sudut apa?
kau melihat aku
hingga terbit rasa cinta dihatimu

Dari cerita dongeng siapa?
kau dengar tentang diriku
hingga aku menjadi srikandimu

Dari mana?
kau kenal aku
hingga kau berani berikrar untuk memilikiku

Lihat. . .
dari sinar mata yang jujur
bukan dari mata yang telah dibutakan cinta

Dengar . . .
Dari telinga yang benar
bukan dari telinga yang ditekupkan dengan panahan cinta

Tafsir. . .
dari reality yang termaktub
bukan dari fantasi cinta yang kau cipta

aku hanya ingin. .

Aku bukan kenangan yang terindah untuk diingati
bukan juga puisi yang halus menyentuh hati
aku seperti seekor merpati
terbang tanpa haluan dilangit tinggi
kadang aku singgah di sebuah pelabuhan
untuk menyingkap sejuta pengungkapan
kadang aku lena digigi air
hanya mengharap secebis tenang
realitynya. . .
aku hanya wanita biasa
namun, air mata bukan bahasa luahan rasa
biar sepi selalu singgah
menyinggung hati dengan gurau yang busuk
namun, senyum ini masih terukir
kerana aku tahu
air mata hanya meredakan beban
tapi bukan jalan penyelesaian
gelora hidup tidak pernah berhenti untuk menduga
aku hanya ingin. . .
titipkan 1 bicara yang aku fahami
tapi bukan untuk dimengerti

Monday, March 8, 2010

kerana siapa?

Desir angin menghembus lembut. Tertacap diwajah sepi. Membelai tubuh tanpa makna. Menghias bicara tanpa kata.

Tanpa salam
Serumpun resah menyinggah jiwa
Rimas! Ingin dihalau tetamu bingit
Namun, tidak terdaya

Keindahan alam yang pernah menyentuh hati
Seakan kelam dan suram
Apa makna resah ini
Kacau bilau menghimpit dada

katakan duhai bintang dan bulan
yang terhampar sejuta ilham
denyut nafas yang tidak sekata ini
kerana siapa?

Monday, March 1, 2010

Sedih

Aku bukan menyalahkan takdir
apetah lagi mengeluh marah
hanya aku sedih
dengan titian bisa yang tercucuk

Aku sandarkan resah
pada bahu yang salah
lantas aku terperangkap dalam 1 masalah
yang sangat susah!

Aku menangis
aku kesal
aku marah
namun, itu hanya kerana aku yang bersalah

Ingin aku melangkah
jauh dari sendu yang mengusik
namun, sampai bila?

sedih itu selalu
ingin menjadi temanku. ..


Saturday, February 20, 2010

aku milikmu

Sayang. . .
aku bukan menyintaimu kerana harta
apetah lagi kerana rupa
harta akan habis dimamah masa
rupa akan tua dianjak usia

maka apa alasannya. .
aku menyintaimu?
hanya 1 yang aku tahu
kerana hatiku telah terpaut pada hatimu

usah kau pinta aku berhenti menyintaimu
kerana selagi nadi ku tidak berhenti
selagi itu cinta ku tetap utuh
walau dilanda gelora kehidupan
walau diusik cemburu buta
namun, cintaku tetap bersemadi untukmu

sayang. . .
usah, sesekali kau menitiskan air mata
keranaku
aku hadir untuk memancarkan sinar bahagia
disetiap pelusuk hidupmu
jika kau menangis keranaku
aku akan merana
namun, jika kau yang membuat aku menangis
sedarlah, setiap kesilapanmu
aku telah sediakan ruang kemaafan

Bersaksikan mata yang memandang
biar ku laungkan pada dunia
Hati ini adalah milikmu
usah gusar dengan mata yang mengintaiku
kerana aku tidak pernah mengizikan
ia menembusi hatiku
kerana aku telah bisikkan pada mereka
"aku milikmu"

Friday, February 19, 2010

ahhh! bintang

berjuta bintang yang kelihatan
di langit tuhan
semua menyinar indah
namun, hanya 1 yang menarik hati
yang buat aku tersenyum
dan menggamit memory
aku bukan memuja bintang
tapi aku kagum
dengan keindahan sinar yang ada padanya
Saat sepi mengusik hati
aku cari sinar bintang
untuk menagih sedikit senyum dibibirku
ahhh! bintang
tanpa sedar
kau selalu menjadi sumber ilhamku

Thursday, February 18, 2010

biarkan

Dalam retak menanti belah
masih mengharap
tercantum lagi
Dalam usang menanti roboh
masih mengharap
ada ikhsan dihati
hingga lupa
yang berakhir takkan dimiliki
yang terlepas xkan digenggam lagi
apa lagi?
harapan sudah punah
impian telah hancur
yang tersisa
hanya bicara menikan jiwa
maka biarkan
jangan ditabur luka dengan garam
kelak menyimpan benci dan dendam


sayang. . .

mengenali-mu
adalah saat2 yang terindah
kau bagai sang cahaya
yang menyinari saat aku dalam kegelapan

sikapku sering mengusik hatimu
namun, kau masih sabar melayan kerenah ini
entah, aku hanya kejora malap
namun, kau membuatkan aku terasa sempurna

jika aku seorang pelukis
ingin rasanya
aku melukis potretmu
disetiap penjuru hidupku
agar hatiku selalu tahu
bahawa.. kau telah memilikinya

jika hatimu cemburu
bisikkan padanya
aku hanya menyintaimu

terlalu sayang..

untuk yang merajuk

Awak. . .
janganlah merajuk lama sangat
kite xbiase bile awak xde
dulu. . mase kite susah hati
org pertama yang kite ingat
adalah awak
mase kite eppy
awak gak org per1 yang kite cari
sebab awak special sgt
awak. . . .
kite ingat lagi tau
awak pernah cakap ngan kite
"walau seburuk mana pun kite, awak akan terima kite seadanya, and! awak xkan tinggalkan kite walau apa pun yang terjadi."
tapi sekarang. . .
awak kat mane?
kite cari awak kat merata2 tempat
tapi tak jumpe
awak dah tak sayang kite?
dah tak perlukan kite mcm dulu?
awak. . .
awak taukan. . .
kite sayang awak banyak mane?
awak taukan
awak penting sangat bagi kite?
awak. . .
maafkan kite
klo awak terasa ngan sikap kite
tapi, kite nak awak tau
kite selalu cuba yang terbaik
untuk buat awak gembira
tapi, klo awak tak gembira ngan kite
biar. . pasni kite lak yang merajuk ngan awak
baru awak tau
mcm mane sakitnye merindu. .
awak. .
miss u sangat

(bukan untuk sape2. hanya untuk awek or pakwe y merajuk)
peace...


DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...