Saturday, July 16, 2011

“SUAMIMU ADALAH SYURGA DAN NERAKAMU…..”


WASIAT UMMU IYAS KEPADA PUTRINYA. . .

Wahai putriku, kalau pun wasiat ini hanya meninggalkan sesuatu bagi keutamaan adab dan menonjolkan keturunan, tentu aku tidak akan menyampaikannya kepadamu dan akan menjauhkannya darimu. Tetapi  ini peringatan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal. Wahai putriku! Andaikata seorang wanita memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya dan keperluan kepadanya, tentulah aku orang yang paling tidak memerlukannya. Tetapi wanita diciptakan untuk laki-laki dan laki-laki diciptakan untuk wanita.  

 Sesungguhnya kau akan berpisah dengan perlindungan yang dari situlah engkau keluar, dan  engkau akan meninggalkan sarang yang dari situlah engkau dibesarkan, untuk beralih ke suatu tempat tinggal yang belum engkau ketahui dan kepada pendamping yang engkau tidak pernah bergaul dengannya dan dengan kerajaannya dia akan menjadi raja. Maka jadilah engkau sebagai khadamnya, nescaya dia akan menjadi hamba bagimu. 

Jagalah sepuluh hal bagi kepentingannya . nescaya sepuluh hal ini akan menjadi simpanan bagimu.

Pertama Dan Kedua: pergaulan dengan menciptakan kepuasan, dan pergaulan dengan cara tunduk yang baik. Kerana kekuatan merupakan ketenangan hati dan dalam  kekuatan yang baik terkandung keredaan allah.

Ketiga dan Keempat: menjaga sasaran pandangan matanya dan penciumannya. Jangan sampai pandangan matanya menangkap sesuatu yang buruk padamu dan jangan dia mencium kecuali dari bau yang harum.

Kelima Dan Keenam: memperhatikan waktu makan dan dan waktu yang tepat untuk tidur. Kerana rasa lapar yang memuncak boleh mengakibatkan sikap yang menyala-nyala dan tidur yang terganggu akan menimbulkan rasa amarah.

Ketujuh dan kelapan: menjaga hartanya dan memelihara kehormatan keluarganya, iaitu dengan mempertimbangkan harta miliknya dan mengurus secara baik keluarganya.

Kesembilan Dan Kesepuluh: janganlah engkau membocorkan rahsianya dan janganlah menderhakai perintahnya. Sebab jika engkau membocorkan rahsianya, nescaya engkau tidak akan selamat dari pengkhianatannya. Dan jika engkau menderhakai perintahnya, bererti engkau menyesakkan dadanya. Di samping semua ini, janganlah engkau menampakkan kegembiraan jika ia bersedih dan janganlah menampakkan kesedihan  jika ia gembira. Kerana sikap yang pertama  boleh disebut meremehkan dan sikap yang kedua dapat mengeruhkan. Sejauah mana engkau dapat menunaikan untuk dirinya, maka sejauh itu pula kemuliaan akan diberikan kepadamu. Sejauh mana engkau boleh menyesuaikan diri dengannya maka sejauh itu pula engkau akan menerima perlakuan yang baik.

Ketahwilah wahai putriku, bahawa engkau tidak akan mampu melakukan semua ini kecuali jika engkau boleh mendahulukan kesukaannya daripada kesukaanmu dan mementingkan kehendaknya daripada kehendakmu, kecintaanmu atau apapun yang kamu benci. Sesungguhnya jika engkau melakukan yang demikian itu, dia pun akan meletakkan kebaikan pada dirimu.

“SUAMIMU ADALAH SYURGA DAN NERAKAMU…..”

Petikan “50 wasiat Rasululllah untuk wanita”

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...