Sunday, July 17, 2011

ku sambut kedatanganmu~




Dalam hati perempuan ini
ada rasa amarah yang memuncak
ingin rasanya kejahatan dibalas dengan kejahatan
namun, andai aku biarkan ia berlaku
maka, misi dia telah berjaya
untuk membuatkan emosi aku terusik dan hati aku menangis
maka teruskan lah. . .
aku percaya. . .
allah itu selalu denganku
teruskan dengan misi-mu
aku hanya berdoa
maka biar allah yang membalasnya
kerana aku bukan sempurna
kerana aku tidak pernah lari dari dosa
maka ku andaikan ini sebagai kifarah dari tuhanku
padamu~ yang tidak pernah berhenti
biarlah. .  suatu waktu nanti allah yang menghentikanmu
maka bila mana, allah menghendaki takdir ini menyusuri hidupku
hikmahnya adalah  kemanisan yang tersembunyi
maka bila mana, sudah cukup ia bagiku
maka segalanya akan terhenti
ya allah. . .
aku tidak kuat..
untuk menghadapi jahatnya sikap seorang manusia
namun, tanpa kemampuan yang telah kau ukurkan padaku
takkan kau berikan aku ujian seberat ini
kerana itu, kau utuskan dia sebagai perantara
maka. .  ku sambut kedatanganmu wahai perantaraku
lakukan sewenangnya. . .
namun, apabila doaku telah terangkat
jangan bertanya mengapa musibah meratapimu~

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...