Monday, October 27, 2025

Tuan 24jam..

 Aku akui.. Apa yang berlaku Dalam Hidup Aku Kebelakangan ni. 

Allah Uji aku dengan satu dosa yang sangat-sangat aku takut.

Kehadiran Lelaki lain dalam hati dan fikiran aku.

Tapi aku tak curang. Aku tak buat apa-apa yang menyalahi agama.

Dia hanya ada dalam hati dan Fikiran aku 24jam.

Aku tak buat sebarang Connection. Tapi Dia ada dalam Fikiran aku.

Aku Bilas dengan Solat Taubat. Solat hajat. Yassin setiap hari

Aku gandakan istifar dan selawat

Supaya Allah tarik balik rasa yang ada dalam fikiran dan hati aku

Setiap malam aku menangis. "Kenapa uji aku dengan hati dan fikiran yang macam ni Ya Allah? aku tak mampu, " Tapi Rasa itu masih ada sampai sekarang. Cuma..

Setelah aku amati. Aku keterlaluan dalam perasaan aku. Sampai aku hilang fokus.

Dan aku sangat Jelas. Ujian ini hanya teruji atas aku. Bukan dia.

Dan aku sangat Jelas dia tidak berfikir sedikit pun tentang aku.

Dia takde dekat mana-mana. 

Bukan seseorang yang bertanya. "are you okey? u have problem?

No.. 😂

Aku terlalu lonely beb.. hahahaha.

sampaikan hanya seorang Viewer pun aku boleh tersentuh. 

Dan setelah aku Amati lagi.

Selama ni, aku ingat dia selalu jadi Viewer aku yang terawal sebab aku Special.

Rupanya.. itu habit dia. Pemburu Status semua orang.😂

Dan yang paling Bodoh aku buat

"awak ada dalam fikiran saya 24 Jam. " Dan dia jawab

"Maaf saya takde Perasaan yang sama. " 😂

Terima kasih la Tuan 24Jam. hahaha.

Sebab tu aku menyorok dekat sini.

Sebab aku takut dengan perasaan aku sendiri

Buat status wsup Semata-mata nak dia tengok Status aku

Dan.. yang Paling Bodoh

aku syok sendiri. 😂😂😂😂

Aku tak kesah kalau encik Jijan nak tahu.

Sebab ni semua salah dia. 

Dan Perasaan ni bukan aku yang minta

Dan Encik Jijan sendiri yang cakap

"Perasaan Allah yang pegang. Bukan kuasa kita untuk kawal."

Dan inilah masalah aku yang kedua

berusaha untuk menghindar dari Tuan 24jam yang ada dalam hati dan fikiran aku

aku tak boleh accept.

Macam mana dia boleh masuk dalam hati aku

dalam keadaan dia tak buat apa-apa

Dalam keadaan dia sendiri Takde perasaan dekat aku

inilah benda bodoh yang aku rasa untuk 2025 ni

Dan perasaan ni makin kuat.

dan inilah debaran yang menganggu aku setiap hari

Teruk ke aku? 😢

aku tak menganggu. tak meminta apa-apa pun

cuma perasaan ni ada. dan aku berusaha untuk buang

Maaf.. 😢

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Isnin Di oktober..

  Biasanya Isnin adalah hari aku bersantai-santai Sebab Jumaat-ahad aku pergi kedai sedikit awal dari biasa. Biasanya sebelum Zohor Hari-har...