Tuesday, October 21, 2025

Mungkin hanya ilusi..

 Sekarang pukul 2 pagi..

aku dah baring dah sebenarnya dari pukul 11pm.

Tapi, seharian ni hati rasa tak sedap.

Berdebar Lain Macemmmm..

Aku rasa macam nak drive bawa kereta tengah2 malam ni

Tapi, aku drive dalam kepala jelah  ๐Ÿ’ค

Buka laptop.. buka blog..

lepas tu, aku tak tahu benda apa aku nak Merapu

Cuma aku Rasa nak menaip.. ๐Ÿ˜ž

Umm... aku tulis puisi sikitlah...

Hati, seketul daging yang unik

Punya Rasa yang ISTIMEWA

yang sukar untuk dirungkai dan difahami

walaupun mengalir darah dari urat yang sama

Tapi tetap tubuh dan isi fikiran tidak boleh bersatu untuk saling faham dengan hati ๐Ÿ˜‡

Puisi ke ni? entahlaahh.. aku sambung ๐Ÿ™†

Jika, aku mampu mengengam hati

Maka, aku akan tarik segala rasa yang membuatkan isi fikiran aku letih untuk berfikir

Dan jika hati boleh memberi sedikit ruang

aku mahu dia izinkan aku menyempit sedikit

agar aku boleh memahami apa sebenarnya cerita yang harus aku faham

kerana cerita hati ini runsing dan pelik untuk aku faham

sebenarnya apa? adakah aku boleh menyinsing kedua belah pelipat baju

bercekak dan bertanya. sampai bila?

Tidak mahu berehat kah? tidak mahu pergi?

masih terus ingin sakit dan kecewa?

Tapi itulah.. Hanya ilusi sepi

mungkin ini takdir yang harus aku bertahan..

Terpulanglah.. Teruslah berdebar tanpa sebab..

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Mungkin hanya ilusi..

 Sekarang pukul 2 pagi.. aku dah baring dah sebenarnya dari pukul 11pm. Tapi, seharian ni hati rasa tak sedap. Berdebar Lain Macemmmm.. Aku ...