Wajah ini yang mencuri hati
yang merungkai segala persoalan dalam diri
pada awalnya. . .
aku tak pernah menyangka FACEBOOK
adalah penyebab allah menemukan jodoh aku dgn "dia"
dan pada awalnya juga
aku tak pernah rasa kami ada persamaan klo bersama
aku hanya gadis kg
dia lak sorang lelaki yang berkerjaya sbg ast enggineer
and.. pes time berborak ngan dia
aku rasa, maybe itu kali pertama dan terakhir
tapi. . .
rupanya allah telah menetapkan sesuatu untuk kami
nyway, awal perkenalan ktorg
aku tak pernah letak pic full face kat fb
aku bagi 1 link tentang fmly aku
and aku suruh dia cari mana 1 aku melalui album keluarga
ingatkan dia xjumpa
but one day.. dia cakap
"awak yang ada taik lalat atas bibir tu ea.."
adehhh..
mcm mane leh kenal?
"tengok dari mata...."
hurmmm
sejak dari tue
ktorg makin rapat
but hanya melalui fb and tel
and bila dia kate nak serius dengan aku
aku minta dia jumpa my fmly
dan untuk pertama kalinya
aku perkenalkan seseoran dengan abg aku
tak sangka jawapan abg dan fmly
adalah "GOOD..."
and one day
bila dia cerita tentang life dia
hati aku rasa sebak sangat
its complicated!
tak tahu kenapa aku rasa nak jadi seseorang yang menanggung beban yang dia rasa
and tetibe je masa tu terkeluar 1 ayat sengal dari mulut aku
"jummm kawen nak?"
e ehhh. . . masa tu ktorg baru je kenal 2 bulan lebih
and jawapan dia
"jummmmm..."
ahahahahaha
mcm main2 je erkk kawen tue
and aku cakap..
"klo mcm tu, jumpa my fmly..."
satu malam dia drive dari kedah
dia terus jumpa my fmly
and mlm tu
my fmly terus buat meeting
masa tu dia kena kepong ngan adik badik
aku tengok muka dia mcm dah nak kena lantai
asyik tertunduk je
hehehehehehe~
kakak aku cakap..." keje sape ni? sian dia dik"
aku tak tahu
abg beso yang suruh buat meeting
and masa tue dengan beraninya dia cakap
"saya ikhlas nak jadikan yah isteri saya....."
pastu adik badik tanya persetujuan aku
aku gelak jelah
op kos la aku setuju
ahahahahaha.
and pastu
dalam meetg fmly alang suruh fmly dia yang berurusan dgn alang sendiri
bukan ikut adat tapi ikut adab
and untuk pertama kalinya waktu aku jumpa fmly dia
waktu itulah kami bertunang
dan dua minggu lepas tu..
kami di ijab kabulkan
walau pun dalam keadaan yang sederhana
tapi alhamdulillah
segalanya dipermudahkan
kami kenal selama 3 bulan
dari fb hingga ke alam pernikahan
dan hari ni aku sedang mengandungkan anak suami aku
azizan zakaria
yang berusia 7 bulan (due 27/4/2011)
klo lihat dari kecepatan yang berlaku
mesti org cakap..."wehh kena tangkap basah ape?"
kikikiki
takde yang basah cik besah oi
sumenye halalan toiyiban
atas istikharoh dan restu keluarga
aku memilih dia sebagai suami aku
dan sesuatu yang teramat tidak aku sangka
bila dia sanggup lepaskan kerjaya dia sbg ast angneer
dan tolong my fmly uruskan madrasah darul atiq
klo lihat dari kehidupan dia yang lalu
memang terlalu banyak perubahan
pada awal aku kenal dengan dia
pernah ada orang tanya aku
"betul ke awak nak kawen dengan lelaki mcm dia?"
aku tanye..."kenapa?"
"nampak sosial..."
jawapan aku senang... " hidayah itu milik allah.."
dan aku bukan tuhan untuk menghukum org lain
dan aku sangat percaya dengan petunjuk yang telah allah berikan
dan sekarang. . .
bila suami aku tanya
"apa ye hikmah abg duduk darul atiq selain dekat dengan syg?"
aku senyum
jawapannya. . . " perubahan pada diri abg.. itu lah hikmahnya.."
masih banyak lagi akan terungkai
yang paling penting sekarang
adalah kesabaran
aku bersyukur pada allah di atas jodoh ini
aku bahagia
dan bagi aku dia adalah yang terbaik
yang telah allah pilihkan untuk aku
semoga allah kekalkan jodoh kami hingga ke syurga
soal esok hari
biarlah menjadi rahsia allah
sebagai hamba
aku hanya menjalani apa yang telah ditetapkan
Terima kasih abg~
kerana membahagiakan syg.
nanti. . . bila baby dah lahir
abg tetap akan jadi keutamaan syg
dont worry k
sebab abg adalah jalan syg ke syurga
kerana abg adalah my baby beso syg
hehehehe~
lebyu so much.
~hanya tatapan dihari tua...~
so sweet :)
ReplyDelete