Sunday, January 23, 2011

kedudukan iman seseorang

1). IMAN TAQLID.
Iman taqlid ialah iman ikut-ikutan atau iman "pak turut" iaitu orang yang beriman
dengan semua rukun iman yang enam, iaitu beriman kepada allah,malaikat
kitab,rasul,hari akhirat dan Qadha-Qaddar ditentukan allah. namun, keimanan itu
hanya ikut-ikutan sahaja, tanpa kefahaman.

2). IMAN ILMU.
Kedudukan iman ilmu ialah iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja. iaitu
seseorang yang telah mempelajari dan memahami tentang allah, malaikat,kitab-kitab,
nabi,nabi,hari kiamat dan lain-lain yang diwajibkan diimani oleh setiap orang
mukallaf.

3). IMAN 'AYYAN
Kedudukan iman 'ayyan, imannya bertempat dihati (jiwa), bukan lagi difikiran
sebagaimana orang beriman ilmu. Hatinya sentiasa sensitif dengan allah dan sentiasa
mengingati allah. setiap perkara yang dilakukan. dilihat dan diingati hatinya
sentiasa mempunyai hubungan dengan allah.

4). IMAN HAK.
Iman hak ialah iman yang sebenar, yang dicapai sesudah seseorang itu mencapai
iman 'ayyan. seseorang yang mencapai iman hak mata hatinya sentiasa melihat allah,
ertinya setiap kali ia melihat kejadian allah, hati dan fikirannya tertumpu kepada
allah, lalu ia membesarkan dan mengagungkan allah.

5). IMAN HAKIKAT.
Iman hakikat ialah peringkat iman yang tertinngi dan paling sempurna sekali.
inilah taraf iman milik para rasul dan nabi, khulafak rasyidin dan wali-wali
besar yakni para kekasih allah.

1 comment:

  1. jadikanlah iman kita yg sentiasa mengingati allah dimana saja kita berada...

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...