Thursday, September 10, 2009

di akhir Ramadhan. . .


Ramadhan. . .
pemergianmu semakin hampir
namun, apakah aku mensyukuri kehadiranmu
dengan ibadah, iman dan takwa?
atau hari2 ku bersamamu
hanya menahan lapar dan dahaga?
tanpa al-quran, zikrullah dan solat?
apakah bagiku. . .
hadirmu. . hanya untuk mencukupi syarat?

aku juga. . .
adalah diantara mereka yang sering terlupa
bahawa ramadhan
adalah bulan barakah
dan marghfiroh
mudahan. . .
setiap akhir detik bersama-mu
tidak dipersiakan dengan perkara yang lara. .

jika hadirmu. . .
hanya kerana keseronokan menanti syawal
kau xubah seperti mei, april, atau jun
tiada bezanya. . .
namun, jika hadirmu
disambut dengan amal ibadah
dan ketakutan memohon keampunan allah
kau seperti mentari yang sering dinanti

Ramadhan. . .
keindahan mu disinari dengan rahmat tuhan


No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...