Ya.. Akulah Tu..
Perempuan Yang Tengah Stuck Dalam Fikiran Sendiri
Tak Selesai-Selesai 👌
Balik Kedai. Terus Pergi Secret Resepi
Makan Sorang. Aku Rasa Budak2 tu Mesti Dah Kenal Aku
Tiap2 Minggu Layan Makan Sorang2.
Mesti Depa Cakap, Lonely Gile Hidup Kakak ni 😂
Sorry la dik. Akak Bukan Lonely
Tapi Ada Satu Masa.
Akak Suka layan Jiwa 😅
Aku Rasa, Hanya kopi Yang boleh Faham Jiwa Celaru aku. 😗
Setiap orang Ada Cara yang Berbeza Untuk Rawat Diri
Untuk Aku, Bila Kepala aku Terlalu Berserabut Dengan Semua Benda
Aku Perlukan Masa Bersendiri
Berfikir.. Berfikir... Berfikir..
Sampai Aku tak tahu aku Pikir apa..😇
Buat Masa ni aku cuba berdamai dengan keadaan
Paksa Diri untuk Terus TETAP
Walaupun, Sebenarnya aku dah tak mampu
Kepala aku Rasa nak Meletup. 💪
Tapi, Hidup bukan Cerita Soal Aku sorang
Tapi berkait dengan Ramai orang
Orang kata.. Biar kita Menahan beratnya batu
Daripada kita Melihat orang lain sakit dilempar batu
Aku Cuma kosongkan kepala
Lapangkan dada
dan Action Ibarat semua baik-baik saja
Itu jelah yang mampu aku lakukan
Tapi, andai satu hari nanti
aku di cabar dengan perkara yang sama
Mungkin aku dah tak Sebaik sekarang
Dalam diri aku
Ada luka yang sangat-sangat dalam
Yang aku sendiri tak mampu dah nak rawat
Tapi aku biarkan dia sentiasa Stabil
Aku bagi peluang pada diri aku
Untuk RELAX.
Insyaallah. Semua akan Baik-baik Sahaja. 💖
Suatu Hari nanti bila blog ni senyap
ada dua kemungkinan sahaja
Samada aku dah cukupp tenang
atau aku dah mati.. 💤

No comments:
Post a Comment
Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .