Monday, March 13, 2023

Cukup Hanya Allah Di hati..

Hidup ini penuh dengan ujian. datang dari pelbagai sudut. kadang dari sudut keluarga, rumah tangga, sahabat, atau mungkin juga dari sudut rezeki. tapi jangan pernah lupa. tiap ujian yang datang pasti ada kemanisan di hujungnya.

Bercerita tentang ujian. bukan semua orang mampu hadapi dengan berlapang dada. ramai yang tewas sebelum menerima ujian tersebut. Menyalahkan takdir, kenapa harus dia yang di uji.

Aku menulis, bukan kerana aku tiada ujian hidup. aku juga seperti kalian, pernah kenal erti gagal. erti dihinakan. Tetapi, asbab ujian itu aku kenal erti hidup. erti menerima, erti menghargai diri sendiri.

Aku percaya, Allah tak pernah tinggalkan hamba-hambanya yang selalu berdoa. Cuma, sejahat-jahat jalan yang pernah aku tinggalkan jejak. aku tak pernah tinggalkan solat. 

Aku bukan Suci dari dosa. aku pendosa yang terlalu berdosa. Tapi aku selalu ingat pesan arwah abah. sejahat-jahat apa pun dosa yang pernah engkau buat. INGAT ALLAH.

Jika semua mata melihat kau  seperti "TIADA JALAN PULANG".

satu sahaja yang perlu engkau ingat. "ALLAH SENTIASA MENERIMA KAU PULANG"

Jika tiada seorang pun yang sudi hulurkan tangan untuk kau berpaut. selalu pesan pada hati. 

"CUKUP HANYA ALLAH TEMPAT UNTUK KAU BERGANTUNG."


No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...