Tuesday, March 14, 2023

DOA ANAK RAJIN SOLAT

 





BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.
SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT.
ALHAMDULILLAH, AKU AMALKAN DOA INI KETIKA ANAK KETIGA.
BERKMAKNA SUDAH MENJANGKAU USIA 7 TAHUN DOA INI AKU AMALKAN.
AJAIBNYA SETIAP TIBANYA WAKTU AZAN. ANAK-ANAK AKU AKAN PERGI MENDIRIKAN SOLAT TANPA DISURUH. MELAINKAN JIKA MEREKA TERLUPA.
SENJATA ORANG MUKMIN ADALAH DOA.
JANGAN SESEKALI BERFIKIR
TERLALU TERLAMBAT UNTUK BERDOA, SEHINGGA KITA MENINGGALKAN TERUS DOA TERSEBUT.
SETIAP DOA PASTI ADA KEBERKATAN DAN KEBERKAHAN.

DOA SELEPAS SOLAT.


 AMALKAN DOA INI SELEPAS SOLAT
DIANTARA KELEBIHAN DOA INI.

1. SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

2. SEHAT TUBUH BADAN

3. KEBERKATAN DALAM REZEKI

4. MENDAPAT KEAMPUNAN

5. KEMUDAHAN KETIKA SAKRATUL MAUT

Monday, March 13, 2023

Nak Pesan..

Aku bukan penulis yang bagus. Tapi aku teringat pernah pada satu masa dulu. waktu aku di jalan yang payah. Di saat aku sangat-sangat memerlukan seseorang untuk memberikan aku nasihat. seseorang yang tidak menghukum. aku gagal temukan walau seorang. Melainkan hanya kata-kata di belakang. yang terdengar sakit dan sinis.

Hakikatnya Di Dunia nyata ini. Tiada manusia yang tiada dosa. kita semua pendosa. Melainkan dosa itu Allah sembunyikan. 

Tapi, Seandainya. ketika kau baca tulisan aku ni. engkau adalah diantara insan yang terkapai-kapai, lemas dalam mencari perubahan. aku nak pesan beberapa perkara.

1. Jangan Tunggu tua baru kau nak berubah. sebab itu jawapan paling teruk untuk orang yang nak berubah macam kau. sekarang juga kau kena berubah. berubah untuk siapa? untuk diri kau sendiri. sebab insan yang cerdik. dia takkan menangguh-nangguh dalam pekerjaan. apetah lagi dalam soal kebaikan.

2. ABAIKAN PENILAIAN ORANG-ORANG SEKELILING. pedulikan kalau ada orang nak kata kau berlagak baik. berlagak ustajah/ustaz. yang kena balun dekat kubur tu engkau. bukan mereka. yang kena bakar dengan api neraka tu pun engkau. bukan orang lain. jadi, berubah terus. pedulikan apa pun kata-kata orang lain. aku percaya, kau bijak dalam bertindak dan berfikir.

3. INI PALING PENTING. kalau engkau selalu tinggalkan solat atau hari-hari engkau memang tinggalkan solat. mulai sekarang, kau kena SOLAT. sebab solat akan bawa kau pada jalan yang betul. mesti kau pernah dengarkan. orang cakap, kalau nak bina rumah. asas yang paling penting adalah tiang. macam tu juga dengan engkau. kalau engkau nak jemput kebaikan dalam hidup kau. benda pertama kau perlu ubah adalah solat engkau. aku berani jamin. bila kau jaga solat. semua benda baik akan serah diri pada engkau.

TAPI MACAM MANA PULAK, DENGAN ORANG YANG JAGA SOLAT 100%.

tapi masih diuji dengan kesusahan? yang tu bab lain. sebab sekarang aku nak cerita pasal engkau je.  Mulai hari ni. engkau jadikan solat sebagai kawan baik engkau. aku jamin. kau akan nampak perubahan demi perubahan dalam hidup engkau.

Last aku nak pesan. kau kena kuat untuk berdiri di kaki sendiri. jangan tunggu orang lain suruh kau berubah. kau sendiri yang kena ubah diri kau. jadikan apa saja yang pernah kau buat sebelum ni, sebagai batu loncatan untuk kau jadi orang baik. semua orang pernah melalui kesah silam. tapi tak bermakna kita kena terus hidup dalam gelap. bangun.. pasang lampu untuk kau teruskan hidup. mulakan hari kau. dengan NIAT YANG BARU.

ingat tau, kau kena belajar hidup sebagai muslim/muslimah yang ditulis dalam AL QURAN.

Cukup Hanya Allah Di hati..

Hidup ini penuh dengan ujian. datang dari pelbagai sudut. kadang dari sudut keluarga, rumah tangga, sahabat, atau mungkin juga dari sudut rezeki. tapi jangan pernah lupa. tiap ujian yang datang pasti ada kemanisan di hujungnya.

Bercerita tentang ujian. bukan semua orang mampu hadapi dengan berlapang dada. ramai yang tewas sebelum menerima ujian tersebut. Menyalahkan takdir, kenapa harus dia yang di uji.

Aku menulis, bukan kerana aku tiada ujian hidup. aku juga seperti kalian, pernah kenal erti gagal. erti dihinakan. Tetapi, asbab ujian itu aku kenal erti hidup. erti menerima, erti menghargai diri sendiri.

Aku percaya, Allah tak pernah tinggalkan hamba-hambanya yang selalu berdoa. Cuma, sejahat-jahat jalan yang pernah aku tinggalkan jejak. aku tak pernah tinggalkan solat. 

Aku bukan Suci dari dosa. aku pendosa yang terlalu berdosa. Tapi aku selalu ingat pesan arwah abah. sejahat-jahat apa pun dosa yang pernah engkau buat. INGAT ALLAH.

Jika semua mata melihat kau  seperti "TIADA JALAN PULANG".

satu sahaja yang perlu engkau ingat. "ALLAH SENTIASA MENERIMA KAU PULANG"

Jika tiada seorang pun yang sudi hulurkan tangan untuk kau berpaut. selalu pesan pada hati. 

"CUKUP HANYA ALLAH TEMPAT UNTUK KAU BERGANTUNG."


Sunday, March 12, 2023

Kembali Menulis

 Jika 15 tahun lepas aku adalah seorang penulis yang tegar. hari-hari dengan pelbagai penulisan.

Penulisan yang penuh merapu dan tak membawa sebarang manfaat pada ummah.

Hari ni, 2023 aku kembali mahu menulis lagi. tapi bukan tentang puisi bodoh. Tapi penulisan yang membawa manfaat pada seseoang.


 

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...