Bismillahirrohmanirrohim..
Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah buat? mesti nak kata Deqyah nak kayakan? Opss..! wrong answer ea. Deqyah suka berbisnes. Tapi tak pernah berimpian untuk kaya. Cukup Sekadar rezeki tu berkat dan Allah Redha, dah cukup. Terlalu banyak harta, akan menjadikan beratnya untuk Deqyah jawab soalan munkar dan nakir.
Baik, Berbalik pada soalan di atas.
apa yang Deqyah nak buat/lakukan jika diberi peluang mencuba sesuatu?
Deqyah teringin sangat nak terbitkan 1 buku.
1 buku berkenaan, INDAHNYA SEBUAH TAUBAT.
Banyak orang yang rindukan sebuah ketenangan.
tapi mereka masih tercari-cari di mana ketenangan tersebut.
Hakikatnya erti sebuah ketenangan itu terletak pada TAUBAT.
seandainya seorang insan itu tahu.
bahawasanya TAUBATAN NASUHA itu akan merubah hidup dia.
menjadi insan yang paling bahagia di dunia dan akhirat.
PASTI! dia akan mencari-cari erti TAUBAT yang sebenar.
tapi Deqyah masih mencari point yang tepat untuk menulis.
kerana untuk menjentik hati seseorang untuk jatuh cinta dalam mengenal ALLAH bukan mudah.
kerana akhir zaman ni.
manusia lebih sukakan hiburan daripada nasihat.
Saat melihat seseorang yang pernah kita kenal.
suatu masa dulu, bertudung dan berjubah.
tetapi hari ni, tersenyum bangga membuka aurat.
hati rasa sangat ralat.
Deqyah mungkin tak dapat membuka pintu hati dia untuk berubah.
tapi Deqyah berharap dapat menjentik! hati dia walau sedikit.
agar dia sedar, kita semua akan mati bertemu Allah.
dan neraka itu, bukan cerita dongeng!
kenapa harus memilih di kalangan ahli neraka.
jika pintu TAUBAT sentiasa terbuka untuk kita ke syurga?