Friday, December 13, 2019

Kerana siapa hijrah aku ini?

Hai..
Assalamualaikum,
Mcm biasa hari-hari Deqyah sentiasa sibuk dengan pelbagai pkara.
Tapi spend Time sikit berceloteh dekat sini.
Rindu nak menulis macam 10 tahun yang lepas.
Tapi masa di Usia 30-an, Tak sama Saat berusia 20-an. kan?

Sebelum, awak terus baca apa yang Deqyah tuliskan.
awak harus tau, Deqyah bukan wanita yang sempurna dan baik.
Deqyah di antara wanita yang banyak dosa.
Dekat sini..
Sama-sama kita kongsi Rasa,pengalaman Dan Sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
untuk siapa?
untuk diri sendiri
untuk lebih memahami erti hamba.
untuk hadir rasa Rindukan syurga.

Pengalaman Deqyahkan.
Rasa ingin berubah itu wajib atas rasa KERANA LILLAHI TAALA.
kerana..
HIDAYAH ITU SANGAT MAHAL.
dan bukan semua orang terpilih untuk MEMILIKI HIDAYAH.
jika kita HIJRAH KERANA ORANG LAIN.
saat mana orang yang menjadi INSPIRASI membuat salah dan dosa.
perubahan yang berlaku selama bertahun-tahun kita
lepaskan begitu saja.
SATU KERUGIAN YANG SANGAT BESAR!
maka, ketika mana adik/kakak telah tekad untuk BERHIJRAH.
tanyalah dahulu pada hati, pada diri.
KERANA SIAPA HIJRAH AKU INI?
Tekadlah dalam hati.
HIJRAH INI KERANA ALLAH TAALA.
sayangilah hijrah adik/kakak melebihi diri sendiri.
salam syg. salam kaseh.. 😘


Saturday, July 6, 2019

Impian Deqyah

Bismillahirrohmanirrohim..

Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah buat? mesti nak kata Deqyah nak kayakan? Opss..! wrong answer ea. Deqyah suka berbisnes. Tapi tak pernah berimpian untuk kaya. Cukup Sekadar rezeki tu berkat dan Allah Redha, dah cukup. Terlalu banyak harta, akan menjadikan beratnya untuk Deqyah jawab soalan munkar dan nakir.
Baik, Berbalik pada soalan di atas. 
apa yang Deqyah nak buat/lakukan jika diberi peluang mencuba sesuatu?
Deqyah teringin sangat nak terbitkan 1 buku.
1 buku berkenaan, INDAHNYA SEBUAH TAUBAT.
Banyak orang yang rindukan sebuah ketenangan.
tapi mereka masih tercari-cari di mana ketenangan tersebut.
Hakikatnya erti sebuah ketenangan itu terletak pada TAUBAT.
seandainya seorang insan itu tahu.
bahawasanya TAUBATAN NASUHA itu akan merubah hidup dia.
menjadi insan yang paling bahagia di dunia dan akhirat.
PASTI! dia akan mencari-cari erti TAUBAT yang sebenar.
tapi Deqyah masih mencari point yang tepat untuk menulis.
kerana untuk menjentik hati seseorang untuk jatuh cinta dalam mengenal ALLAH bukan mudah.
kerana akhir zaman ni.
manusia lebih sukakan hiburan daripada nasihat.
Saat melihat seseorang yang pernah kita kenal.
suatu masa dulu, bertudung dan berjubah.
tetapi hari ni, tersenyum bangga membuka aurat.
hati rasa sangat ralat.
Deqyah mungkin tak dapat membuka pintu hati dia untuk berubah.
tapi Deqyah berharap dapat menjentik! hati dia walau sedikit.
agar dia sedar, kita semua akan mati bertemu Allah.
dan neraka itu, bukan cerita dongeng!
kenapa harus memilih di kalangan ahli neraka. 
jika pintu TAUBAT sentiasa terbuka untuk kita ke syurga?

Repost 2010

Aku hanya lah si hamba
menumpang disudut bumi yang sementara
Aku mengembara diserata kehidupanku
Menjadi titik permulaan dan pengakhiran satu kehidupan
Dimana dan bila terhentinya pengembaraanku
Hanya allah yang tahu. . .
Kerana tiada hujahnya untuk aku berhujah
Bila waktu itu akan tiba~
Namun, selagi allah menginginkan untuk aku berada di bumi yang semakin tua ini
Maka, aku akan terus berjalan dan bernafas di atas izinnya. . .
Aku bukanlah si kecil lagi
Untuk aku terus bermain dan alpa dengan perjalanan hidupku
1 misi yang termaktub sejak azali
Adalah memperhambakan diri kepada yang maha mencipta
Namun, aku adalah di antara yang gagal
Untuk menepati apa yang harus aku tepati
Demi sedikit masa yang masih tersisa
Pengharapan ku adalah mencari redha “nya” dan redha suamiku
Yang selebihnya. . . aku serahkan pada allah.
Semoga di akhir perjalanan ku disisi hamba-nya yang dikasihi dan beriman
Buat yang pernah mengenaliku. . .
Sejuta kemaafan diatas rasa yang pernah hadir ketika mengenaliku
Aku hanyalah si naïf. . .
Dan jika esok bukan milikku lagi
maafkan setiap kesilapanku
Tentang hari esok. . . siapa yang tahu. . . : )
Entahkan Ramadhan yang terakhir
Entahkan hari yang tiada bernafas
Selamat hari raya yang bakal menjelang

Peace~

Dari
Anak bungsu abah. . . 

~pegeon~

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...