Wednesday, January 4, 2012

hanya pinjaman. . .


aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai seseorang  yang dipenuhi dengan kasih sayang
baik dari sisi keluarga, suami atau sahabat.
maka, bila mana allah uji aku dengan kepelbagaian sikap seseorang insan
bagi aku. . . itu hanya sentuhan kecil untuk buat aku tersenyum
walau pun, pada mulanya...
emosi aku akan tergendendala dengan iklan kehidupan
tapi apabila difikir2
kenapa aku harus mengambil hati dengan ujian kecil ini
sedang allah berikan aku beribu nikmat yang tidak terhingga
aku hanya ingin jalani kehidupan ini apa adanya
belajar untuk menerima takdir yang telah termaktub dari sejak awal
nikmat kasih sayang yang aku ada sekarang hanya pinjaman dari allah
kalau bukan hari ni, mungkin esok harus aku kembalikan
mungkin akan berakhir dengan perpisahan atau kematian
kerana hidup memang begitu
tiada yang kekal melainkan allah
jujurnya. . . 
akhir ini aku tidak lagi mengharapkan pengertian dari sesiapa
aku hanya mengharapkan redha allah dan suami
yang selebihnya. . .
biarlah allah yang menentukan apa yang terbaik untuk aku jalani
diakhir kalam
aku memohon atas segala khilaf


No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...