Hujan yang selalu mengusik diwaktu aku on9
AKU TIDAK PANDAI MENULIS YANG MENINGGALKAN KESAN DI HATI SESIAPA, TETAPI AKU BERHARAP SEDIKIT PENULISAN ATAU PERKONGSIAN YANG AKU SIMPAN DISINI. ADA MANFAAT BAGI YANG MEMERLUKAN.
Saturday, April 30, 2011
Emosi Gila
Hujan yang selalu mengusik diwaktu aku on9
Friday, April 29, 2011
Cerita Hari Jumaat
Wednesday, April 27, 2011
Jika. . .
tapi aku mengharapkan ada yang menyempurnakan aku
Bukan dengan harta
bukan dengan memuji rupa
bukan juga dengan ayat-ayat cinta
cukuplah kenalkan aku dengan yang maha esa
dengan agama islam yang mulia
Jika. . . aku terlanjur dalam perbuatan
janganlah! ajar aku dengan kekasaran
kerana jiwa halus ini akan tersalah tafsiran
bentuk aku dengan kasih sayang dan kelembutan
Tips Sentiasa Ceria
Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.
Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.
Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.
Saturday, April 23, 2011
Jangan jadi Orang Bodoh
Corat coret saye. . .
kelak kamu akan menjadi syaitan
pilihlah kawan yang beriman
balasanmu sejuta kebaikan
Kehidupan ini ibarat belayar ditengah lautan
pelayaran yang telah berjaya dilepasi
seperti semalam yang telah pergi
pelayaran dihadapan
seperti esok yang belum pasti
kapal yang sedang dinaiki
ibarat hari ini
syukur itu seperti menabur benih sebuah pohon
Riak itu sepeti menuang setitik nila
di dalam susu sebelanga
jadikanlah malu
sebagai pakaian menutup aurat
jadikanlah nasihat
sebagai pelampung sebelum lemas
apabila kamu ingin menyanyi
jadikanlah zikir sebagai nyanyianmu
apabila kamu ingin mendengar lagu
jadikanlah al-quran
sebagai dendangan halwa telingamu
Berhati-hatilah dengan kawan yang sering memberi pujian
kerana disebalik pujian ada sesuatu yang diingini
janganlah kamu membenci kawan yang sering memberi teguran
kerana disebalik teguran ada kebaikan yang tidak diketahwi
menjadi jahat ibarat mengenyit mata
menjadi baik ibarat menunggu hari tua
maka berhati2 lah dengan setiap tindakanmu
ikhlaskan hati
bukan mengharap puji
hanya ku ingin redha ilahi
hidup ini hanya sementara
apa yang ada pada diri kita
hanya pinjaman di dunia
mari saling membantu
bagi yang memerlu
jika tiada wang cukup dengan tenaga dan waktu
usah! mengharap balasan
atau penghargaan
iklhlas! kerana allah pasti akan dibalas kebaikan
itu pun nak kena bagitahu ke???
Nanti sakit kepala masuk hospital sakit jiwa
Jangan bercinta dengan bujang tak berkerja
Nanti duit habis dikebas dia
Jangan bercinta dengan si duda
Kalau tak mahu ada anak segera
Kalau rela terjah saja
Segera dipanggil papa mama
Bercinta! Bukan susah
You love me
I miss you
Dating hujung minggu
Habiskan gaji aku untuk kamu
Orang kutuk buat tak tahu
Yang penting bercinta
Habiskan masa buat dosa
Nak kena lempang agaknya
Percuma ajeeee. . .
Kalau dah suka! Jumpa ibu bapa
Tak payah nak bermuka-muka
Ada ongkos! Pinang saja
Kalau tak ada
Balik rumah.. berkerja!kumpul duit sampai cukup masa
Itu pun Deqyah nak bagitahu ke???
ehehehehehehehe
Peace~~
itu pun nak kena bagitahu ke???
Nanti sakit kepala masuk hospital sakit jiwa
Jangan bercinta dengan bujang tak berkerja
Nanti duit habis dikebas dia
Jangan bercinta dengan si duda
Kalau tak mahu ada anak segera
Kalau rela terjah saja
Segera dipanggil papa mama
Bercinta! Bukan susah
You love me
I miss you
Dating hujung minggu
Habiskan gaji aku untuk kamu
Orang kutuk buat tak tahu
Yang penting bercinta
Habiskan masa buat dosa
Nak kena lempang agaknya
Percuma ajeeee. . .
Kalau dah suka! Jumpa ibu bapa
Tak payah nak bermuka-muka
Ada ongkos! Pinang saja
Kalau tak ada
Balik rumah.. berkerja!kumpul duit sampai cukup masa
Itu pun Deqyah nak bagitahu ke???
ehehehehehehehe
Peace~~
Belajar jawi (part 4)
Pelajaran Ke Empat:
1. Untuk pelajaran ini anda akan diberikan beberapa panduan bagaimana untuk mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.
كامو | سوكا | ساي | ماما |
. ساي سوكا كامو
. ماما ساي سوكا كامو
. كامو سوكا ساي
. ساي سوكا ماما كامو
. ماما كامو سوكا ساي
. كامو ماما ساي
*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.
PERHATIAN! Walau pun, di dalam pelajaran ke empat ini, anda tidak diberikan panduan di dalam tulisan rumi, anda tidak perlu risau, kerana jika anda perhatikan dengan teliti, pelajaran ini tiada bezanya dengan pelajaran yang telah lalu. Namun, jika anda masih tidak dapat menguasai pelajaran ini. Anda dinasihatkan mengulangi kembali pelajaran 2 dan 3. SABAR ITU KUNCI KEJAYAAN. . .
2. Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.
ايت | كريتا | جوڬا | اد | مان |
1.مان كريتا ماما ساي
2.ايت ماما ساي جوڬا
3.ماما اد كريتا, ساي جوڬا اد
4. ماما اد ﭭﺎﭭﺎ, ساي اد ماما
5. ابو جوڬا اد كريتا
6. كامو سوكا كريتا ساي
7. ساي سوكا كامو
*Jika anda perhatikan perkataan yang diberi tiada beza dengan PELAJARAN KETIGA. Tetapi ia hanya berubah berbentuk ayat setelah disambungkan dengan huruf yang lain.
*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.
3. Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.
نام | دولو | بلي | باجو | بارو | مالو |
1. كامو مالو, ساي جوڬا مالو
2. دولو ساي اد كريتا
3.ماما بلي ساي باجو
4.باجو ساي بارو
5. ساي اد ماما
6. نام ماما ساي
7 . كامو اد ڨاڨا
8. ماما ساي, ماما كامو جوڬا
*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.
SABAR DAN JANGAN MUDAH MENGALAH. . .
4.Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.
ﭼاﭼﻲ | لالو | ماهو | ايت | لاوا | ڬولا | كتاوا |
.ساي سوكا كتاوا
2.ساي ماهو لالو
3.دي سوكا كتاوا
4.جاجا اد ڬولا- ڬولا
5. ايت ماما ساي
6. دي ﭼوچو ماما ساي
7.ماما كامو لاوا
8. ماما ماهو كريتا بارو
9. كامو ﭼاﭼﻲ دي, لالو دي ﭼاﭼﻲ كامو
*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.
TERUSKAN USAHA ANDA. . . .
5.Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.
راس | اڨ | كناڨ | سياڨ |
اين | جادي | لوڨا | براڨ |
.كناڨ ماما كامو سوكا ساي
2.دي سياڨ, دي سوكا جادي اڨ
3.اڨ نام دي, ساي لوڨا سياڨ دي
4.سياڨ سوكا كامو, اڨ كامو ماهو
5.كامو ماهو براڤ ڬولا- ڬولا
6.ساي راس مالو
7.ماما كامو اد دمان
8.دي ماهو جادي ماما ساي
9. ساي جادي ڬورو دي
10.اين دي ماما ساي
*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.
TAHNIAH! Anda telah Berjaya menguasai pelajaran 1,2,3 dan 4.
Friday, April 22, 2011
Belajar jawi (part 3)
Pelajaran Ke Tiga:
3. Setelah anda mahir dengan pelajaran pertama dan yang kedua dalam mempelajari sebutan Huruf Jawi Berpandukan Huruf Rumi.
Kini anda akan di beri panduan bagaimana untuk mengeluarkan bunyi yang betul berhubung dengan huruf-huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain, yang mana ia akan menghasilkan satu perkataan.
1.
ا ALIF Bunyinya A
Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf ا yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut….
1.ADA 1.ادا |
2.IBU ايبو 2. |
3.UBI .اوبي |
4.ABI 4.ابي |
5.ABU 5.ابو |
*A Seperti Sebutan Di Dalam Huruf Rumi Bukan Dimaksudkan Sebagai abjad A.
*Janganlah anda merasa kecewa, jika di dalam pelajaran ini, sebutan anda belum lancar bermakna anda belum benar-benar mahir lagi pelajaran yang telah lalu. SABAR! Dan ulanglah kembali pelajaran yang lepas.
*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.
2.
ﺏ BA Bunyinya BA
Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf ﺏ yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut…
1.BARU1.بارو |
2.BOLA 2.بولا |
3.BAJU 3.باجو |
4.BAJA 4.باج |
5.BESI 5.بسي |
3.
ﺕ TA Bunyinya TA
Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf ﺕ yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut….
1.TALI1.تالي |
2.TATU 2.تاتو |
3.TIPU 3.ﭠﻳﭬﻮ |
4.TISU 4.تيسو |
5.TEBU 5.تبو |
|
*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.
4.
ﺝ JIM Bunyinya JA
Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf ﺝ yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut…
1.JARI1.جاري |
2.JAWI 2.جاوي |
3.JELI 3.جيلي |
4.JUDI 4.جودي |
5JALA 5.جالا |
5.
ﭺ CA Bunyinya CA
Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf ﭺ yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut….
1.CACI 1.ﭼﺎﭼﻲ |
2.CUCI 2.ﭼﻮﭼﻲ |
3.CUKA 3.ﭼﻮكا |
4.CUCU 4.ﭼﻮﭼﻮ |
5.CUTI 5.ﭼﻮتي |
*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.
6.
د DAL Bunyinya DA
Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf د yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut…
1.DURI1.دوري |
2.DADA 2.دادا |
3.DIRI 3.ديري |
4.DOSA 4.دوسا |
5.DADU 5.دادو |
7.
ر RO Bunyinya RA
DOA ANAK RAJIN SOLAT
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...
-
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian bagi allah S.W.T. ...
-
Bismillahirrohmanirrohim.. Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah bu...