Tuesday, January 25, 2011

Wasiat Untuk Isteri

Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’
‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’
‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’

‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
-she should be thankful…. . she got the forgiveness from her husband-

Monday, January 24, 2011

Call me

anda gagal dlm BERCINTA..?!
meragui akan kejujurannya?
kecewa dgn sikapnya?
ingin MEMBUNUH DIRI?!


call me:



KEDAI KERANDA
07-5208000
7pg-7mlm.

ehehehehehehehehehehehe

Windows. .

Seorang pekerja baru yang bernama Syakir pening apabila bossnya suruh membuka Microsoft Excel. Godek punya godek , akhirnya dia membuka DOS.

“Hey! Saya minta kamu buka Excel kenapa malah buka DOS…??” teriak boss dia.

“Gini boss, saya tak mau melanggar peraturan..” jawabnya. Si Boss kebingungan, dan bertanya, “Peraturan apa?”

Sambil menunjuk tulisan di dinding, Syakir membacanya. “This room is equipped with air conditioner, please do not open windows… Windows jer dah tak boleh apalagi Excel!”

ahahahahahaha.. senget. .

Berlambak, banyak dan bersepah

Cerita ini bermula setelah 3 orang yang selamat dari kapal terbang terhempas dilautan. Mereka bertiga selamat setelah berenang kesebuah pulau dan diselamatkan oleh sebuah helicopter persendirian yang melintas dipulau tersebut. Ketiga2 mereka terdiri dari rakyat Amerika 1 Malaysia 1 dan indon 1.

Semasa dalam penerbangan itu terlihatlah oleh orang Amerika buah apple lalu dikunyahnya sekali terus dibuang gigit sekali terus buang kat luar kononnya nak menunjuk-nunjuk . Bila ditanya apasal gigit sekali terus buang ngan selamba dia jawab kat negeri dia berlambak-lambak..

pastu orang indon ni Nampak rokok kretek lalu dihisap nya sekali sedut..terus buang ..diambil lagi sebatang hisap sekali sedut terus dibuang keluar sambil berkata "loeh ...NGAK apa kat negeri gue banyak benda ni.." dan habis je dia bercakap dengan tak semene-mena orang Malaysia ni terus tolak dia keluar.

terkejutlah orang amerika tu !!!! kenape kamu tolak dia ???

“Don`t worry sir” kat negera saya bersepah lagi diorang tu”

Ahaksss.. . adehhhh. .

eksekutif

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.

“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Hohohohohoho. . .

http://lawaktoday.blogspot.com/

Bapa Buat Magik

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Duhai Anak. . .

Anak. . .
Walau aku lihat dunia ini terlalu ganas untukmu
namun, sebelum kelahiranmu
allah telah tetapkan Takdir sesuai mengikut kemampuanmu

Berdoalah Duhai Anak. . .
Semoga apa yang telah engkau janjikan
ketika berada di dalam rahim ibumu
menjadi titik nokhtah di dalam setiap langkah

Anak. . Kuatkan hatimu
menjadi musafir di bumi allah
kerana kita seorang hamba yang lemah

Anak...
Jangan jadikan usia mu satu pembaziran
manfaatkan ia menjadi 1 kenikmatan

Biar tangis ibumu kerana ketaatan mu
Bukan air mata itu kerana kederhakaanmu

Didalam apa jua keputusan kembalilah kepada allah
kerana dia lebih mengetahwi apa yang tidak kita ketahwi

Berdamailah wahai hati2 yang saling membenci

"Demi yang diriku di dalam gengamannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman.
dan kamu tidak beriman selagi kamu tidak berkasih sayang.
mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu membuatnya
kamu akan berkasih sayang? "sebarkanlah salam diantara kamu."

(Riwayat muslim dari abu Hurahrah.)

"Orang mukmin bagi orang mukmin laksana bangunan yang sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.

(Riwayat Muslim)

"Tidak halal bagi seorang mukmin memulaukan saudaranya lebih dari tiga hari
keduanya berjumpa lalu berpaling dan ini berpaling (masing-masing berpaling dari saudaranya).
dan yang paling baik dari keduanya ialah memulakan salam
(memulakan pendamaian)
dan mengucapkan ASSALAMUALAIKUM kepada saudaranya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Tidak halal bagi lelaki yang memulaukan seorang mukmin lebih dari tiga hari.
maka sekiranya telah lalu tiga hari.
maka hendaklah dia menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya.
maka sekiranya saudaranya membalas salam kepadanya
maka keduanya berkongsi mendapat pahala.
dan kalau dia tidak mahu juga membalas salam kepadanya maka muslim itu tadi telah terlepas dari dosa permulauan itu."

(Daripada Bukhari)

"Janganlah kamu berputus arang, berkerat rotan,
janganlah kamu pulau memulau, janganlah kamu benci membenci
dan janganlah kamu dengki mendengki.
dan jadilah kamu bersaudara sebagaimana telah diperintahkan allah kepadamu."

(Riwayat Muslim)

"Jagalah diri kamu dari sangkaan
kerana sesungguhnya sangkaan adalah paling dusta perkataan
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
janganlah kamu intip mengintip
janganlah kamu berlumba-lumba mengatasi saudaramu
dan janganlah kamu berdengkian.
janganlah kamu benci membenci
dan janganlah kamu pulau memulaukan
dan jadilah kamu hamba allah yang bersaudara"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Pintu-pintu syurga dibuka pada hari isnin dan khamis
lalu diampuni setiap hamba yang tidak mempersekutukan sesuatu dengan allah
kecuali seorang lelaki yang diantaranya dan saudaranya satu kebencian lalu dikatakan "TUNGGULAH DUA ORANG INI HINGGA KEDUANYA BERDAMAI."TUNGGULAH DUA ORANG INI HINGGA KEDUANYA BERDAMAI."TUNGGULAH DUA ORANG INI HINGGA KEDUANYA BERDAMAI."

(Riwayat Muslim)

BAHAWASANYA BENCI ITU ADALAH PENCUKUR
( yang menghapuskan pahala)

-Deqyah pegeon-

Sunday, January 23, 2011

Diam

Manusia berbicara setiap masa.
Bicarayang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara
tidak mengikut adabnya, manusia akan
merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain
manakala di akhirat bicara yang
menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi
di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang
dikurniakan Allah itu tidak digunakan
untuk berbicara sesuka hati dan sia-
sia. Sebaliknya digunakan untuk
mengeluarkan mutiara-mutiara yang
berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi
lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai
kelebihan diam yang
bermaksud: "Barangsiapa yang banyak
perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam". (Riwayat
Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas
dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak
dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada
diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan
pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita
dinasihatkan hendaknya kita banyak
berdiam (berzikir di dalam hati) dan
Senyum selalu ... kerna senyum itu
adalah satu sedekah ..Insya'Allah

6 perkara untukmu

تقبلوا الي بست أتقبل لكم بالجنة فقالوا وما هن؟ قال: اذا حدث أحدكم فلا يكذب واذا وعد فلا يخلف واذااءتمن فلا يخن وغضوا أبصاركم واحفظو فروجكم وكفوا أيديكم

"Tanggunglah untukku dengan enam perkara, nescaya aku tanggung untukmu dengan syurga Mereka (para sahabat) lalu bertanya : "apakah yang enam perkara itu? " Rasulullah s.a.w menjawab : " Apabila seseorang daripada kamu berbicara, maka jangan ia berdusta. Apabila ia berjanji, maka jangan ia menyalahinya. Apabila ia diberi kepercayaan (amanah), maka jangan ia berkhianat. Dan tutuplah matamu! jagalah kemaluanmu! Dan cegahlah tanganmu."


Dirawikan: (AL-hakim dan Al-kharaithi)

Petikan dari kitab : احياءعلوم الدين
Oleh : IMAM AL-GHAZALI
M/S : 344

Rukun Taubat

Imam nawawi r.a. menerangkan dalam 'Riyadhus-syalihin'
bahawa taubat itu hendaknya dilakukan secara sempurna dengan mematuhi rukun-rukun iaitu:
1. Berhenti dari maksiat itu

2. Menyesal terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan

3.Berjanji dengan penuh kesungguhan tidak akan mengulangi dosa itu

4.Bila dosa berkaitan orang lain, hendaklah menyelesaikan persoalan itu dengan orang itu sendiri.

Tanda hati yang mati

Berkata ahli Hikmah:"Di antara tanda-tanda matinya hati adalah tiadanya kesedihan atas apa yang telah berlalu sedangkan kamu tidak melakukan ketaatan. Begitu juga kamu tidak menyesal
atas perbuatan dosa yang telah kamu lakukan".

Hati apabila hidup dengan iman, maka dia akan merasa susah manakala tertinggal daripadanya amal ketaatan, dan merasa menyesal apabila melakukan maksiat. Sebaliknya dia merasa gembira apabila menjalankan ketaatan, sehingga dia diberi pertolongan untuk menjauhi segala kemaksiatan dan kejahatan, Apabila ada orang yang tidak mempunyai sifat seprti ini, menandakan bahawa hatinya telah mati.

wanita

Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk kedalam syurga mengikut pintu mana(pilihan) yang ia sukai. (Riwayat At-Tabrani)

Tanda sempurna iman seseorang kamu ialah yang terbaik akhlak. seseorang lelaki itu ialah yang terbaik akhlak terhadap isterinya. (Riwayat At-Tarmizi)

kedudukan iman seseorang

1). IMAN TAQLID.
Iman taqlid ialah iman ikut-ikutan atau iman "pak turut" iaitu orang yang beriman
dengan semua rukun iman yang enam, iaitu beriman kepada allah,malaikat
kitab,rasul,hari akhirat dan Qadha-Qaddar ditentukan allah. namun, keimanan itu
hanya ikut-ikutan sahaja, tanpa kefahaman.

2). IMAN ILMU.
Kedudukan iman ilmu ialah iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja. iaitu
seseorang yang telah mempelajari dan memahami tentang allah, malaikat,kitab-kitab,
nabi,nabi,hari kiamat dan lain-lain yang diwajibkan diimani oleh setiap orang
mukallaf.

3). IMAN 'AYYAN
Kedudukan iman 'ayyan, imannya bertempat dihati (jiwa), bukan lagi difikiran
sebagaimana orang beriman ilmu. Hatinya sentiasa sensitif dengan allah dan sentiasa
mengingati allah. setiap perkara yang dilakukan. dilihat dan diingati hatinya
sentiasa mempunyai hubungan dengan allah.

4). IMAN HAK.
Iman hak ialah iman yang sebenar, yang dicapai sesudah seseorang itu mencapai
iman 'ayyan. seseorang yang mencapai iman hak mata hatinya sentiasa melihat allah,
ertinya setiap kali ia melihat kejadian allah, hati dan fikirannya tertumpu kepada
allah, lalu ia membesarkan dan mengagungkan allah.

5). IMAN HAKIKAT.
Iman hakikat ialah peringkat iman yang tertinngi dan paling sempurna sekali.
inilah taraf iman milik para rasul dan nabi, khulafak rasyidin dan wali-wali
besar yakni para kekasih allah.

kelemahan kekuatan akal

1). MUDAH LUPA KEPADA KEBESARAN ALLAH SWT.
Sebabnya ialah kerana ia merasa dirinya hebat dan tidak memerlukan pihak lain, hatta
kepada allah pun ia terasa kurang penting untuk bergantung. oleh sebab itu bukan sahaja
ia tidak mahu berdoa memohon pertolongan dan bantuan allah, bahkan sembahyang pun dia
lupa untuk melakukan, demikian juga dengan puasa dan perintah allah, kerana dianggap
kurang perlu.

2). LUPA TUGAS DAN PERANANNYA KEPADA ORANG LAIN.
Lupa untuk memikirkan kepentingan dan kerja-kerja masyarakat, malah lupa untuk
memikirkan keluarga sendiri kerana asyik dengan keistimewaan akalnya, dalam melakukan
kerja-kerja membuat analisis, kajian dan sebagainya.

3). LUPA DIRI.
Orang yang mempunyai kekuatan akal adakalanya lupa pada diri sendiri, sehingga
dirinya tidak terurus kerana sibuk dengan teori dan kajiannya. sehingga janggut
dan misainya panjang melebihi had yang disunnahkan. Demikian juga dengan pakaiannya
dan biliknya tidak tersusun, berselerak dengan buku nota dan kajiannya.

4). JIWANYA DIPENUHI OLEH MAZMUMAH.
Jiwa orang yang kuat akal dipenuhi dengan ujub, sombong, berbangga dengan kelebihan
yang ada. kerana kehidupan hariannya hanya memikir menambahkan ilmu yang diperlukan
oleh akalnya. tanpa ditambahkan ilmu yang diperlukan oleh jiwanya, seperti tentang
ilmu yang bersifat mahmudah.

Bagi mendidik orang yang kuat akal ini supaya kekuatan akalnya dimanfaatkan
untuk islam dan perjuangan, ialah dengan cara diberi kesedaran. Dalam Al Quran
Allah mendidik mereka dengan ayat-ayat yang mengajak berfikir, dengan cara itu
mereka dapat membuat perbandingan dan tidak lagi sombong dengan keistimewaan
yang allah berikan.

kelebihan kekuatan akal

1). MAMPU DAN BERFIKIR TAJAM.
Hasil fikirannya melahirkan pelbagai teori yang tidak terfikir oleh orang biasa dia
boleh pula memahamkan orang lain tentang teori ciptaannya itu samada melalui menulis
buku, memberi penerangan atau lain-lain.

2). BERILMU.
kerana kekuatan akalnya lebih, dia senang mengingati ilmu-ilmu yang dipelajarinya.
Bahkan dia mampu mencungkil ilmu-ilmu yang tersirat.

3). BERHATI-HATI.
Kerana ketajaman fikirannya, dia cukup berhati-hati supaya kerjanya tidak salah atau
tidak menemui jalan buntu.

golongan orang yang beriman

Di dalam al Quran Allah memuji golongan yang beriman
'ayyan dan menggelarkan mereka dengan pelbagai gelaran yang baik,
di antaranya:

a). Orang solehin (orang yang baik)

b). Golongan Abrar (orang yang berbakti)

c). golongan Muflihun (orang yang mendapat kemenangan)

d). golongan Al Faizuun (orang yang mendapat kemenangan)

e). golongan Ashabul Yamin (orang yang akan menerima suratan amal dari sebelah kanan dipadang mahsyar nanti)

Friday, January 21, 2011

La tag dhab (لا تغضب)

Bismillah Hirrohma nirrahim. . .
salam silaturrahim

من كف غضبه ستر الله عوررته
ertinya: barang siapa yang menahan kemarahannya, nescaya ditutup oleh allah auratnya
( yang malu diketahwi orang)
- Dirawikan ibnu abid-dun-ya dari ibnu umar-

ibnu umar berkata:" aku bertanya kepada Rasulu llah s.a.w.: " katakanlah kepadaku suatu perkataan dan sedikitkanlah, mudah-mudahan aku memahaminya."
lalu Rasulu llah s.a.w menjawab. " jangan engkau marah."
maka aku ulangi pertanyaan tadi dua kali kepada Rasulu llah s.a.w. tiap-tiap kali yang demikian. beliau kembali kepada jawapan. "jangan engkau marah."
- Dirawikan abu ya`la dari ibnu umar-

Allah taa`la telah menjadikan sifat marah itu dari api. dan dijadikannya sifat itu menjadi gharizah(instink) pada insan. dan diramaskannya dengan lumpur. maka manakala ia terhambat, dari salah satu hajatnya dan salah satu dari maksudnya. nescaya menyalalah api kemarahanya. dan api itu berkobar-kobar. yang menjadikan darah hati itu mendidih dan berhamburan pada urat-urat. dan meninggi kebahagian badan sebelah atas. sebagaimana meningginya api. ITULAH MARAH. . .

Tuesday, January 18, 2011

Rahsia Rakaat Dalam Solat

Salam penuh kasih sayang
same2 kite share

Rahsia Rakaat Dalam Solat


Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya"


Solat Subuh
Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat


Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan)
Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar)
Solat Zuhur

4 nabi yang masih Hidup

Salam ceria. . .
entry kali ni, bukan kepunyaan deqyah
tapi Deqyah copy paste dr blog seorang sahabat
same2lah kite berkongsi semoga ada manfaatnya bersama
selamat membaca. .

4 Nabi yang masih hidup dan tetap diberi riziqi dari khazanah Allah swt.

Mereka adalah golongan yang dikhususkan oleh Allah swt.

2 Nabi Ada dibumi yaitu nabi Khidir dan Nabi ilyas a.s.

Ditempatkan di bagian bumi yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui tempat itu

2 Nabi ada di langit yaitu nabi isa dan nabi idris a.s.

Ditempatkan di bagian langit yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui tempat itu.

1. Nabi Khidhir a.s.

Ikhwah, aku terbaca dalam sebuah posting geng anak Pak Wahab yang menyatakan bahawa menurut jumhur ulama Nabi Khidhir itu sudah wafat dan hanya golongan minoriti sahaja yang berpendapat bahawa Nabi Khidhir masih hidup. Sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya kerana jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku nukilkan di sini tulisan Imam an-Nawawi dalam “Syarah Muslim” juzuk ke – 15, mukasurat 135 – 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:-

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...