Tuesday, January 27, 2026

Hanya Ingin Lega..


 Setiap Peristiwa Yang Singgah Dalam Hidup aku
Samada Yang Buat Aku Tersenyum Atau Menangis
Tak Pernah Lagi Aku Pinjam Bahu Sesiapa Untuk Bersandar
Melainkan Tempat Pengaduan Aku Adalah 100% Kepada Allah
Sesesak Mana Pun Dada Aku
Aku Hanya Bertanya Pada Allah
"Kenapa Allah?" Dan Saat Aku Betul-betul Tak Mampu
Aku Hanya Minta Allah Bagi Aku Jalan keluar Yang Paling Baik.
Dan Aku Adalah Penangis Yang Paling Tegar
Tapi Bukan Depan Orang.
Hanya Ketika Waktu Aku Bersendirian
Waktu tu, Aku Adalah baby 😎
Kalau Aku Bercerita Sekali pun dengan orang lain
Hanya sipi-sipi untuk Legakan hati
Bukan keseluruhan
Sebab, Aku Tak Percayakan Sesiapa
Bagi aku, Hati Manusia Ibarat Cuaca
Bila-bila Masa akan berubah
Bercerita Pada orang yang salah
Akhir nanti..
Aku Yang Bemasalah
Dalam Hidup ni
Aku Hanya Percaya satu
Tiap Ujian Yang Datang
Pasti Ada hikmah
Yang Memberi adalah Allah
Yang Menyelesaikan Juga Adalah Dia
Tapi Sebagai Insan Yang Normal
Aku Tak lari Dari Rasa Tak keruan
Ubat Aku hanya Menulis
AND aku LEGA..
Cuma.. Aku Masih Terbelengu
Dalam Rangka Yang Masih Belum Selesai
Samada Aku perlu Terus lalui
Atau Mungkin Aku Perlu Angkat Tangan
Dan Mohon Maaf Pada Semua Orang
Aku dah Istikharoh
Hanya Aku Belum Temukan Jawapan
Aku Adalah Jiwa Yang lembut
Tapi Ketika Aku Rasa
Jiwa Aku Di ajar Untuk Terlalu Bertahan
Aku Akan Jadi JIWA YANG GILA
Dan Ketika waktu tu Tiba
Takde Satu Suara pun Yang Mampu Menghalang Aku untuk buat Keputusan
Cuma Waktu ini..
Biar Takdir Menulis Dengan Baik

Monday, January 26, 2026

Semua akan Baik-Baik..

 


Hari ni, Dada Rasa Berat
Sedih Yang Hanya Allah Saja Yang Tahu
Untuk Beberapa Waktu ni
Aku Rasa Sedih Yang Melampau
Sambil Drive
Menitik-nitik Air Mata
Bodoh Rasa... 😖
Apa Yang Mampu Aku Lakukan
Lepas Solat
Mengadu Puas-Puas Pada Allah
Selesaikan Apa Yang Membelengu Jiwa Aku
Dan Ada Satu Masa
Aku Tak Mampu Bersuara
Aku Hanya Mampu Menangis Atas Sejadah
Dan Minta Allah Bagi Jalan Keluar
Dan Pada Masa Yang Sama
Aku Masih Menjalani
Hari-hari aku Sebagai Isteri,Ibu Dan Bsnes Women
Dan Yang Selebihnya
Aku Tak Mampu berfikir Lebih Keras
Aku takut Klo Aku Press
Tekanan Pecah 😂
Apa Yang Pasti..
Ini Hanyalah Ujian Kecil Sebagai Hamba
Takkan Jiwa Yang kuat Menjadi Master 😎
Kalau Tak Lalui Badai dan Taufan Kehidupan
Insyaallah Semua Akan Baik-baik Saja..👌





Sunday, January 25, 2026

Kerana Aku Suka Menulis..


 Tetap Santai
Walaupun, Mental aku Di Hentam
Tetap Berjalan
Walaupun, Kuat Untuk Berhenti
Terus Bertahan
Walaupun, Emosi Semakin Melemah
Bukan Tidak Mampu Membuat Keputusan
Hanya Saja, Keputusan Itu Terlalu Berat Untuk Di Putuskan
Tapi, Kerana Aku Suka Menulis
Jadi, Biarlah Porak Peranda Fikiran Aku Hari ni
Menjadi Satu Kenangan Untuk Aku Singgah Suatu Hari Nanti

Friday, January 23, 2026

Benda Yang Aku Benci...


Nak Membela Seketul Aku

Bukanlah Big Problem. Walaupun Aku akui, Aku kuat Melawan 😏

Tapi, Permintaan Aku Tak Banyak. "Be Nice"

Aku Tak boleh, Orang Cakap2 Kasar2

Aku Rasa Macam Nak Penampar Muka Orang tu.

Tapi Tulah, Yang Kita Tak Suka

Itulah Yang Menjadi Beban Paling Berat Dalam Hidup aku

Yang Jadi Nanah Dan Dendam Dalam Hati aku.

Aku Yang Selalu Diam

Sekarang ni, Aku Jadi Makin Kuat Bersuara

Aku Rasa, Aku Di Ajar Untuk Jadi Biadab 😕

Aku Gile Letih..

Sudahlah, Malas Aku Sambung

Hari ni Rasa Emosi Aku Macam Kena Hentak

Tapi Aku Masih Sebukkan Diri Dekat Kedai

Kalau Ikutkan Aku Yang Suka Memberontak

Dah Lama Aku buat Keputusan Yang bodoh

Tapi.. Aku Masih Rasional 

Cuma Satu..

Sampai Satu Masa Mungkin..

Aku Dah Tak Sesabar Sekarang 

Wednesday, January 21, 2026

Kembali Rasional...


 Mungkin Akhir-akhir ni
Aku Lebih Fokus Melayan Emosi Dan Perasaan Yang Keterlaluan
Sampai Aku Terlupa, Aku Adalah Perempuan Yang Semakin Senja 😅
Yang Memegang Company Kecil Atiq Resources
Yang Dibawah Aku
Terlalu Ramai Yang Struggle Memenuhi Keperluan Keluarga Masing-masing
Dan Akhir-akhir ni
Aku banyak Berfikir
Aku Boleh Serabut
Tapi Tak boleh berlama-lama
Kerana Aku Ada tangungjawab Yang Perlu Aku jalankan
Setiap Hari aku Berdoa
Allah Kembalikan aku yang dulu
Yang Strong 💪
Yang Takkan Sesekali Biarkan Orang Lain Memasuki Kehidupan aku
Untuk Mengusik Emosi aku.
Bila, Emosi Aku Rosak
Akan bagi Kesan Pada Semua Benda
Termasuk Bisness aku.
Inshallah, Aku akan Kembali Rasional







Monday, January 19, 2026

Biarlah Takdir Terus Menulis..


 Belajar Untuk Tenang Dan Menerima
Walaupun, Pengalaman Hidup Semakin Memenuhi Jadual Hidup
Tapi, Tetap Saja Cara Kita Menerima Ujian Hidup Berbeza
Kadang Kita Kuat Ibarat Gunung Yang Bertahan
Kadang kita Ibarat Pohon Kecil Yang Bila-bila Masa Boleh Tumbang
Kadang Untuk Tersenyum Pun Kita Rasa Malas
Hanya Melayan Keadaan.
Tapi, Oleh kerana kita Bukanlah Anak Kecil
Yang Perlu Menjadi Manja Dan Mengalah Dengan Keadaan
Maka, teruslah Menjadi Musafir Yang Meneruskan Perjalanan
Walaupun, Sebagai Wanita Yang Normal
Yang Memang Selalu Dihantui Emosi
Rasa letih Dan Semak Selalu Mengusik Hati
Namun, Apabila Pilihan Itu Tiada
Biarlah Kita Biarkan Takdir Terus Menulis
Kerana, Apabila Kita Meminta Takdir Berhenti Secara Paksa
Pasti, Akan Berakhir Dengan Kejatuhan Yang Maha Hebat.

Sunday, January 18, 2026

Jalan Mati..


 Dalam Hidup Ni Perkara Yang Paling Susah
Adalah untuk Jadi Rasional
Berdepan dengan Reality
Pujuk Diri Untuk Faham Setuasi
Pujuk Hati untuk Tidak keterlalun
Belajar untuk Jadi Hebat
Untuk Memahami dan Menerima Ujian Yang Allah bagi
Walaupun, Hati dan Fikiran Bertelagah Sesama Sendiri
Setiap Saat Berperang Dengan Jiwa Yang Sedang Diuji
Mencari pelbagai Aktiviti untuk lupa dan Melepaskan
Walaupun, Kita Tahu Untuk Sembuh Dalam Masa terdekat
adalah mustahil
Tapi Untuk berada Ditempat Yang kita Tidak Diraikan
Dan tidak dipedulikan
Adalah Satu Perkara bodoh
Bangkit Dari Rasa Yang hanya kita Sendiri Perjuangkan
kutip Balik Maruah Yang kita dah letak Dekat kaki
Walaupun Pedih. Hakikatnya
Memperbodohkan diri Sendiri Untuk Sesuatu yang Jelas
Adalah Satu Tindakan yang sangat Tidak Wajar
Teruslah Berjalan...
Walaupun Kadang2 kita Masih Menangis
Walau, Masih Mengharap Sebuah Keajaiban Berlaku
Sebagai Seseorang Yang sudah Memahami
Cukuplah, Kita Mendoakan
Apapun, Tiap kehadiran
Tetap Satu Memory yang pernah Buat kita Tersenyum
Tetap satu Rasa yang Pernah buat kita Tenang
Dan Rasa seperti Pulang Ke Rumah.
Apabila Tali sudah Dilepaskan
Janganlah kita Memaksa untuk Hadir
Ada cerita yang masih belum dapat di ambil jadi hikmah
Tetapi tetap ada hikmah yang Tersembunyi
Yang masih Belum Terungkai..
Hanya yang nyata
akan mampu memperjuangkan
ilusi hanya sekadar berada dalam mimpi 
mimpi yang hanya ada jalan mati. 💔

Thursday, January 15, 2026

Begitulah..


 Boleh Dikatakan 2025 Membuatkan Hidup Aku agak lain
Banyak Benda Yang Aku Buat
Aku Rasa Dibawah Kewarasan 
Untuk 2026 ni aku Berusaha Untuk Kurangkan
Buat Status Wsup Dan Media sosial Lain
Aku Private Semua Benda
Cuma, Untuk Status Wsup kadang2 Susah Juga Nak kawal
Aku Jenis Havoc 😖
Aku Lebih  Fokus Pada Bisnes Dan Bila Rasa Terlalu lonely
Main Game 😇
Susah nak Explain
Satu Rasa Yang Aku Kena Fix Balik
Aku Bukan Orang Yang Suka Bercerita Pada Sesiapa
Sebesar Apa pun Masalah aku
Aku Hanya Berbalik Pada Allah Yang Memberi
Cuma, Kadang2 Rasa Penuh Sikit Dada
Rasa Ada benda Yang Nak Meletup
Kadang Sambil Drive Menangis 😑
Aku tak tahu Kenapa Jiwa Perempuan Perlu Menangis?😇
Tapi Itulah..
Insyaallah, Aku Cuba Lebih Positif
lebih Matang Dan Ranum lagi.
Dan Aku Anggap Ujian Yang Sedang Berjalan ni
Adalah Misi untuk Aku menjadi Master 😂

Wednesday, January 14, 2026

Aku Hanya Mahu Menulis..

Jika bercerita Sebagai Wanita Yang Matang dan Semakin Berusia

Perjalanan Hidup ini Sudah Terlalu jauh dan Panjang

Dan Semakin Di lalui

Semakin mula Malas Memperdebatkan Semua Benda

Walaupun, Suatu Waktu dulu

Akulah Perempuan Yang Suka Mempersoalkan

Mungkin Kerana aku Di fasa Letih 

Letih Bersuara

Letih Mengharap

Jadi, Aku lebih Memilih Diam dan Jalani saja

Aku belajar Untuk Reda Dan Tidak Terlalu keterlaluan

Soal Menjadi Kosong Dan Teruji

Aku Tak Mampu Mempersoalkan

Kerana Diluar Kemampuan aku Sebagai Hamba

Mungkin, Di hujung Perjalanan ini

Allah ingin Aku Menjadi Wanita 

Yang Lebih Memahami

Lebih Melihat Sekeliling

Walaupun, Sedikit Berat untuk aku bawa

Kerana Terbawa2 dengan Emosi dan Keadaan

Tapi.. Satu Benda yang Aku belajar

Bahawasanya, Hidup ini Tidak Pernah menunggu kita Bersedia

Dalam Menempuh Badai Kehidupan

Melainkan kita Harus Terus dan kuat


 

Tuesday, January 13, 2026

Biar Masa Tentukan..

👀 

Sementara Menunggu Subuh 💝

Selesai Baca Al Quran

Rasa, Macam Nak Menulis Sesuatu

Aku Tak sure, Apa Yang bermain dalam fikiran Aku kebelakangan ni

Aku Kehilangan Jati diri. 😐

Supaya Fikiran Aku Tak Terlalu Berfikir jauh

Aku Main Game Semalaman.. adehhhh..

Terasa Bagai Budak-budak Hingusan Yang Baru Mengenal Hidup

Whats Wrong With Me.. Aiyooo..😰

Entahlahh.. Aku Taknak Bersangka Buruk Dengan Perjalanan Hidup aku

Dari Pandangan Mata Kasar. Hidup aku Very good. Nice, Delicious.

Tapi, Dari Mata Acah-acah melihat..Okey Juga Hidup aku.😄

Tapi Dari sudut Seorang aku.💁

Bukanlah tak okey. Alhamdulillah..

Cuma Ada Something yang aku simpan

Yang Menjadi Rasa "Everything Is Gone"

Sangat Terlambat untuk "FIX"

Tapi, Aku Hanya Menjalani

Cuma Kadang-kadang macam ni lah

Bila Fikiran Terlalu Memberati

Aku Rasa Nak pergi Jauh Dari Semua Orang

Bukankah Dunia TETAP BERJALAN WALAU PUN AKU DIAM DAN HILANG 😵

Tapi, itulah.. aku adalah seorang ibu..

Apa pun keputusan aku hari ni

Ada 3 ketul buah hati aku yang sedang Memerlukan aku

Betullah, Semakin kita Berusia..

Bukan lagi berkenaan apa yang kita mahu

tapi tentang semua orang

Sejauh mana hati kita terluka

Biarlah Masa menjadi penawar

Di akhirnya, 

Biarlah Masa yang Menentukan

Kerana Takdir Telah tertulis Dari awal 🙆



Friday, January 9, 2026

Rehat..



Buat Masa ni..
Aku memilih Untuk Rehat
Rehat, Dari Semua Yang membuatkan Kepala aku Penat
Fokus Pada Perniagaan..
Walaupun, Kadang2 Sebagai insan yang Masih Di uji
Aku tak mampu pun lari dari berfikir
Tapi, Penghujungnya aku Penat
Dan Tiada Kesudahan
Dan macam biasa..
pergilah sejauh mana pun
Dunia Tetap berjalan
Apa yang aku nak kalutkan
Teruslah berjalan di laluan Yang Allah dah buka untuk aku
Satu Hari nanti apabila Allah kata
"Cukup.."
Jadi, Waktu tu aku akan berhenti
Setakat ini, Apa yang aku pelajari
Janganlah Berharap Pada Siapa pun Selain Allah
Kerana Manusia Bersifat Sementara
Datang Dan Pergi
Sekeras apa pun kita berusaha
Jika kita terlalu berharap
Maka, Allah akan uji dengan Rasa Kecewa
 

Thursday, January 8, 2026

Terus Bertahan..


Apabila kita Semakin Dewasa
Semakin Bertemu pelbagai Ujian Hidup
Kita akan Terbiasa Diam
Walaupun, Jiwa bergelut dengan Keadaan
Sebagai Wanita yang lebih dewasa
Kita akan Memilih "Biarlah..."
Bukan kerana Tiada pilihan
Pilihan sentiasa ada
Cuma keadaan yang membuatkan kita memilih bersembunyi dari reality
kadang hari ni, kita bangun dengan senyum
Tapi esok mungkin emosi kita sedikit teralih dengan keadaan
Tapi kita masih menjalani
kerana hidup ini bukan tentang kita seorang
Bukan lagi soal hati
Tapi soal tangungjawab dan bertahan
kadang kita rasa nak menjerit
biar dunia tahu isi hati yang terbelit .. 😂
Tapi jika dunia tahu pun
Apakah keadaan akan berubah?
kita tetap harus bertahan
maka, lebih baik Diam
walaupun, kadang kita menangis sendiri
tapi kerana akhir2 hidup kita bukan lagi soal hati
tapi lebih kepada memperbaiki diri
jadi... Biarlah..

Hanya Menjalani..


 Perjalanan 2026
Setelah hampir 17 tahun aku dekat sini.. 🙈
Alhamdulillah. 
aku masih seketul aku
yang kadang suka merapu dan kadang adalah nampak sikit mcm orang
yang penting, belum berubah menjadi monyet.. ehhhh
2025 ea.. ermmm..
terlalu banyak kekerasan jiwa. 😂
yang meminta aku bersikap lebih dewasa
meminta aku memilih dalam membuat keputusan
berkeras dengan keadaan
Tapi waktu berjalan sehingga hari ni
dan setiap keputusan dan perjalanan 2025
memberi aku pengajaran "LEBIH DEWASA LAGI"
maklumlah, aku terlahir sebagai bungsu
walau pun dah jadi ibu kepada 3 ketul umat nabi muhammad
Masih lagi.. dan Masih juga ibarat anak kecil yang mencari2 ibu.
Tapi, Syukur Allah masih membimbing jiwa aku
walau pun hampir aku meyimpang dalam membuat keputusan
gara2 kekosongan jiwa.. ayyarkkk..
Cuma, Akan Datang aku berharap
Aku lebih terbuka dan Matang dalam membuat keputusan
Walau pun waktu ni
aku Masih keliru dan sesak
Tapi, Aku percaya Tiap perjalanan aku
Ada Allah yang membimbing
Buat Masa ni 
aku tak mampu lagi berfikir lebih keras
aku hanya menjalani
Selebihnya biarlah Takdir Yang menjawab..

Hanya Ingin Lega..

 Setiap Peristiwa Yang Singgah Dalam Hidup aku Samada Yang Buat Aku Tersenyum Atau Menangis Tak Pernah Lagi Aku Pinjam Bahu Sesiapa Untuk Be...