Friday, November 7, 2025
Tiada Apa Pun..
Sunday, November 2, 2025
Rahasia Hikmah Di Balik Kehilangan
Adakalanya Allah Mematahkan Ranting Yang Kau Kira Akan Menaungimu Selamanya. Bukan Untuk Menjatuhkanmu- Tapi Agar Kau Tahu Bahawa Yang Sejati Berlindung Hanyalah Di Bawah Langitnya.
Ketahuilah, Manusia Hanyalah Seperti Bayangan Di Waktu Sore. Mereka Indah Menemanimu Saat Cahaya Masih Ada. Namun, Akan Memudar Ketika Matahari Tak Lagi Tinggi. Bukan Kerana Bayangan Itu Berkhianat, Tetapi Kerana Malam Memang Harus Datang. Agar Kau Belajar Bahawa Menyintai Cahaya Harus Dari Sumbernya Bukan Dari Pantulannya.
Kehilangan Seperti Hujan Di Musim GersangIa Membuatkanmu Menggigil., Tapi Menumbuhkan Kehidupan Baru Di Tanah Jiwamu.
Demikian Pula Kehilanganmu. Barangkali Di Sanalah Bibit Takdirmu Di Semai. Hingga Suatu Hari Kau Akan Memahami Bahawa Yang Pergi Tidak Akan Hilang. Ia Hanya Di Kembalikan Pada Pemiliknya.
Maka, Jangan Tangisi Yang Pergi. Meskipun, Ia Tak Kembali. Sebab Hidup Bukan Tentang Kehilangan. Tapi Bagaimana Kau Terus Melangkah. Meski Seseuatu Telah Hilang Dari Genggaman.
Sebab Sejatinya, Yang Pergi Hanyalah Mereka Yang Ditakdirkan Singgah. Sementara Engkau Masih Memiliki Hari Esok Untuk Menulis Kesah Baru Bersama Allah Yang Tak Pernah Meninggalkanmu.
"Umar Bin Khattab Ra"
Saturday, November 1, 2025
Esok Pikir Nak Tulis Apa..
Thursday, October 30, 2025
Apabila Dah tak Marah..
Tapi Sebagai Manusia
Marah Itu Normal
Apetah lagi, Untuk Seseorang Yang Ada di Hati
Marah ni Sebagai Guardian
Bermakna Kita Masih Care dan Sayang
Marah Bila Orang Tak Jawab Msg Kita
Marah Bila Orang Tak Ambil berat Pasal Kita
Marah Bila Itu Dan Ini...
Tapi Bila Sampai Satu Tahap
Kita Hilang Rasa Nak Marah
Dan Apabila Perbuatan Seseorang Pada kita
Di Balas Dengan Senyum
Kita Bukan Tak Marah
Cuma, Kita Sudah Menerima
Dan Sudah Boleh Melepaskan
Cuma Waktu Belum Menjawab
Bila Dah Tiba Waktunya
Kita Dah Tak Lagi Marah Dan Kecewa
Dan Boleh Pergi Dengan Tenang
Tetap Tenang..
1. Mereka Tidak Menghabiskan Tenaga Untuk Perkara Yang Tidak Boleh Di Kawal
Tenang Kerana Tahu Bahawa Tidak Semua Perkara Mereka Boleh Ubah, Mereka Tidak Memaksa Orang Lain Untuk Memahami, Tidak Memaksa Perkara Untuk Pergi Mengikut Rancangan. Mereka Hanya Memberi Tumpuan Kepada Perkara Yang Mereka Boleh Kawal, Sikap, Usaha Dan Cara Berfikir.
2. Mereka Tidak Bertindak Terlalu Cepat
Setiap Emosi Mengambil Masa Untuk Di hadam. Orang Yang Tenang Tidak Bertindak Balas Dengan Segera Apabila Marah, Sedih Atau Kecewa. Mereka Memberi Diri Mereka Berhenti Seketika Untuk Berfikir Sebelum Bertindak.
3. Mereka Sudah Menerima Bahawa Kehidupan Tidak Akan Sentiasa Baik
Ketenangan Dilahirkan Dari Penerimaan. Orang Tenang Tidak Menuntut Hidupnya Selalu Baik. Mereka Menyedari Bahawa Kehidupan Mempunyai Irama Sendiri, Kadang-Kadang Meningkat. Kadang-kadang Jatuh. Dengan Penerimaan Itu, Mereka Tidak Mudah Di Goncang Apabila Perkara Tidak Berjalan Seperti Yang Mereka Inginkan.
4. Mereka Dilatih Mengatur Pemikiran Apabila Semuanya Huru Hara
Orang Yang Tenang Mempunyai Tabiat Berhenti Seketika Dan Melihat Keadaan Dari Jarak Tertentu. Mereka Menulis, Bermeditasi, Berdoa Atau Hanya Menarik Nafas Panjang Sebelum Meneruskan Rentak Mereka. Mereka Tahu Bahawa Minda Yang Huru Hara Hanya Boleh Di Tenangkan Oleh Kesedaran, Bukan Melarikan Diri.
5. Mereka Tidak Membiarkan Dunia Luar Memerintah Dunia Dalam Dirinya
Terdapat Dua Dunia Yang Di Diami Oleh Setiap Orang. Dunia Luar Yang Penuh Peristiwa, Dan Dunia Dalaman Yang Penuh Makna. Orang yang Tenang Menghalang Dunia Luar Daripada Memusnahkan Kedamaian Batinnya. Mereka Memilih Dengan Bijak Apa yang Mereka Lihat, Dengar, Dan Fikirkan.
6. Mereka Tidak Takut Kalah
Ramai Orang Kehilangan Kerana Mereka Takut Kehilangan. Orang Yang Benar-benar Tenang. Telah Datang Penerimaan Kemungkinan Akan Kehilangan. Kehidupan Bukan Tentang Mengekalkan Segalanya.
Begitulah Dunia..
Dunia Melihat kita Baik
Kerana itulah Yang Dunia mahu Lihat
Kuat,hebat Berkaliber
Jika Satu Hari kita Berkarakter Sedih
Maka Dunia Akan Bising
Hidup Nampak Sempurna
Mana Datangnya Kesedihan dan Kekacauan? 😇
Kerana Dunia Lupa Sempurna Pada Mata Dunia
Belum Tentu Pada Hakikat Yang Berjalan
Maka, Aku selalu Pekakkan Telinga Pada isi Dunia
Aku Hanya Berjalan Mengikut Alur Yang Sudah Tersedia Untuk Aku
Tapi, Jika Nasihat datang
Aku Tak Menolak
Kerana Nasihat itu Adalah Ubat Bagi Jiwa-jiwa Yang Terluka
Waktu ini..
Aku Hanya Ingin Sendiri
Berfikir Dan Cuba Tenang
Rupanya.. Jika kita Hilang
Tiada Yang Mencari
Mereka Hanya Melihat Apa yang Kita mahu Tunjukkan
Jika kita Bersembunyi
Maka, Kita Hanya Kita 😀
Faham...
Tuesday, October 28, 2025
Aku Sebagai Bos..
Tetap akan Pergi
Aku masih disini
Kekal dengan Rasa Yang Masih Membelengu hati dan Jiwa
Debar dan Sesak yang Masih Menumpang
Walau Aku Benci Dengan Semua ini
Tapi Siapalah Aku Untuk Menidakkan Ujian kecil ini
Sebesar Mana Pun Aku Mencuba
Aku Tak Mampu lari Dari Kenyataan Yang Ada
Yang Pasti, Aku Menjalani Sebagai aku
Tidak Hadir Di Mana-mana pun
Hanya Menerima Dan Menjalani
Walau Sesak ini Sering Buat aku Menangis dan Kecewa
Tapi takpelah, Aku Dah Biasa Dengan Rasa Kecewa
Lama-lama Tetap akan Pergi
Semoga Aku Kekal Menepati Janji Pada Diri Aku Sendiri
Tidak Menganggu Siapa pun 💪
Aku dan Seketul Atiq Resources
Aku dan Coffe
2 pagi..
Pukul 2 pagi..
Baru Lepas Mengemas
Malam ni Anak-anak buah datang Rumah.
Aku Masak TOMYAM. Lupa nak Snap Seperiuk Hasil TOMYAM 😕
Aku okey je.. Walau pun Sunyi sikit tak dapat post dekat Status wsup 😅
Insyaallah aku berusaha Menepati Janji pada diri aku sendiri
Menjadi Behave. Menjadi Lebih Matang
Tidak Menganggu Siapa pun
Walau pun hati Meronta-ronta
Tapi its okey
Aku nak sambung Menulis
Tapi aku Mengantuk dan Penat
Esoklah aku sambung
Buat Masa ni Terpaksalah aku Menapak dulu dekat sini
Sampai bila? Sampai aku Penat dan Takde benda nak Menulis
Aku beransur
Monday, October 27, 2025
Isnin Di oktober..
Biasanya Isnin adalah hari aku bersantai-santai
Sebab Jumaat-ahad aku pergi kedai sedikit awal dari biasa. Biasanya sebelum Zohor
Hari-hari lain. Ikut suka akulah. Tapi Setiap hari aku pergi.
So.. Hari ni Sepatutnya cutikan.
Tapi dapat Call dari kedai pulak. Drawer tak boleh buka
Customer tak boleh buat pembelian secara cash 😂
Terpaksalah berlari kejap ke kedai.
Betulkan Drawer. Insyallah. apa2 Problem di kedai yang tak melibatkan tenaga lelaki
apa yang boleh aku fix. aku buat.
Biasanya, klo dah sampai kedai.
Aku akan terus stay. buat sales.
Tapi hari ni malas.
Aku terus pergi kkb. Layan makan Secret RESEPI.
Makan Buttermilk chic chop
Minum Creme brulee latte.
First Time ni aku Minum air tu.
Kena dengan tekak. Aku letak sini. Supaya next aku tak lupa nama dia
Sebab aku dan PELUPA agak serasi. 😂
Sampai rumah.
Bersihkan Taik burung.
Entahlaaa.. aku pun tak tahu
Sejak bila aku suka burung,ikan kura-kura.
betullah, Manusia berubah
Ikutkan personality aku.
Aku agak jauh dengan benda-benda yang rumit ni
Tapi tulah..
Kini, Aku, burung, ikan dan kura-kura 😇
Masalahnya ikan. dari berpuluh ekor
Tinggal sekor je yg hidup. Sekor lagi ikan bandaraya
entahlahh.. Siapa yang bersalah
Friday, October 24, 2025
Matang&Jujur
Wanita atau lelaki sifatnya samakan..
Sentiasa memerlukan perhatian dan kasih sayang
Tapi, Siapa pun apabila di fasa matang
Dia akan memilih untuk STAY tapi tanpa memaksa apa pun
Sesuatu yang Allah hadirkan bukanlah kita punya pilihan untuk menolak melainkan menerima
ibarat CINTA ZULAIKHA KEPADA NABI YUSOF
Sakit dan perit dalam menerima ujian
Itulah Fasa-fasa kehidupan.
Cuma, Tetaplah jujur dalam apa jua keadaan
kerana kejujuran akan membuka ruang-ruang yang tertutup
Kita tak tahu takdir esok
Tapi apabila kita memilih berselindung di balik ketakutan
Takdir yang sepatutnya ada untuk kita
akan tertarik kepada energi orang lain yang lebih jujur.
aku memilih untuk jujur dalam semua keadaan
walau pun nampak terpuruk
bagi aku. itu bukan problem
bagi aku, harus berdepan dengan apa yang aku nak
berdepan apa yang aku tak suka
kerana jawapan dari kejujuran
adalah cara aku bertindak
move on atau STAY
Wednesday, October 22, 2025
......
Pada jiwa-jiwa yang masih bertahan
walau kemelut hidup tidak seindah novel yang di karang sang penulis
Tetaplah manis tersenyum.
Tetaplah, Menjalani liku-liku kehidupan ini dengan baik dan cemerlang
Selalu percaya, Tiada hidup yang tidak baik
Melainkan kita yang kurang bersyukur
Jika, hati terlalu berat dengan ujian yang datang tiba-tiba
tetaplah menjadi versi yang terbaik
Ringankan langkah
Takkan mungkin ujian itu datang melainkan kita adalah diantara yang mampu untuk menjalaninya.
Monday, October 20, 2025
Terapi..
Sesetengah orang.. Bila ada problem dia suka bercerita dengan orang lain. Dia akan lega.
Tapi, untuk aku Setelah aku bercerita dengan Allah. Aku suka menulis.
Dan sepatutnya blog ni dah jadi rumah pusaka. Yang tak perlu pun aku singgah lagi.
Tapi, Siapalah aku untuk menidakkan takdir yang sesekali mengusik hati.
Aku tak Details. Tapi sedikit Meluahkan dengan menulis. Cukup untuk buat aku lega.
Kenapa tak cari orang untuk bercerita? Sebab aku takde kepercayan tu pada sesiapa pun. Bagi aku, Manusia Berubah. Mungkin di saat dia baik. Dia akan menyimpan cerita kita. Tapi, andai aku bukan lagi baik di mata dia. cerita itu bukan lagi rahsia. jadi aku memilih untuk tidak bercerita pada sesiapa pun. Melainkan Pada Allah.
Hanya Allah yang maha mendengar dan Maha menyelesaikan apa pun yang menjadi kebuntuan di hati dan fikiran aku. Tapi sebagai insan. aku memilih meluahkan dengan cara penulisan.
Aku tak minta di fahami.
Sebab kasut kita saiz tak sama. walau pun aku minta orang cuba pakai kasut aku. Dia tetap tak boleh pakai. kesimpulannya. manusia hanya ingin lega tanpa menyusahkan sesiapa.
Aku tak tahu kenapa..
akhir2 ini, aku mudah touching. kesedihan yang melampau.
Aku boleh menangis depan sesiapa pun. Padahal sebelum ni orang meninggal pun aku tak boleh menangis. Entah la ea..
Aku mengada. atau ada sesuatu yang belum selesai.
Semoga Allah bagi jalan. lambat dan cepat sahaja...✊
Friday, October 17, 2025
Melepaskan..
Aku memilih Melepaskan Semua Rasa Yang Membuatkan aku Sakit.
Datang dari sudut mana pun, dari siapa pun. Tapi Masih Menjalani.
Aku Memilih Bertahan. Bukan kerana Lemah. Tetapi aku hanya ingin belajar bersyukur
Tentang Rasa, Tentang ingin di fahami. Tentang ingin selalu di lindungi.
Bagi aku, Semua tu bukanlah apa-apa.
Apa yang perlu ketika ini. Menjadi lebih dewasa.
Susah ea Jadi Dewasa. Bila jiwa terlalu ke anak-anakan. 😅
Mungkin, Terlahir sebagai anak bungsu. buatkan aku selalu mahu orang bercakap baik-baik. Lemah lembut. mendengar dan memberi pendapat dengan lembut dan beretika.
Tapi, Tiap orang Ujiannya berbeza. Sukar untuk aku jelaskan.
Yang jelas, hati aku berbekas rasa kecewa yang tumbuh rasa hilang Rasa.
Dan hilang rasa ini membuka satu ruang yang mengelirukan.
Tapi, Biarlah..
Aku sedang berusaha melepaskan..
Wednesday, October 15, 2025
Mungkin..
Mungkin..
Apabila aku banyak mendengar dari orang lain
Apa yang aku rasakan, Bukanlah Apa-apa
Hanyalah sekecil-kecil ujian yang tak perlu pun aku suarakan.
Hanya perlu diam dan jalani dengan baik
Ujian orang lain lebih sakit dan pedih
tapi mereka memilih untuk bertahan dan bersyukur
Itulah manusia.. ehh.. Mungkin itulah aku
Mengeluh, Saat di uji.
Tak mampu untuk bertahan, Seperti tiada jalan Penyelesain
Memilih untuk Menjadi lemah dan menangis
Sedangkan menjadi kuat itu boleh
Menjadi seperti Tiada apa-apa yang terjadi itu boleh.
Akhir Ceritanya apa?
Teruslah Menjalani apa yang harus di jalani.
Dunia hanya tempat singgah
Menjadi baik itulah yang perlu aku faham.. 😐
Sunday, October 12, 2025
Jalani saja hidup ini...
Aku tak tahu..
Harus Marah pada siapa, Tentang Rasa sedih yang berpanjangan yang datang mengusik untuk beberapa bulan kebelakangan ni.
Aku yang mudah tersentuh. Atau jiwa aku dah tak sekuat dulu. Atau aku yang Semakin tua. 😐
Entah Kenapa, Aku yang dah terbiasa dengan ujian-ujian hidup.
untuk ujian kali ni aku seakan-akan tak mampu untuk lawan.
Semakin aku lawan. Semakin aku jatuh di tempat yang sama.
Aku tak mampu untuk bersuara. Ketika mana aku rasa sangat Sedih.
Aku hanya menangis. Terasa aku seakan anak kecil. 😔
Dan yang paling aku benci. Aku tak tahu aku menangis Sebab apa.
Tapi, Dunia tak pernah nak tahu. kita sedih atau berduka.
Isi dunia hanya tahu kita harus menjalani.
Dan, aku hanya menjalani apa yang harus aku lalui
Yang selebihnya, Biarlah..
Apabila takdir aku berhenti. Maka aku berhenti.
Aku penat berlawan dengan emosi.
Friday, October 10, 2025
Belajar Untuk Selesai
Dalam perjalanan memasuki umur 40 tahun. Ujian demi ujian Allah bagi. Walau pun bukan Ujian dari segi ekonomi. Tapi tetap menguji keteguhan iman aku sebagai seorang Hamba.
Selama ini, aku terikat oleh keadaan. Nak melepaskan aku tak mampu. nak genggam, bukan hak aku. Aku duduk di tengah-tengah gelombang yang memukul aku berulang kali.
Tapi, di saat aku jatuh. aku masih lagi berdiri. jatuh, dan aku berdiri lagi. Kerana aku takut terus berada di lubang yang menjerat aku ke arah kemelut yang tiada kesudahan.
Perit, Hanya Allah yang tahu. Setiap hari aku sulam dengan Doa. Tapi Allah kata belum masa ujian itu berhenti. Maka, sebagai hamba, dalam meminta aku terus menjalani.
Namun, Sifat insan itu, Sinonim dengan cepat letih. jadi.. aku jadikan letih itu sebagai alasan agar aku belajar untuk selesai.
Walau, Setiap hari. aku bangun memikirkan hal yang sama. Berulang-ulang kali. Tapi pada masa yang sama. terbit persoalan sampai bila? aku harus terus menekan luka yang sama.
Bangkit, Hidup dalam reality. bukan mudah ya. Tapi itu aku.
Walau sekeras mana hidup ini membuatkan aku menangis. Aku takkan berlama-lama hidup di situ. Walau pun aku perlukan sedikit masa. Tapi aku tetap belajar untuk selesai.
Jiwa dan fikiran yang tenang itu mahal. Di sebabkan aku suka pada sesuatu yang Exclusive. Maka, aku memilih untuk Stay di tempat yang tenang itu. boleh ke macam tu? 😆
Bukan setiap jiwa itu kuat. Tapi Apabila kita memilih untuk selesai, teruslah melangkah. walau pun kadang kita goyang dengan bisikan kalbu. sulamlah dengan solat dan doa.
Yang memberi adalah Allah. Yang boleh mengambil kembali juga adalah Allah. Merayulah sepuasnya pada yang memberi. Suatu hari nanti Pasti akan selesai.
Friday, October 3, 2025
SYUKUR YANG SUKAR UNTUK DI LAKUKAN..
Ya Allah,
Betapa besar dan banyak nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku, lebih daripada apa yang aku sedari dan syukuri. Di saat aku terhimpit dengan rasa kecewa, aku lupa bahawa segala yang ada di sekelilingku adalah anugerah-Mu. Namun, ketika Engkau menguji aku dengan sedikit saja kesulitan, rasa itu seperti membuatkan aku jatuh terjelepuk, merasa seperti tidak mampu lagi untuk berdiri.
Memang, setiap ujian terasa berat apabila ia datang dalam bentuk sikap manusia, yang kadang tidak kita jangkakan. Ketika hati dilukai, ketika kepercayaan dikhianati, semuanya seperti menambah beban yang sudah ada. Aku menjadi terlupa akan nikmat-nikmat yang lebih besar yang Engkau berikan, kerana rasa kecewa itu menutupi segala yang indah.
Tapi, Ya Allah, dalam keresahan ini, aku hanya menginginkan kedamaian dalam jiwa. Aku ingin keluar dari hiruk-pikuk dunia yang penuh kepura-puraan, yang hanya mengundang kebingungan dan kekosongan. Aku ingin hidup dalam ketenangan yang datang dari-Mu, bebas dari segala yang tidak membawa aku lebih dekat kepada-Mu.
Mungkin aku harus belajar untuk lebih sabar, lebih lapang dada, lebih menerima bahawa setiap orang punya peranan dalam ujian ini. Dan aku juga harus belajar untuk melepaskan dan memberi ruang bagi ketenangan yang sejati, yang hanya dapat aku temukan dalam diri-Mu.
Ya Allah,
Aku mohon agar Engkau memberikan aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian yang datang dengan sabar, dan ketenangan dalam setiap langkah hidupku. Biarkan aku sentiasa merasa dekat dengan-Mu, dan jauh dari segala kecemasan yang tidak memberi makna.
Mungkin ini adalah saat untuk aku kembali merenung, agar dapat memahami bahawa ujian kecil ini hanyalah sebahagian dari perjalanan menuju kedamaian yang lebih besar. Semoga hati ini kembali tenang, dan jiwa ini kembali dipenuhi dengan rasa syukur yang sebenar-benarnya.
RASA
Hidup ini berkenaan dengan RASA.
Rasa bahagia, Rasa kecewa, Rasa ingin dihargai, Rasa putus asa, Rasa ketidakpuasan hati.
Namun, Jika rasa itu, dipelihara dengan cinta dan kasih sayang. maka, akan terlahirlah jiwa yang tenang.
Setiap yang berjiwa dan bernyawa pasti punya rasa.
walaupun yang terlahir itu, hanyalah jasad yang kecil.
Namun, tetap dia punya rasa.
Oleh itu,Jangan biarkan jasad yang sempurna.
Tetapi tidak mempunyai RASA yang tenang dan bahagia.
kerana, jiwa yang mempunyai rasa kecewa dan di biarkan akan mati dengan perlahan-lahan dan melahirkan rasa dan jiwa yang rosak.
TARIK NAFAS PERLAHAN-LAHAN.
AMBIL SEGALA RASA POSITIF
DAN HEMBUSKAN SEKUAT HATI SEGALA RASA NAGATIF.
RASA..
hidup penuh dengan berbagai rasa — rasa yang datang dan pergi, yang kadang membingungkan dan membebani, namun juga memberi warna dalam hidup. Rasa bahagia dan kecewa, rasa cinta dan rasa kehilangan, semuanya adalah bagian dari perjalanan yang membentuk kita.
Ketika kita mampu memelihara rasa tersebut dengan cinta dan kasih sayang, kita memberi ruang untuk kesembuhan dan kedamaian dalam diri. Kasih sayang kepada diri sendiri, penerimaan terhadap emosi yang datang, dan memberi ruang untuk pertumbuhan adalah cara kita merawat jiwa. Pada akhirnya, rasa yang dipelihara dengan cinta dan kebijaksanaan akan membawa kita pada ketenangan batin yang sejati.
kenyataan yang sering terlupa: bahawa jasad dan jiwa saling berkait rapat. Sesungguhnya, walaupun tubuh kita kelihatan sempurna secara fizikal, jika jiwa kita dilanda rasa kecewa, luka, atau kekosongan, maka kehidupan kita akan terasa tidak lengkap. Rasa yang tidak dipelihara dan dibiarkan menumpuk akan merosakkan ketenangan jiwa dan akhirnya mempengaruhi cara kita menjalani kehidupan.
"jiwa yang mempunyai rasa kecewa dan dibiarkan akan mati perlahan-lahan" — rasa ini boleh menjadi racun yang memusnahkan, jika tidak ditangani dengan baik. Rasa yang terpendam tanpa penyembuhan boleh menghalang kita daripada mencapai kebahagiaan dan ketenangan yang sepatutnya. Oleh itu, penting untuk memberi perhatian kepada emosi kita, membebaskan diri dari beban yang menekan, dan memberi ruang untuk penyembuhan.
Ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa tidak datang dengan mengabaikan rasa yang ada, tetapi dengan menghadapi dan merawatnya dengan kasih sayang, baik terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Rasa adalah bahasa jiwa, dan kita perlu mendengarnya dengan penuh kesedaran dan perhatian.
Kehidupan memang penuh dengan pasang surut rasa. Ada kalanya kita merasa bahagia, bersyukur atas segala nikmat yang diberikan, namun ada kalanya rasa kecewa, sakit, atau bahkan rasa dikhianati datang menghampiri tanpa diduga. Inilah yang dinamakan ujian hidup—Allah hadirkan rasa yang teruji untuk kita, agar kita lebih mengenali diri dan lebih mendekatkan diri kepada-Nya.
Bahkan di saat-saat kita merasa terpuruk atau dikhianati, ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Mungkin hari ini tidak sebaik semalam, tetapi percayalah, setiap rasa yang datang itu adalah sebahagian daripada proses penyucian jiwa. Kita diuji bukan untuk menghancurkan kita, tetapi untuk menguatkan kita, memberi kita peluang untuk belajar dan berkembang menjadi lebih baik.
Pada akhirnya, semua rasa itu mengajar kita tentang ketabahan, kesabaran, dan bagaimana untuk merawat jiwa agar tetap tenang walau dikelilingi oleh ujian. Jangan biarkan rasa yang negatif menguasai, tetapi biarkan ia menjadi batu loncatan untuk mencapai kedamaian yang lebih besar.
Apakah rasa yang sedang anda rasai sekarang? Dan bagaimana kita boleh menghadapinya dengan hati yang lebih terbuka dan penuh kesyukuran?
Allah memberi kita rasa yang teruji, bukan untuk menghancurkan, tetapi untuk menguatkan. Setiap ujian, walaupun pedih, adalah peluang untuk kita belajar lebih banyak tentang diri kita sendiri, untuk lebih dekat kepada-Nya, dan untuk membangun kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.
Mungkin, di saat kita merasa terluka, Allah sebenarnya sedang mengajarkan kita tentang kesabaran, tentang memaafkan, dan tentang pentingnya melepaskan. Rasa yang teruji, walaupun menyakitkan, akan membawa kita ke kedalaman pemahaman dan kedamaian yang lebih besar jika kita mampu menghadapinya dengan hati yang terbuka.
Tentu saja, dalam setiap ujian, ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin ujian yang datang adalah cara Allah mengingatkan kita untuk lebih dekat kepada-Nya, untuk lebih bersyukur, atau untuk memperbaiki hubungan dengan orang di sekitar kita. Setiap rasa yang kita alami
Memberi salam kepada diri sendiri adalah bentuk penghargaan dan penerimaan terhadap perasaan yang ada dalam diri kita. Sebelum kita bisa benar-benar mengatasi atau merawat rasa kita, kita perlu memberi ruang untuk mendengarkan dan memahami perasaan itu.
Bila kita bertanya kepada diri sendiri dengan penuh kasih sayang, kita bukan hanya mencari jawapan, tetapi juga memberi ruang untuk penyembuhan. Terkadang, kita terlalu sibuk dengan perasaan luar, sehingga lupa untuk melihat ke dalam diri. Dengan bertanya "apa yang membuatkan aku rasa begini?", kita memberi diri kita kesempatan untuk mengungkapkan rasa yang mungkin tersembunyi atau terpendam.
mungkin ada perasaan yang belum sempat dihadapi, mungkin ada luka lama yang belum sembuh, atau mungkin ada kejadian yang mengecewakan. Tetapi ingat, kita tidak sendirian dalam perjalanan ini. Rasa marah atau kecewa itu adalah manusiawi, dan kita berhak untuk merasa seperti itu. Namun, yang lebih penting adalah bagaimana kita mengolahnya—mengambilnya sebagai peluang untuk pertumbuhan, bukan beban yang terus menerus membebani jiwa.
Mungkin sekarang adalah waktu untuk memaafkan diri sendiri, untuk memberi ruang bagi ketenangan. Dengan memberi salam kepada diri sendiri, kita juga memberi izin untuk menerima segala perasaan itu dengan lapang dada.
Luahkanlah,
Apa yang sedang membelenggu jiwa ini? Apa yang terpendam di sudut hati dan fikiran, yang kadang terasa begitu berat dan mengganggu? Rasanya seperti ada sesuatu yang tidak selesai, seperti ada perasaan yang terhenti di tengah jalan dan terperangkap dalam kesunyian. Mungkin ada rasa marah yang tidak dapat diungkapkan, rasa kecewa yang menyesakkan dada, atau mungkin rasa kesal yang datang tanpa diduga.
Apa yang membuatkan hati ini terasa jauh, terasa rapuh? Mungkin ada kata-kata yang menusuk, atau janji yang tidak ditepati. Ada rasa tidak dihargai, rasa seperti dipinggirkan walaupun hati ini memberi segalanya. Rasa kecewa dengan orang yang kita percayai, atau mungkin dengan diri sendiri yang merasa gagal memenuhi harapan.
Mungkin juga ada rasa takut yang melanda—takut untuk melepaskan, takut untuk berubah, atau takut akan masa depan yang tidak pasti. Kadang-kadang kita merasa seperti kehilangan arah, atau seperti berjuang sendirian di dunia yang penuh dengan harapan dan impian yang belum tercapai.
Namun, dalam semua rasa ini, ada satu perkara yang perlu diingat: semua ini adalah proses. Perasaan tidak enak yang datang ini adalah sebahagian daripada perjalanan jiwa kita. Ia mungkin terasa berat sekarang, tetapi tidak selamanya. Ia akan berlalu jika kita memberi ruang untuknya, menghadapi dan memprosesnya dengan bijaksana.
Dalam setiap perasaan itu, ada pelajaran yang menunggu untuk kita ambil. Mungkin ini adalah waktu untuk memaafkan, bukan hanya orang lain, tetapi juga diri sendiri. Untuk melepaskan segala beban, melepaskan rasa yang mengikat hati, dan memberi peluang pada kedamaian untuk masuk kembali.
Kadang, kita perlu mengingatkan diri sendiri: kita berhak untuk merasa apa yang kita rasa, tetapi kita juga berhak untuk memilih bagaimana kita mahu menghadapinya. Boleh jadi sekarang rasa itu menguasai, tetapi jangan biarkan ia menjadi tuan dalam hidup kita.
Friday, September 26, 2025
PULANG
"Menyintai yang paling terbaik, apabila kita mampu melepaskan"
“Jika diberi pilihan, saya akan memilih awak sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak saya. tapi, ketika ini saya tiada pilihan, saya hanya mampu berdoa semoga awak bertemu dengan jodoh yang lebih baik dari saya.”
Nadeera Nadha menghela nafas panjang, pesanan ringkas dari Aus Ahda membuatkan emosinya sedikit terganggu.
"Ahda, kenapa di saat hati ini telah kau pegang. kau bercerita soal pilihan? jika pilihan itu tiada sejak dulu, kenapa kau datang dengan harapan?" getus hati kecil Nadeera nadha.
Namun, berlalunya waktu demi waktu. walau hatinya terlalu mengasihi Aus Ahda. Dia menerima hakikat takdir. bahawa menyintai dengan tulus. adalah dengan melepaskan.
"Melepaskan itu sukar, tapi lebih sukar apabila kita tidak mampu membuat keputusan."
Semua orang tahu Aus sangat sayangkan Nadha. kenapa Aus pilih untuk tinggalkan Nadha sebab ibu? " Soal Zulfa.
"Akak, Aus sayangkan Nadha lebih Aus sayangkan diri Aus. tapi, Aus tak mahu lukakan hati ibu. soal jodoh, biarlah Allah yang tentukan. Aus percaya, kalau Nadha memang jodoh Aus takdir akan temukan kami kembali."
Zulfa tepuk bahu Aus Ahda. "akak doakan, semoga keputusan yang Aus buat ni, adalah pilihan yang terbaik. ingat tau, perkara baik datang sekali je dalam hidup kita. Jangan menyesal pula di kemudian hari. " Aus mengangguk Faham.
"Maafkan aku Nadha. Moga suatu hari nanti pintu hati ibu terbuka untuk menerima engkau sebagai wanita pilihan hati aku." bisik hati Aus Ahda.
"Takdir bukanlah tentang memilih. tapi tentang menerima dengan rela."
Setahun berlalu, selepas apa yang berlaku antara dia dan Aus Ahda. Nadeera Nadha meneruskan hidup, tiada satu hari pun ingatannya pudar dari mengingati Aus Ahda.
Namun hari ini, dia tidak menolak takdir untuk menerima lamaran dari Ahmad Daiyan. Seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Datang dari pilihan kedua orang tuanya. Punya perwatakan yang lemah lembut dan menarik hati orang tua yang melihat.
Nadeera Nadha hanya menerima apa yang di aturkan. Dia letih menunggu. Aus ahda benar-benar hilang dari hidupnya. Tiada khabar berita. Dia juga hanya mampu berdoa. keputusan yang dia ambil ketika ini adalah keputusan yang paling terbaik untuk semua.
Dia juga percaya, bahawa pilihan kedua orang tuanya pasti yang paling terbaik. Dia juga hanya ingin membuat kedua orang tuanya gembira. Dan dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
"Melupakan, bukan bererti benci. Tapi memilih untuk redha."
Kenapa abang tak jumpa Nadha dari dulu lagi? kalau abang tahu, ada wanita seindah bidadari dekat dunia ni. Tak mungkin abang tangguhkan Nadha jadi isteri abang. " Usik Ahmad Daiyan. Dia hanya tersenyum dengan usikan itu.
Dia akui. Ahmad Daiyan memenuhi apa yang di mahukan setiap wanita. lemah lembut, mempunyai rupa yang manis dan tampan.
"Sayang, abang akan cuba sedaya upaya abang untuk bahagiakan Nadha. tapi, kalau abang terlupa dengan apa yang abang katakan hari ni. Nadha kena ingatkan abang ya. sebab, wanita sebaik nadha tidak layak untuk rasa terluka. " Nadeera Nadha Menganggukan kepala. Dia tidak berharap banyak dari Ahmad Daiyan, cukuplah dia mampu menjadi isteri yang baik untuk Ahmad Daiyan.
Dan malam itu, dia tertidur dalam dakapan lelaki yang dipilih oleh takdir untuknya. dan malam itu juga. Dia membuat keputusan untuk melupakan Aus Ahda sepenuhnya.
"Sayang .. bangun, jummm.. kita solat berjemaah. " Nadeera Nadha tersedar dari tidur ketika sayup kedengaran suara Ahmad Daiyan.
"Pukul berapa?" Soal Nadeera Nadha. Sambil menggosok-gosokan mata.
"5 pagi sayang.. kita tahajjud dulu, baca Yassin sama-sama, Lepas tu kita solat subuh berjemaah ya. sayang ok?" lembut suara Ahmad Daiyan bertanya sambil tangannya membelai lembut bahu Nadeera Nadha.
Nadeera Nadha bingkas bangun. Menuju bilik air dan terus Mengikut gerak langkah Ahmad Daiyan.
Selesai solat subuh. Nadeera Nadha baring sebentar di atas katil. Tanpa sedar. Dia terlena panjang.
"Sayang, bangun sarapan. abang dah siapkan untuk Nadha nasi goreng dengan telur mata tau. Air semua abang dah siapkan. abang nak pergi kerja dah. nanti kita jumpa ya." Ahmad Daiyan mencium lembut dahi Nadeera Nadha yang terpinga-pinga seperti anak kecil.
Pagi itu, Menjadi saksi bertapa hati wanitanya tersentuh dengan kebaikan Ahmad Daiyan. Cinta? Milik semua yang bernama insan, namun, cinta yang bersandarkan kepada ilahi. Adalah cinta yang terwujud dari jiwa-jiwa yang terpilih. Nadeera Nadha tersenyum sendiri. Jika bagi Ahmad Daiyan dia adalah bidadari. Bagi Dia Ahmad Daiyan adalah suami kiriman tuhan.
Ketika makan malam, Nadeera Nadha menatap wajah Ahmad Daiyan. Ada sesuatu yang membelengu fikirannya.
"abang, Nadha nak tanya sesuatu boleh?"
"Boleh sayang, apa tu?" Soal Ahmad Daiyan sambil dia memegang tangan Nadeera Nadha dengan lembut.
"abang yang pilih nadha, mama atau ada sesiapa yang kenenkan Nadha pada abang?"
"Hahaha, itu je?" Ahmad Daiyan usap rambut Nadeera Nadha.
"Hrmm.. sayang, ingat tak, 6 bulan lepas waktu Nadha tengah cari buku dekat kedai buku Cerdik. Dekat jalan selekoh tu, ingat tak?" Nadeera Nadha kerutkan dahi.
"ingat, abang ada ke waktu tu? kenapa Nadha tak perasan abang ea?"
"Kalau waktu tu Nadha nampak abang, Nadha terus jatuh cinta. sebab tu tak nampak." Ahmad Daiyan tersenyum.
"ehhh.. macam tu pulak?" okey lepas tu.." Nadeera Nadha ketap bibir dengan usikan Ahmad Daiyan.
"Entah la sayang, waktu pertama kali abang nampak Nadha. jantung abang bergerak laju. hahaha. lama abang perhatikan Nadha. Tapi itulah, Nadha tak pandang abang lansung." Nadeera Nadha balas dengan senyum.
"Sejak hari tu. abang siasatlah Nadha ni siapa. Anak siapa. abang tak sangkalah, rupanya Nadha ni anak cikgu Mardhiah. Dari situlah, abang mula istikharoh."
"Dan Nadha nak tahu apa yang lebih specialnya?"
"apa?" Soal Nadha dengan perasaan ingin tahu.
"Cikgu Mardhiah, Umi sayang. dulu, Masa kecil-kecik abang pernah belajar mengaji tau dengan umi. Jadi, sebelum abang nak masuk meminang Nadha.abang jumpa umi dan Walid dulu. lepas tu baru abang sampaikan hajat abang untuk memperisterikan Nadha. Jadi, Jawapan pada soalan Nadha. Abang pilih Nadha. Dan Allah mudahkan dari istikharoh."
"okey, soalan abang pula, waktu tu, Nadha cari buku apa?"
"La Tahzan,". Jawab Nadeera Nadha ringkas.
"Nadha tengah sedih ke waktu tu?" Soal Ahmad Daiyan ingin tahu.
Nadeera Nadha hanya membalas dengan senyum, kemudian dia bingkas bangun ke sinki untuk membasuh pinggan tanpa menjawab soalan Ahmad Daiyan.
"Jika hari ini aku lebih mengenal tuhan. itu kerana kau yang memimpin tanganku."
"Sayang. Nadha cantik tau. abang tak pernah jumpa wanita semanis Nadha. Tapi, kalau Nadha labuhkan sikit tudung Nadha bawah sikit dari pusat mesti bertambah-tambah cantik dan manis. ". Terngiang-ngiang suara pujian Ahmad Daiyan di telinganya. Entah itu pujian atau bahasa basa basi.
Nadeera Nadha termenung panjang di atas sofa panjang di biliknya, dia bingkas bangun pergi ke arah katil. mengambil hadiah tudung labuh dari Ahmad Daiyan. Dia berdiri di hadapan cermin. Menyarung tudung labuh itu di kepalanya.
"Macam Ustazah pulak dah aku ni. " Nadeera Nadha membuka kembali tudung labuh itu. Dia perlu berfikir lebih panjang untuk menukar penampilan.
"Kenapa sayang?" Nadeera Nadha terkejut kaget apabila Ahmad Daiyan muncul secara tiba-tiba di belakangnya.
"sayang tahu tak, bila kita nak berubah ke arah kebaikan. Tapi bila kita terlalu fikir untuk sempurna dulu, baru berubah. sampai bila-bila kita takkan dapat ambil ibrah dari kebaikan tersebut. bila Nadha pakai tudung labuh ni, mungkin Nadha rasa macam terlalu alim. Tapi sebenarnya tidak. Nadha nampak lebih manis dan tertutup. " Pujuk Ahmad Daiyan.
Nadeera Nadha menarik nafas panjang.
"Abang bagi Nadha masa sikit ye. Nadha perlukan kekuatan untuk memenuhi permintaan abang." Ahmad Daiyan mengangguk faham.
"Mengenalimu adalah satu anugerah tuhan yang sangat aku kagumi.."
Nadeera Nadha berjalan perlahan memasuki rumah Puan Mardhiah. Hatinya sedikit berdebar. Dia risau pandangan Puan Mardhiah dan Tuan Hakim tentang keputusannya untuk menukar penampilannya. Adakah mereka akan menerima dengan baik atau sebaliknya.
“Nadha?” Sapa Puan Mardhiah.
“Cantiknya anak umi.” Nadeera Nadha menghampiri Puan Mardhiah yang sedang duduk santai di meja makan. Dia menghulurkan tangan dan mencium kedua pipi Puan Mardhiah. Hatinya sedikit berbunga dengan pujian yang di berikan.
“Betul ke cantik umi? Tak Nampak macam berumur dengan tudung labuh macam ni?” Nadeera Nadha mengambil tempat di sebelah Puan Mardhiah.
“Mana ada Nampak tua. Nampak macam bidadari syurga ada lah,” Sampuk Tuan Hakim yang muncul dari ruang tamu. Nadeera Nadha mencebik bibir.
“Betul la cakap walid tu, Nadha Nampak cantik sangat. Umi dan walid suka dengan perubahan Nadha. Ni mesti Daiyan yang suruh kan?” Puan Mardhiah tersenyum sambil tanggannya menggosok-gosok bahu Nadeera Nadha.
“urmm.. awalnya memang atas permintaan Abang Daiyan umi, Tapi Nadha buat Keputusan ni sebab Nadha nak berubah jadi lebih baik. Okey ke umi?”
“Okey sangat sayang. Apa pun Keputusan Nadha. Umi dan walid sokong. Yang penting Nadha dan Daiyan Bahagia. Betul kan walid?” Seloroh Puan Mardhiah pada Tuan Hakim yang sedang menghirup air teh panas. Tuan Hakim Menganggukan kepala tanda setuju.
“Memilikimu Seperti Bunyian Deruan Ombak Yang Menenangkan jiwa."
N nadeera Nadha menunggu penuh debar kepulangan Ahmad Daiyan. Dia tak dapat bayangkan reaksi Ahmad Daiyan melihat perubahan yang dia lakukan. Dia termenung Panjang di ruang tamu. Sambil sesekali dia bingkas bangun mencari-cari kelibat Ahmad Daiyan di perkarangan rumah.
“Hei sayang.. kenapa tidur atas sofa ni?” Ahmad Daiyan Menyapu lembut rambut Nadeera Nadha yang terlena di ruang tamu.
“ehh.. bila abang balik? Kenapa Nadha tak dengar kereta abang?” Nadeera Nadha sedikit kecewa.
“Nadha penat sangat ni. Tapi Nadha cantiklah. Walau pun tidur dengan tudung labuh. Terima kasih tau sayang. Pakai tudung yang abang hadiahkan”. Nadeera Nadha tersipu malu.
“Lama tau Nadha tunggu nak tunjuk dekat abang. Senget-senget dah tudung Nadha.” Sambil Tangan Nadha membetulkan tudungnya.
“Satu tak cukup. Abang kena belikan lagi untuk Nadha 29 helai lagi. Satu hari. Satu tudung.” Seloroh Nadeera nadha.
“Boleh sayang. Demi Nadha, Kilang tudung pun abang belikan.” Balas Ahmad Daiyan.
“Dah, Jum, Naik tidur dekat atas. Sejuk dekat bawah ni, Ke Nadha nak abang angkatkan?” Nadeera Nadha hanya tersenyum dengan gurauan Ahmad Daiyan.
Nadeera Nadha bersyukur kerana memiliki suami seperti Ahmad Daiyan. Lemah lembut Pada setiap perkataan dan perbuatan. Dan dia berdoa dalam hati moga Ahmad Daiyan tidak berubah mengikut angin.
“Pernantian demi pernantian"
Ahmad Daiyan Menatap redup wajah lembut Nadeera Nadha. Hatinya selalu memuji kelembutan wajah isterinya. Kelembutan itu selari dengan akhlak Nadeera Nadha. Tidak pernah sekali pun Nadeera Nadha meninggikan suara padanya. Mungkin kerana itu dia akui Nadeera Nadha adalah Wanita pilihannya yang paling tepat untuk dia meniti hari-hari tua bersama.
“Sayang, bulan ni abang rasa, Nadha belum datang bulan lagikan? Esok cuba Nadha pergi klinik chek up. Mana tau, Dah sampai masa kita jadi mami dan papi.” Usik Ahmad Daiyan apabila dia melihat Nadeera Nadha leka melayari facebook.Nadeera Nadha mencebik bibir dengan usikan Ahmad Daiyan.
“Mumi dan papi? Iskkk. Taknaklah Nadha. Mama dan Papa lahh. Comel sikit.” Balas Nadeera Nadha sambil memuncungkan bibir. Ahmad Daiyan Hanya balas dengan ketawa kecil dengan gelagat Nadeera Nadha.
BERSAMBUNG...
Tiada Apa Pun..
Tiada Apa Pun.. Cuma Biasalah Manusia Kadang Letih Dengan Perjalanan Hidup Tapi Masih Wajib Tersenyum Dengan Dunia Dunia Yang Takkan Pernah...
-
Bismillahirrohmanirrohim.. Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah bu...
-
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian bagi allah S.W.T. ...












