Bismillahirrohmanirrohim. . .
Sedikit kelapangan masa yang allah berikan kepada saya seketika waktu ini, saya ambil kesempatan untuk berkongsi pengetahuan bersama sahabat2 yang dikasihi allah.. yang saya petik dari buku arwah abah saya Ustaz Ghazali Bin Hasbullah yang bertajuk “Syaitan” sesungguhnya ilmu itu milik allah.. hanya allah yang berkuasa memberikan pada sesiapa yang dikehendakinya. Ilmu dunia itu normal.. namun untuk mengetahwi ilmu akhirat itu sangat sedikit golongan yang memperolehinya.. semoga sedikit perkongsian ini ada manfaatnya… “ berikan sedikit masa anda untuk mengetahwi apa yang belum kita ketahwi….” .
Syaitan. . .
Saya percaya, tiada siapa yang tidak pernah mendengar nama SYAITAN. Tapi adakah kita cukup mengenali siapakah sebenarnya SYAITAN? Yang menyeru kita ke arah jalan neraka? Ke arah maksiat? Dan ke arah jalan menyekutukan allah? Maka, disini saya lampirkan sedikit latar belakang SYAITAN.
1. Nama sebenar : IBLIS
2. Nama gelaran : SYAITAN
3. Nama sebelum di laknat allah : A`ZAZIL
4. Tarikh lahir : SATU TAHUN SEBELUM PERINTAH SUJUD KEPADA NABI ADAM
5. Jantina : JANTAN & BETINA
6. Status : BERKAHWIN & BERANAK
7. Bangsanya : berupa ULAR, KALA, ANJING, BERSAYAP TERBANG DI UDARA. BERMUKIM & BERPINDAH.
8. Warga Negara : DUNIA
9. Agama : KAFIR
10. Alamat tetap : neraka jahannam
11. Pekerjaan : menyeru pada kemungkaran & kerosakan
12. Tempoh pekerjaan: HINGGA HARI QIAMAT
13. Modal kerja : MENIPU
14. Perangkap : WANITA
15. Tempat kediaman : TANDAS, PERIGI LAMA, RUMAH TERBIAR, KUBUR.
16. Tulisan rasmi : TATU DAN GENCU DIBIBIR WANITA…. : )
17. Kesukaan : MENGUMPAT, MENGHASUT DAN MENCARI KEBURUKAN ORANG LAIN.
18. Tempat hiburannya : ANTARA CELAH PEHA PEREMPUAN
19. Tempat melepaknya: DI HATI ORANG YANG LALAI
20. Rumah rehatnya :DI LUBANG HIDUNG ORANG YANG TIDUR TANPA BERWUDUK
21. Kelemahannya : ORANG YANG BERIMAN DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH.
22. Tempat tumpangan : DIBULU KETIAK YANG PANJANG, MISAI YANG PANJANG, DAN DI BULU KEMALUAN YANG TIDAK BERCUKUR.
23. Di luar kemampuannya : MENGETAHWI ALAM GHAIB, MENYERUPAI NABI MUHAMMAD (S), MENEMBUSI LANGIT, MENEMBUSI BUMI
24. Amalan yang disukai : GAY DAN LESBIAN
25. Majlis kesukaan : PASAR, BERJUDI, MENYEMBAH BERHALA DAN BERTENUNG NASIB
26. Musuh utama: NABI MUHAMMAD (S), PEMIMPIN YANG A`DIL, ORANG YANG TAWADU`, PENIAGA YANG JUJUR, ORANG YANG KHUSU` SOLATNYA, ORANG YANG MENGIRATKAN SILATURRAHIM, ORANG YANG BERTAUBAT, ORANG YANG SENTIASA BERWUDUK, ORANG YANG BANYAK BERSEDEKAH, PEMBACA AL-QURAN.
27. Paling di takuti : AL-QURAN, ZIKRU LLAH, MASJID
28. Orang yan paling dibenci : ORANG YANG SELALU BERZIKIR
29. Paling ia Sedih : ORANG YANG BERTAUBAT
30. Isteri Syaitan : WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT
31. Kekasih utama: ORANG YANG LALAI MENGINGATI ALLAH
32. Anak-anaknya: ORANG YANG MENIPU DALAM BERJUAL BELI, ORANG YANG SUKAKAN MAKSIAT, ORANG YANG MENYERU REMAJA MELAKUKAN KEMUNGKARAN
33. Cucu syaitan : ANAK YANG DERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA
34. Tabiat semula jadi : BERCAKAP, BERLETER, BERDENDAM, GOPOH GAPAH, BOROS, BERGADUH,
BENTENG PERTAHANAN DIRI DARI DI RASUK DAN DIPERDAYA OLEH SYAITAN LAKNATULLAH.
1. Bersungguh2 pada menjauhi sekalian maksiat yang disukai oleh syaitan
2. Bersungguh berbuat taat kepada allah
3. Bersungguh berbuat kebajikan yang di redhai allah
4. Tinggalkan semua perkara yang mengikuti orang kafir kerana syaitan itu adalah kafir
5. Segera bertaubat dari segala dosa dengan allah dan sekalian makhluk
6. Banyakkan berzikir “ LA ILA HAIL LA LLAH” 100 kali sehari semalam
7. Banyakkan membaca “ AU`ZUBILLAH HI MINAS SYAITON NIR ROJIM.”
8. Memelihara waktu solat
9. Menutup aurat
10. Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan
11. Berkawan dengan orang yang soleh, ulama`, orang yang bertakwa dan ahli ibadah
12. Jauhi dari bergaul dengan orang kafir, munafik, fasik dan orang yang rosak akhlak
13. Berzikir dan membaca al-quran
14. Qiamul lail
15. Bersedekah dan berbuat kebajikan
16. Menuntut ilmu
Setakat ini dahulu yang dapat saya kongsikan.. insyaallah… di lain kelapangan saya akan kongsikan sediki pengetahuan hasil penulisan daripada arwah abah saya dari beberapa petikan dari buku-buku beliau. Insyaallah.
Sebarang kesilapan saya mohon kemaafan diatas kejahilan saya..
“ kamu mengejar dunia… mati memburu kamu. . . .” -ustaz Ghazali Hasbullah-