Saturday, August 22, 2009

apa maknanya. . .

aku bukan cik sempurna
aku sang dhaif
yang mereka air mata
dari hati yang berkorban untukku

aku keraskan jiwa yang halus itu
dengan merajuk yang tidak sudah
aku pekakkan telinga
dengan rindu yang menjerit
aku butakan mata
dari hati yang resah

lalu . . .
siapa aku?

layakkah aku tersenyum
bila ada jiwa yang menantiku
layakkah aku menyoal tentang bahagia?
bila ada jiwa yang menderita
kerana kedegilanku

hamparan dunia yang terindah
dari mata2 memandang
bagiku .. hanya kontang dan lusuh

lalu. . .
apa maknanya bagiku?


mudah-mudahan . .


Aku melihat. .
setiap makhluk yang bernama manusia itu

tulus dan jujur jiwanya

maka aku tidak melihat. .

dari sudut mata pandangan syaitan
yang berprasangka
dan punya rencana
untuk menghancurkan
jiwa2
yang bernaung hanya dari 1 kalimah
la ila hail lallah
aku mengembara
di dunia
yang kelam ini
yang dipenuhi insan2
yang lalai dan terlupa
namun, disatu sudut disana..

aku lihat . . .

terbitnya cahaya

dari insan2 yang beriman dan bertakwa

aku bersujud dan berdoa. . .

"ya allah tutupkanlah pandanganku
dari dunia
yang penuh silap mata
dari nafsu yang mengancam jiwa

tenangkan jiwa ku
bersama hamba2 mu yang soleh dan solehah"


kalam ini yang tidak pernah terhenti

bersuara dari hati yang dhaif
moga sinar itu terbit jua dilaluan hidupku

jika esok masih ada..


Jika esok masih ada untukkuberbicara
akanku karang 1 puisi yang terindah untukmu
Jika esok masih ada untukku

aku ingin
memeluk tubuhmu
tersenyum untukmu

bermanja dibahumu
dan jika esok masih menjelma untukku

aku ingin nyatakan
bahawa aku tidak pernah jemu menyintaimu
aku cinta
sayang
rindu
dan kasih
padamu
hari ini, esok dan selamanya

Namun, jika esok tiada untukku. . .

moga ada insan lain
yang lebih menyintaimu melebihi cintaku. .

"demi cinta yang ada ini biarlah ia tumbuh dan mekar kerana allah jika cinta yang terbina tercipta dari nafsu yang hina biar saja cinta ini berakhir disini. . ."

Friday, August 21, 2009

aku ternoda. . .



Diperjalana dunia ini
aku adalah sang kerdil
yang bernaung dan bernafas
dibawah ikhsan tuhan
dan rahmatnya yang maha agung
namun. . . aku adalah diantara mereka
yang tersasar
terjelupuk dilembah dosa
kerana apa?
kerana bila. . nafsu mengatasi akal
kenikmatan dunia
membutakan mata

ya allah. . .
hamparkan aku hidayahmu

sesungguhnya. . .
aku
ternoda oleh masa. .


Ramadhan . .

Ramadhan. . .
kau datang bersama sinarmu yang terbentang
sejuta keindahan
dibawah rahmat tuhan

Ramadhan. .
bukan semua makhluk tuhan
dapat menghayati keindahanmu
bagi sesetengah insan
hadirmu bagai putaran masa
yang datang dan pergi

Namun, bagi sesetengah insan lain pula
Hadirmu umpama bonus
untuk mencari redha tuhan

Ramadhan . . .
kau lah sinar bagi hati2 yang bertakwa
dan bagi jiwa2 yang mati

Ramadhan. . .
moga kehadiranmu
tidak ku persiakan
dengan kesibukan masa
dan kebodohan nafsu yang meracau jiwa

iskk..iskk..iskk.. .

Wanita 1: sayang, u cintakan i?

Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..

Wanita1: betul?

Lelaki: ye sayang, I tak tipu.

Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang

Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?

Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u

Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?

Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U
kawen dengan perempuan lain..


Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?

Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?

Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u

Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.

Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .

Wanita2: me 2 sayang. .

Lelaki: I bertuah kawen dengan u.

Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u

Lelaki: apedia sayang?

Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?

Lelaki: WHAT??????????????????

ahahaha.. ape moralnye kat sini erkk. .

-merpati itu aku-

aku tak tahu. . .

Jika dulu sebuah puisi atau bicara cinta
Menjadi hiasan
dikala sepi menyapa jiwa
Tapi kini. .
Jiwa seakan bisu
untuk mengarang 1 kata pun tak mampu
aku bertanya pada diri
gelora apakah yang sedang melanda?
Hingga jiwa usang dan tandus
Jawabnya. .
“aku karam ditengah lautan yang tiada gelora”

Friday, August 14, 2009

sedetik itu. . .

apa maksudnya?
pabila dedaunan kering
jatuh diribaan
apa hanya kebetulan?
atau
satu msg tentang kehidupan
yang perlu menjadi iktibar
bahawa hidup ini
adalah 1 persinggahan
bila tiba masanya
pemergian menjadi titik nokhtah
bagi sebuah pentas kehidupan
sedetik itu..
bukan hak milik yang hakiki. . .
kesedaran yang terlindung
dari sebalik kekerasan hati. .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...