Friday, February 27, 2009

Tentang sebuah Mimpi

tentang sebuah mimpi
yang sukar ditafsiri
seperti permainan ngeri
juga bak 7 warna pelangi

entah apa hendak aku namakan
mimpi atau reality
yang datang disebalik mimpi
mengunjungi tanpa sedar...

saat aku terjaga
aku tersenyum
kadang aku menangis
impak sebuah mimpi
atau mimpi gile..
yang mengusik jiwa kkecil ini..

hurm..
biar mimpi jadi teman
biar mimpi buat aku tersenyum
biar mimpi buat aku menangis
yang pasti jangan mimpi ngeri itu
hadir dalam reality...

Wednesday, February 25, 2009

sesaat aku berbicara...

aku gagahkan jari jemari
menaip satu persatu
mengikut lenggok hati
kadang bicara songsang
kadang bicara yang terlahir
dari sebuah rasa yang menyesakkan dada
biar nampak usang...
namun, itulah aku...
aku dan puisiku..
sesaat terlalu pantas
untuk aku merakam bicara panjang
kerana subuh telah memanggilku
untuk bertemu tuhan
dan pergi menuntut ilmu
maka bicara sesaat ku
terpaksa aku tinggalkan
untuk seketika ini...

Tuesday, February 24, 2009

kasihani diri...

kita selalu fikir masa kita masih panjang
maka kerana itu kita hidup dalam kelalaian

bangga bila kita melakukan maksiat
suka bila kita mendedahkan aurat

apakah kita lupa
tentang hari pembalasan!

dimana lelaki pemimpin ummah?
dimana wanita solehah?

dimana kekuatan akal seorang lelaki?
dimana malunya seorang wanita?

apakah zaman jahiliah
terjadi pada zaman yang dipenuhi dengan ilmu?

bila ada kamu..

Bila ada kamu
aku tersipu malu
kerana aku suka kamu
kau perhatiku
ku perhatimu
lantas kita pandang ke awan biru
ku tahu..
hatimu getar melihatku
kerana aku juga begitu
namun, kita saling diam
tanpa bicara..
hanya mata menjadi
pengikat kasih antara kita..

tanya hati...

Cinta itu indah
gambaran sebuah bahagia
seperti 7 pelangi menjelma
namun, jangan terpedaya
kerana disebalik bahagia cinta
tersembunyi sejuta duka
tanya hatimu..
jika dia berani untuk terluka
bersedia menghadapi kemungkinan
untuk dilukai dan disakiti...
moga kesabarannya akan bertemu
dengan cinta yang telah ditakdirkan
untuk hatimu... muahahahahaha...

1000 persoalan

Apakah ada jawapannya
untuk 1000 persoalanku
ingin aku bertanya
tapi cintamu ada disitu
aku takut..
selangkah ke arahmu
mengundang perselisihan
antara kau. aku&dia
aku cuba mengabaikan
apa yang bermain difikiran
namun, aku tersepit
antara sebuah kejujuran&pernipuan
mungkin diam lebih baik...

aku terpesona...

Kali pertama melihat wajahmu
aku terpaku dan terpesona
wajahmu selembut sutera
matamu seperti kaca
senyumanmu seindah mutiara
semakin aku mendekatimu
semakin aku ingin tahu
segalanya tentang kamu
kau ada aura..
mampu menggegarkan jiwa
siapa pun yang mengenalimu
pasti ingin memiliki cintamu..

Duhai putri...

Dalam merentasi lautan kehidupan
Rupa paras bukan ukuran
kerana.. kejayaan bukan bermula dengan rupa
tetapi bermula dengan usaha
Ingatlah! jangan kalah dengan tohmahan
jadikan sebagai tembok kekuatan
menangis bila perlu
menjerit bila mahu
jangan simpan dalam
takut berubah jadi dendam
jadilah putri ikutan
ke arah jalan yang diredhai tuhan
bukan putri ikutan
ke jalan syaitan.. huhu..

sahabatku..

Duhai sahabatku..
kau dicipta dari rusuk seorang lelaki
kerana dirimu yang mudah rapuh
maka allah kurniakan seorang lelaki
untuk menjadi pembimbingmu
moga dia adalah lelaki yang soleh
bukan lelaki yang membawamu
ke neraka jahannam..

Sahabatku...
saat hatimu terdetik
untuk membuka aurat
ambillah api, bakar sedikit kulitmu
jika sakit.. ingatlah..
api neraka lebih pedih
jika kau tak mampu menahan api dunia
jangan sesekali kau membuka auratmu
kerana saat kau bangga merperlihatkan
auratmu pada yang bukan mahram
sesungguhnya kau menuju jalan kehancuran

sahabatku...
jangan la kau lupa akan kemurkaan allah
sesungguhnya syurga dan neraka bukan omongan kosong
tapi itu janji allah pada hamba2nya yang beriman dan Engkar!

Sahabatku..
salinglah kita mengukur diri...

Sunday, February 8, 2009

Rindu yang terbatas

Ada rindu dalam hati
Tapi terbatas oleh keadaan

Biar waktu menyembunyikan rindu
Biar masa menghapuskan rindu

semalam yang indah
hanya bayangan bahagia

hari ni kenyataan yang pasti
tiada bahagia yang tergambar

hanya impian yang direka
hanya janji yang tercipta

sekeping hati terluka
kerana insan yang suka bermain kata

moga tiada lagi yang terluka...

Saturday, February 7, 2009

maaf...

Bila ada yang ingin berkawan
aku hulurkan salam persahabatan

bila ada yang ingin berlawan
aku akan menghadiahkan senyuman

selangkah berundur ke belakang
bukan kalah sebelum berjuang

tetapi kerana aku bukan panglima perang
ada pistol atau senapang..

aku hanya budak-budak..
tak suka men tembak-tembak

aku cuma suka kawan-kawan
bukan lawan-lawan..

jika maaf boleh meredakan kedaan
biar aku memohon maaf pada yang berkenaan

biar aku sendiri tidak tahu
dimana silap aku..

tolak tepi pasal sakit hati
yang penting hidup biar harmoni
YEHAAAAAA!!!

peliharaku...

ya allah..
berikan aku kekuatan
bila ujian dan dugaan
datang menguji kesabaran

ya allah..
jangan biarkan kerapuhan jiwaku
melemahkan langkah kaki ku
izinkan lah aku terus mengorak langkah
dari secebis kekuatan yang kau kurniakan

ya allah..
bila aku tersalah
jangan biarkan aku terus dalam kesesatan
bimbing aku dengan rahmatmu ya allah..

ya allah..
aku hanya seorang wanita...
yang penuh dengan kesilapan
dan kekurangan diri..

tabahkan hati ini ya allah
dalam aku menempuhi hidup di dunia mu ini
teguhkan hati ku dengan al-quran dan sunnah nabi

tempatkan aku diantara wanita yang solehah
jauhkan aku dari maksiat dunia
yang boleh menjatuhkan maruahku
sebagai seorang muslimah islam

ya allah...
pelihara imanku
pelihara auratku
pelihara lidahku
pelihara diriku
agar aku tidak menyalah gunakan pinjamanmu
demi sesungguhnya...
apa jua yang aku ada adalah milikmu..

aku masih disini...

aku masih disini
ditangga yang pertama
masih berusaha menaiki tangga yang teratas
dulu..
aku menaiki tangga yang salah
akhirnya aku jatuh terjunam
tangga itu terlalu rapuh
untuk menampung tubuh kecil ini
namun, aku masih ingin mencuba
walau serong mata yang memandang
aku teguh berdiri
kerana aku takkan mengalah
hanya kerana mata yang memandang
mulut yang mengomel
kerana mengalah tanpa mencuba
umpama mati sebelum dijemput..

hati dan jiwa

sukar untuk ditafsirkan
tentang rengekkan hati
yang melemaskan jiwa
entah kenapa hati menangis
dengan usikkan jiwa
entah kenapa jiwa merajuk
dengan penyataan hati
hati dan jiwa sering bercanggah
karam ditengah lautan hidup
siapa yang memahami
tentang jiwa gersang di hamparan bahagia
seribu duka yang tertanggung...
duka yang keliru...
menoreh luka lama
namun, tumbuh pula akar kekuatan
disaat kemarau duka menimpa
hanya mampu memujuk dengan senyuman
saat hati resah hanya mampu diam tanpa kata..

keikhlasan

Sebuah keikhlasan
bukan mudah untuk ditemui
dalam sejuta jiwa yang terlihat
belum tentu keikhlasan itu ada
nilai murni itu
sering diketepikan, dibiarkan...
dan diganti dengan kepentingan diri
sedangkan keikhlasan mampu
melembutkan hati yang keras
memujuk hati yang rajuk
tapi sayang...
kita selalu memandang
keikhlasan itu dengan pandangan yang sepi

aku pasti terluka

Bencinya bila hati diusik cinta
pada seseorang yang entah sesiapa
tidak pernah bersua
hanya mengenali dari suara
dan ayat-ayat cinta yang mengusik jiwa
dia datang dalam mimpi dan emosi
saat aku cuba pegang dia dalam reality
dia berselindung disebalik bayangan diri
entah siapa dia...
mungkin segalanya adalah dusta
mungkin juga dia telah berpunya
hanya aku yang tidak tahu
reality yang berlaku
hanya satu yang aku tahu
jika aku tidak melangkah pergi
aku pasti akan terluka...

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...