Wednesday, September 24, 2008

teman

Teman…
Ini bukan ilusi, tapi reality yang harus kamu terima, bahawa takdir membawa kamu ke sini untuk memperbaiki kesilapan lalu. Janganlah bersedih lagi, ukirlah senyuman di bibir-mu, kerana senyuman-mu lebih manis daripada madu.

Teman…
Tatkala kamu bersedih, luahkan lah kesedihan-mu di bahu seorang teman, kerana seorang teman yang baik adalah seorang teman yang sentiasa berada di sisi-mu di saat kamu ketawa atau berduka. Bukan berlari jauh dari kamu saat kamu memerlukan pertolongan. Namun, jangan sesekali kamu mendedahkan ‘aib kamu kepada orang lain kerana mereka akan memandang rendah kepada kamu. Di depan kamu mereka akan memuji, tapi di belakang kamu mereka akan mengeji dan mengetawakan kamu.

Teman…
Diri-mu adalah seindah perhiasan di dunia, oleh itu, perbaiki akhlak-mu. Kerana sebaik-baik manusia diantara kamu, adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Teman…
Diri ini hanya mampu meninggalkan pesanan, kamu lah yang berhak menentukan masa depan kamu. Diri ini terlalu berharap, kamu tidak tersalah lagi membuat pilihan, biarpun kita pernah membuat kesilapan, namun, dari kesilapan itulah kita bangun untuk meneruskan hidup ini.

Biar sejahat mana kamu sebelum ini, walau senakal mana sekalipun, tiada siapa yang berhak menghukum kamu, oleh itu, bangunlah dari kesilapan lalu dan binalah hidup baru.

Semoga kamu menjadi wanita yang solehah…

Monday, September 22, 2008

Subuh

Gemersik suara alunan azan
melingkari ruang pendengaran
isyarat subuh menziarahi kehidupan
keindahan subuh dari sebuah kesempatan

Bangun dengan seribu kekuatan
sujud menghadap tuhan
dengan penuh keinsafan
semoga mendapat keampunan

Subuh...
ketenanganmu yang terhampar
meresap dalam jiwa yang lemah
melahirkan kekuatan yang jitu
yang tidak terungkap dengan kata
namun, hanya buleh dirasa
oleh insan yang terjaga
dan bertemu dengan subuh yang indah...

semoga esok subuh masih melewati hidupku
bersama rahmat dah kasih yang maha esa...

Tak mampu memiliki

Teman...
andai dengan mencipta seribu puisi
aku mampu memilikimu
akanku berikan seluruh waktuku
untuk mengarang puisi untukmu

tapi syg...
biar aku ratu cantik malaya
atau orang yang terkaya didunia
namun, aku hanya mampu memandangmu
dari jauh, untuk memilikimu
tidak mungkin...

walau hari-hariku ditemani suaramu
perhatianmu, kasih sayangmu
namun, aku tetap xmampu memilikimu
kerana kau milik seseorang..

dan aku hanya menumpang disudut hatimu
kau datang saat sunyi mengundang hatimu
kau pergi saat kau terisi dengannya
kerana kau milik dia bukan aku....

ermmmm....

Andai yang sepatutnya membela
menjadi penghalang
andai yang sepatutnya memujuk
memberi tangisan

adakah hati yang semakin parah
akan terubat?
adakah hati yang sepi
akan tersenyum?

bukan meminta untuk difahami
sekadar memberi ruang untuk bernafas
bukan mengharap untuk ditemani
sekadar jangan memandang penuh prasangka

cukuplah menghukum!
jangan diungkit lagi kisah lalu
yang berlalu biarkan ia pergi
mengapa masih mengusik-ngusik hati
sehingga sebak jiwa yang semakin pulih

cukuplah...

Friday, September 19, 2008

keinsafan

sinarilah bayangan mu dgn cahaya keimanan
dengarilah nasihat ku ikutlah perintah tuhan

Bagaikan raja dunia kau bersemadi dengan dosa
kau serahkan dirimu pada dunia
hidupmu hanya dengan khayalan semata-mata
kau sangka kau bahagia sedangkan kau sengsara

lelah insan disekelilingmu menasihati penuh payah
namun sedikit pun kau tak endah
bagimu nasihat umpama diludah
lalu kau terus alpa dengan dosa dan maksiat

namun,kau lupa tuhan itu maha penyayang
hidayah-Nya mengirimu kiri dan kanan
jadikan kesilapan lalu sebuah pengajaran dan pedoman
agar kekuatan jadi milikmu demi taubat dan keinsafan

Sunday, September 14, 2008

hati-hati

senangnya nak cari kenalan
bukan susah nak cari kawan
tapi terlalu payah untuk jumpe
seorang sahabat

kejujuran dan keikhlasan
sering jadi bahan mainan
yang ada hanya penipuan
dan kita selalu terkeliru
antara kejujuran dan penipuan

Nampak seperti lelaki budiman
atau perempuan melayu terakhir
tapi hakikat yang tersirat
terkandung sejuta helah

Namun, disebalik ramai yang menipu
ramai juga yang jujur
dan memberi salam perkenalan
dengan ketulusan hati

cuma! untuk bertemu dengan seseorang
yang jujur, kita perlu bertemu
dengan ramai si penipu!
hati-hati dengan setiap langkahmu!

kritikan

kita selalu jadi pengkritik, mengate org sana sini. tapi bila kita dikritik. kita marah! geram, sakit hati. hati panas! sedangkan masa kita mengkritik orang lain dengan kata-kata yang pedas sehingga orang tu menitiskan air mata, sikit pun kita tak heran. Bahkan, dalam hati timbul rasa bangga.Memang senang nak kritik orang, cakap sampai keluar API dari mulut. Hebat! Tapi, bila kena kat batang hidung sendiri baru tahu macam mana sakitnya bila dikritik.Yup! memang kritikan itu perlu! malah, terlalu perlu! tapi beri kritikan yang membina bukan kritikan yang boleh menjatuhkan orang lain. sebab tak semua orang jiwa dia kuat macam kita (bagi sesiapa yang rasa jiwa dia kuat). terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....? kata-kata senjata yang paling merbahaya! oleh itu, berhati-hati la dengan kata-kata anda. dan bila kita suka mengkritik orang lain jangan marah kalau suatu hari nanti kita dikritik sampai menangis...

maafkan aku

Teman...
Tersenyum aku sendirian
saat telatahmu bermain difikiran
sangkamu aku perlukan sebuah percintaan
sedangkan aku hanya menghulurkan salam persahabatan

Jangan mudah melatah dengan kemesraanku
kerana inilah aku
jangan mudah salah sangka dengan kata-kataku
kerana aku tidak berniat menyentuh hatimu

Teman..
Jika kemesraanku menimbulkan salah sangka dihatimu
Maafkan la aku. aku menyanyangimu sebagai sahabatku
bukan cinta @ kasih yang aku dambarkan
aku hanya ingin menjalinkan persahabatan!!!

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...