Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Tuesday, January 13, 2009

sekiranya kau isteriku

sekiranya kau isteriku
akan ku tatang seperti minyak yg penuh

sekiranya kau isteriku
akan ku letakkan kau didalam bingkai gambar
sebab aku takut kehilangan mu

sekiranya kau isteriku
akanku dodoikan kau lena diatas pangkuanku
akan ku kucup dahi mu sebelum tidur mu kerna kau istriku

sekiranya kau isteriku
aku akan menjadi alas setiap resahmu

sekiranya kau istriku
aku takkan biarkan kau terluka
kerana kelukaanmu menyakiti hatiku

sekiranya kau isteriku akanku penuhi segala kehendakmu
biar apa pun yang kau mahu akan ku turuti...

sekiranya kau isteriku berikan kepercayaanmu
kerana aku tidak akan mengkhianati cintamu

sekiranya kau isteriku
akan ku jaga kebahagiaan mu hanya kau isteriku

sekiranya kau isteriku
akan ku jaga kehidupan mu hanya kau istriku
namun, apakah kau sudi menjadi isteriku?

"aku sudi sekiranya kau tercipta untukku.."

hasil nukilan: Casper&DrGile

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami