kehidupan bagai sebatang pokok
berselerakan dahan yang rapuh
tersalah pautan akan terjatuh
namun, disebalik kerapuhan dahan
tersimpan akar kekuatan
kerana itu pokok masih bertahan
hari2 pokok ditiupi angin
dibasahi hujan
dibakar panas mentari
ditemani malam yang sepi
dikunjungi tetamu tak diundang
namun, pokok masih teguh berdiri
itulah kehidupan
duka dan bahagia
datang tanpa diundang
hanya dengan kesabaran dan kekuatan
jiwa mampu bertahan.
hi,http://senjadidunia.blogpsot.com
ReplyDelete