Monday, December 19, 2011

10 perkara yang saya suka tentang suami saya



setiap perkara yang Deqyah catatkan dekat sini. bukanlah bermaksud Deqyah untuk memuji suami Deqyah berlebihan. Deqyah hanya menghargai kehadiran dia dalam kehidupan Deqyah. tentang hari esok usah dipertikaikan. dan Deqyah hanya nak dia tahu. dialah lelaki terhebat yang allah pinjamkan untuk memiliki hati Deqyah.

1. keberanian Dia:
Dulu ktorg pernah sekolah sama-sama dekat pondok sg bakap thn-1998-2002. tapi yang peliknya ktorang tak pernah kenal antara 1 sama lain.  Deqyah kenal suami Deqyah hanya dalam tempoh 3 bulan dalam facebook. 18/april/2011-27/7/2011. 
perkenalan ktorg bermula bila dia anta msg inbox dekat fb.." kalau rasa nak gado ni no saya..."
ehehehehe.
and semakin serius bila dia datang waktu pengebumian arwah abah pada 3/6/2011. dari johor kul 3am.
alhamdulillah, walau pun itu pertama kali dia dapat bertemu dengan arwah abah. tapi waktu tu allah bagi dia kesempatan untuk ceom arwah abah dan cangkulkan tanah perkuburan arwah abah.
dan lepas tu dia jumpa abang Deqyah yang no 3. bagitahu yang dia tengah berkawan dengan Deqyah.  eermmm.. nak dapatkan restu abang Deqyah yang no 3. memang susah.
tapi pas jumpa abang Deqyah. abang Deqyah tunjuk jari "Good". 
eRrR.. terkejut dgn respond tue.
mak? suke ajeee...

And keberanian dia datang jumpa sekali lagi dengan fmly Deqyah.dengan hampir semua adik beradik. and kena kepong. (sorry waktu tu memang sayang tak tahu fmly nak wat meeting pasal kt.) dia bagitahu kat fmly Deqyah. " saya ikhlas nak jadikan azie sebagai isteri saya."

abang Deqyah cakap.. " walau pun dia pakai persona, belum tentu alang terpersona. suruh mak ayah dia jumpa alang dulu." hehehehehe. 

ok.. cukup sampai sini.

2. pengorbanan dia:
waktu arwah abah masih hidup. abah pesan.
" kalau nak nikah carilah lelaki yang baik. dan lelaki tu mestilah yang sanggup untuk duduk dekat DARUL ATIQ. supaya dia boleh tolong abah dalam urusan agama." 
ermmmm.. sebelum deqyah kawen. yang kata nak dekat deqyah. memang ramai. tapi untuk ada kesanggupan memenuhi syarat tu. hanyalah suami Deqyah. 
sebelum nikah. deqyah letakkan syarat yang sama." kalau nak nikah dengan saya. kena duduk DARUL ATIQ. kalau tak sanggup. lupakan saya."
dia jawab..." saya sanggup... rezeki ada dekat mana2."
memang Deqyah sangat terkejut. sebab dia sanggup lepaskan kerjaya dia sebagai ast anggineer semata2 untuk duduk dekat DARUL ATIQ dengan Deqyah. 
terima kasih ye abang. semoga allah kuatkan hati abang.

3. Sikap dia yang suka mendengar:
tak semua orang memiliki sifat suka mendengar.
tapi suami Deqyah. dia akan dengar segala celoteh Deqyah.
and last dia akan bagi pendapat dia.
dia sahabat Deqyah yang comey..~peace~

4. sifat dia yang suka menolong:
Deqyah tak tahu suami orang lain macam mana.
tapi alhamdulillah. Deqyah bersyukur bila dapat suami yang suka menolong
basuhkan pinggan
basuh baju, sidai baju
sapu umah
and selalu nak tolong Deqyah lipat baju 
tapi Deqyah xbg. sbb dia lipat baju xde seni... kikikiki
tapi sebolehnya Deqyah xnak dia buat.
sebab Deqyah nak pahala tue.
tapi pada masa yang sama. sweet bila wat keje sama2..
love u~

5. kesabaran dia:
Deqyah ketegori budak yang degil.
tapi dia sabo dengan kerenah Deqyah.
minta maaf ea abang.
kalau sayang xdegil. abang tak sygkan sayang macam skrg kan?
hehehe.

6. sifat berdikari dia:
Deqyah ada 13 org adik beradik
hampir 50 orang anak buah
hampir 30 cucu ( tak pasti)
tapi dia tak kekok untuk sesuaikan diri dengan fmly Deqyah
dah jadi kawan pun dengan anak2 buah Deqyah.
selalu jadi mangsa buli atau membuli. ehehehe

7. cara dia mempamerkan ksh sayang
suami Deqyah bukan seorang lelaki yang romantice
tapi cara dia meluahkan perasaan kasih seorang suami
the best zauj... 

8. rasa selamat bila dengan dia:
bukan sebab dia ada silat Deqyah rasa selamat dengan dia
tapi sebab dia boleh melahirkan rasa selamat tu dalam diri Deqyah bila dgn dia.
sebab tak semua orang ada rasa "selamat"
walau pun dia seorang suami.

9. cara dia buat Deqyah menangis
Deqyah susah nangis
tapi bila dengan dia
hanya dengan perkataan dia yang sedikit
and pandangan dia
boleh buat Deqyah menangis.
Deqyah tak suka sebenarnya bila dia buat mcm tu
tapi cara dia yang boleh buat Deqyah menangis. itu yang mahal.

10. Deqyah suka segala2nya tentang dia.
soal kekurangan. semua orang ada
tapi Deqyah cuba belajar menyukai kekurangan dia seperti mana Deqyah sukakan kelebihan dia.


Esok belum pasti milik kita. kesempatan pada hari ni. izinkanlah syg meluahkan segala rasa yang ada. andai kesempatan itu telah tiada. sedikit coretan syg. moga ia akan menjadi pengubat rindu.
syg tiada kelebihan
yang ada hanya kekurangan yang menghiasi
jika syg bukan yang terbaik
maafkan syg.
doa syg
smg ksh syg dari pinjaman allah ini diantara kita
akan berkekalan hingga ke syurga
love u so much~


4 comments:

  1. ALOLO . kiut miut jex aytt dea , HAHA ~!

    ReplyDelete
  2. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik :)

    ReplyDelete
  3. Allahummaghfir lahu war hamhu..wa afihi wa'fu anhu

    ReplyDelete
  4. Salam singgah dari sedara dekat, anak Wak Mus @ Musbah b. Hasbollah..adik bradik Abah Almarhum Ustaz Ghazali Hasbollah..

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...