Friday, September 26, 2025

PULANG


"Menyintai yang paling terbaik, apabila kita mampu melepaskan"


Jika diberi pilihan, saya akan memilih awak sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak saya. tapi, ketika ini saya tiada pilihan, saya hanya mampu berdoa semoga awak bertemu dengan jodoh yang lebih baik dari saya. 


Nadeera nadha menghela nafas panjang, pesanan ringkas dari Aus Ahda membuatkan emosinya sedikit terganggu.


"Ahda, kenapa di saat hati ini telah kau pegang. kau bercerita soal pilihan? jika pilihan itu tiada sejak dulu, kenapa kau datang dengan harapan?" getus hati kecil Nadeera nadha.


Namun, berlalunya waktu demi waktu. walau hatinya terlalu mengasihi Aus Ahda. Dia menerima hakikat takdir. bahawa menyintai dengan tulus. adalah dengan melepaskan.






pastedGraphic.png


"Melepaskan itu sukar, tapi lebih sukar apabila kita tidak mampu membuat keputusan."


Semua orang tahu Aus sangat sayangkan Nadha. kenapa Aus pilih untuk tinggalkan Nadha untuk ibu? " Soal Zulfa. 


"Akak, Aus sayangkan Nadha lebih Aus sayangkan diri Aus. tapi, Aus tak mahu lukakan hati ibu. soal jodoh, biarlah Allah yang tentukan. Aus percaya, kalau Nadha memang jodoh aus takdir akan temukan kami kembali."


Zulfa tepuk bahu Aus Ahda. "akak doakan, semoga keputusan yang Aus buat ni, adalah pilihan yang terbaik. ingat tau, perkara baik datang sekali je dalam hidup kita. Jangan menyesal pula di kemudian hari. " Aus mengangguk Faham.


"Maafkan aku Nadha. Moga suatu hari nanti pintu hati ibu terbuka untuk menerima engkau sebagai wanita pilihan hati aku." bisik hati Aus Ahda.




pastedGraphic.png


"Takdir bukanlah tentang memilih. tapi tentang menerima dengan rela."


Setahun berlalu, selepas apa yang berlaku antara dia dan Aus Ahda. Nadeera Nadha meneruskan hidup, tiada satu hari pun ingatannya pudar dari mengingati Aus Ahda. 


Namun hari ini, dia tidak menolak takdir untuk menerima lamaran dari Ahmad Daiyan. Seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Datang dari pilihan kedua orang tuanya. Punya perwatakan yang lemah lembut dan menarik hati orang tua yang melihat.


Nadeera Nadha hanya menerima apa yang di aturkan. Dia letih menunggu. Aus ahda benar-benar hilang dari hidupnya. Tiada khabar berita. Dia juga hanya mampu berdoa. keputusan yang dia ambil ketika ini adalah keputusan yang paling terbaik untuk semua.


Dia juga percaya, bahawa pilihan kedua orang tuanya pasti yang paling terbaik. Dia juga hanya ingin membuat kedua orang tuanya gembira. Dan dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik dan lancar.




pastedGraphic.png


"Melupakan, bukan bererti benci. Tapi memilih untuk redha."


Kenapa abang tak jumpa Nadha dari dulu lagi? kalau abang tahu, ada wanita seindah bidadari dekat dunia ni. Tak mungkin abang tangguhkan Nadha jadi isteri bang. " Usik Ahmad Daiyan. Dia hanya tersenyum dengan usikan itu.


Dia akui. Ahmad Daiyan memenuhi apa yang di mahukan setiap wanita. lemah lembut, mempunyai rupa yang manis dan tampan. 


"Sayang, abang akan cuba sedaya upaya abang untuk bahagiakan Nadha. tapi, kalau abang terlupa dengan apa yang abang katakan hari ni. Nadha kena ingatkan abang ya. sebab, wanita sebaik nadha tidak layak untuk rasa terluka. " Nadeera Nadha Menganggukan kepala. Dia tidak berharap banyak dari Ahmad Daiyan, cukuplah dia mampu menjadi isteri yang baik untuk Ahmad Daiyan.


Dan malam itu, dia tertidur dalam dakapan lelaki yang dipilih oleh takdir untuknya. dan malam itu juga. Dia membuat keputusan untuk melupakan Aus Ahda sepenuhnya.


bersambung.. mengantuk....







pastedGraphic.png


No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

PULANG

"Menyintai yang paling terbaik, apabila kita mampu melepaskan" Jika diberi pilihan, saya akan memilih awak sebagai isteri dan ibu ...