Friday, January 21, 2011

La tag dhab (لا تغضب)

Bismillah Hirrohma nirrahim. . .
salam silaturrahim

من كف غضبه ستر الله عوررته
ertinya: barang siapa yang menahan kemarahannya, nescaya ditutup oleh allah auratnya
( yang malu diketahwi orang)
- Dirawikan ibnu abid-dun-ya dari ibnu umar-

ibnu umar berkata:" aku bertanya kepada Rasulu llah s.a.w.: " katakanlah kepadaku suatu perkataan dan sedikitkanlah, mudah-mudahan aku memahaminya."
lalu Rasulu llah s.a.w menjawab. " jangan engkau marah."
maka aku ulangi pertanyaan tadi dua kali kepada Rasulu llah s.a.w. tiap-tiap kali yang demikian. beliau kembali kepada jawapan. "jangan engkau marah."
- Dirawikan abu ya`la dari ibnu umar-

Allah taa`la telah menjadikan sifat marah itu dari api. dan dijadikannya sifat itu menjadi gharizah(instink) pada insan. dan diramaskannya dengan lumpur. maka manakala ia terhambat, dari salah satu hajatnya dan salah satu dari maksudnya. nescaya menyalalah api kemarahanya. dan api itu berkobar-kobar. yang menjadikan darah hati itu mendidih dan berhamburan pada urat-urat. dan meninggi kebahagian badan sebelah atas. sebagaimana meningginya api. ITULAH MARAH. . .



"La tagdhab " yang dimaksudkan disini
bukanlah bermakna kita tak boleh rasa marah langsung
contoh:Apabila seorang ibu melihat anaknya melakukan maksiat. dia hanya tersenyum tanpa rasa marah.itu adalah salah.

seorang suami melihat isterinya keluar bersama dengan lelaki lain. dia hanya membatukan diri tanpa rasa marah.itu juga adalah salah.

kerana rasa marah itu adalah perkara normal bagi seseorang yang bernama insan.

asy-syafi`i r.a. berkata: " orang yang diperbuat sesuatu untuk marah, lalu ia tidak marah, maka orang itu adalah keledai."

allah berfirman:- "muhammad itu utusan allah, dan orang-orang yang beriman dengan dia. bersikap keras terhadap orang-orang kafir dan bersifat kasih sayang antara sesama mereka.
(al-fath, ayat 29.)

apa yang hendak saya jelaskan disini
kemarahan itu perlu
tapi hanya pada perkara yang perlu
jika kita terlalu mengikut kata hati dan mengikut nafsu amarah
maka kita tiada beza seperti binatang yang tiada akal
amarah itu, seperti" buah pahit yang merosakkan madu."

Saya sendiri. . . pernah menjadikan amarah sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. sehingga sampai satu ketika perkataan yang saya ucapkan kepada orang yang saya marah. tidak melambangkan saya sebagai seorang muslimah yang dibekalkan dengan ilmu agama sejak kecil.
dan saat itu, saya juga tak ubah seperti orang yang tidak berakal
tetapi, apabila hati saya kembali tenang
saya mula berfikir
"untuk apa amarah itu? sedangkan amarah itu adalah sifat syaitan"
tapi terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata. . tiada gear undurnya. :)
saya teringat pesan abah. .
" orang gila. . jangan dilayan. klo dilayan kita juga sama gila dengan dia."
seperti kata Dr ezi. ." renung2kan dan selamat beramal"

apa yang paling teruk dan menjijikkan
apabila kita telah mempunyai kesedaran tentang sesuatu yang kita tau natijahnya
adalah buruk. tapi kita masih tidak berubah dan berada ditakuk lama.
tiada manusia yang perfect!
pengalaman mengajar kita erti kematangan
dari pengalaman kita mengenal apa itu kehidupan

semoga apa yang saya ringkaskan disini
ada manfaatnya untuk kita bersama
saya bukanlan orang yang bijak pandai untuk berbicara tentang ilmu
saya hanya seorang fakir yang hina
tapi saya percaya "perubahan itu ada untuk orang yang memilih mencari redha allah."

Ada beberapa cara bagaimana kita boleh mengatasi perasaan marah:

1
) Ahli psikologi menyarankan bila kita merasa nak marah, cubalah renung kuku ibu jari tangan kita kira-kira 2 minit. Dengan cara itu kita akan dapat mengubah fokus dari emosi ke pemikiran.

2) Ada pula ahli psikologi yang mencadangkan supaya kita membilang 1,2,3,4,5... ...sehingga perasaan kita yang tegang itu menjadi kendur.

3) Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram. Tentu amat sukar kita hendak mengorak senyuman ketika sedang marah; tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba.

4) Jika anda beragama Islam perkara di bawah ini mungkin boleh menolong:

- Bawa beristighafar atau mengucap berulang kali.

- Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama
surah an-Nas

- Ambil wuduk

- Solat sunat (jika perlu)


2 comments:

  1. http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebonghttp://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/templateanna/boy-emoticon-005.gif_ipit/templateanna/emo-girl-009.gif

    ReplyDelete
  2. kenapa perlu marah jika x bertempat....

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...