Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Sunday, January 23, 2011

kelemahan kekuatan akal

1). MUDAH LUPA KEPADA KEBESARAN ALLAH SWT.
Sebabnya ialah kerana ia merasa dirinya hebat dan tidak memerlukan pihak lain, hatta
kepada allah pun ia terasa kurang penting untuk bergantung. oleh sebab itu bukan sahaja
ia tidak mahu berdoa memohon pertolongan dan bantuan allah, bahkan sembahyang pun dia
lupa untuk melakukan, demikian juga dengan puasa dan perintah allah, kerana dianggap
kurang perlu.

2). LUPA TUGAS DAN PERANANNYA KEPADA ORANG LAIN.
Lupa untuk memikirkan kepentingan dan kerja-kerja masyarakat, malah lupa untuk
memikirkan keluarga sendiri kerana asyik dengan keistimewaan akalnya, dalam melakukan
kerja-kerja membuat analisis, kajian dan sebagainya.

3). LUPA DIRI.
Orang yang mempunyai kekuatan akal adakalanya lupa pada diri sendiri, sehingga
dirinya tidak terurus kerana sibuk dengan teori dan kajiannya. sehingga janggut
dan misainya panjang melebihi had yang disunnahkan. Demikian juga dengan pakaiannya
dan biliknya tidak tersusun, berselerak dengan buku nota dan kajiannya.

4). JIWANYA DIPENUHI OLEH MAZMUMAH.
Jiwa orang yang kuat akal dipenuhi dengan ujub, sombong, berbangga dengan kelebihan
yang ada. kerana kehidupan hariannya hanya memikir menambahkan ilmu yang diperlukan
oleh akalnya. tanpa ditambahkan ilmu yang diperlukan oleh jiwanya, seperti tentang
ilmu yang bersifat mahmudah.

Bagi mendidik orang yang kuat akal ini supaya kekuatan akalnya dimanfaatkan
untuk islam dan perjuangan, ialah dengan cara diberi kesedaran. Dalam Al Quran
Allah mendidik mereka dengan ayat-ayat yang mengajak berfikir, dengan cara itu
mereka dapat membuat perbandingan dan tidak lagi sombong dengan keistimewaan
yang allah berikan.

3 comments:

  1. Artikel lengkap Kekuatan akal :)
    http://mujahidahpemburusyahid.blogspot.com/2011/04/mengenal-kekuatan-dan-kelemahan-akal_05.html

    ReplyDelete
  2. kekuatan akal seseorang itu hendaklah berlandaskan kpd prinsip2 amalan dlm islam...

    ReplyDelete
  3. terimakasih kerana dapat mendidik hati agar sentiasa sedar akan gerak kerja akal

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami