Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Monday, January 24, 2011

Berdamailah wahai hati2 yang saling membenci

"Demi yang diriku di dalam gengamannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman.
dan kamu tidak beriman selagi kamu tidak berkasih sayang.
mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu membuatnya
kamu akan berkasih sayang? "sebarkanlah salam diantara kamu."

(Riwayat muslim dari abu Hurahrah.)

"Orang mukmin bagi orang mukmin laksana bangunan yang sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.

(Riwayat Muslim)

"Tidak halal bagi seorang mukmin memulaukan saudaranya lebih dari tiga hari
keduanya berjumpa lalu berpaling dan ini berpaling (masing-masing berpaling dari saudaranya).
dan yang paling baik dari keduanya ialah memulakan salam
(memulakan pendamaian)
dan mengucapkan ASSALAMUALAIKUM kepada saudaranya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Tidak halal bagi lelaki yang memulaukan seorang mukmin lebih dari tiga hari.
maka sekiranya telah lalu tiga hari.
maka hendaklah dia menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya.
maka sekiranya saudaranya membalas salam kepadanya
maka keduanya berkongsi mendapat pahala.
dan kalau dia tidak mahu juga membalas salam kepadanya maka muslim itu tadi telah terlepas dari dosa permulauan itu."

(Daripada Bukhari)

"Janganlah kamu berputus arang, berkerat rotan,
janganlah kamu pulau memulau, janganlah kamu benci membenci
dan janganlah kamu dengki mendengki.
dan jadilah kamu bersaudara sebagaimana telah diperintahkan allah kepadamu."

(Riwayat Muslim)

"Jagalah diri kamu dari sangkaan
kerana sesungguhnya sangkaan adalah paling dusta perkataan
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
janganlah kamu intip mengintip
janganlah kamu berlumba-lumba mengatasi saudaramu
dan janganlah kamu berdengkian.
janganlah kamu benci membenci
dan janganlah kamu pulau memulaukan
dan jadilah kamu hamba allah yang bersaudara"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Pintu-pintu syurga dibuka pada hari isnin dan khamis
lalu diampuni setiap hamba yang tidak mempersekutukan sesuatu dengan allah
kecuali seorang lelaki yang diantaranya dan saudaranya satu kebencian lalu dikatakan "TUNGGULAH DUA ORANG INI HINGGA KEDUANYA BERDAMAI."TUNGGULAH DUA ORANG INI HINGGA KEDUANYA BERDAMAI."TUNGGULAH DUA ORANG INI HINGGA KEDUANYA BERDAMAI."

(Riwayat Muslim)

BAHAWASANYA BENCI ITU ADALAH PENCUKUR
( yang menghapuskan pahala)

-Deqyah pegeon-

1 comment:

  1. eratkanlah tali silaturrahim sesama kita...jalinkan salam ukhwah sesama insan...elakan persengketaan n jauhkan permusuhan....bina semangat kekitaan sesama kia....

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami