Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Sunday, November 22, 2009

Cerpen Maafkan aku (ep 2)

“Sarah tak sihat ke? Mak tengok sejak kebelakangan ni wajah Sarah pucat lesi. Mcm org sakit je.’’ Risau Pn asiah melihat keadaan Sarah. Entah apa yang merunsingkan fikiran anak keduanya itu.

“iskk, xdelah mak. Muke Sarah ok je. Cantik lagikan?.’’ Sarah cube berjenaka. Walau pun jenakanya nampak seakan dibuat-buat.

“Sape kate anak mak ni tak cantik? Mestilah cantik, macam mak mude-mude dulu. Ramai lelaki ngorat tau. Sampai takut la abah ko. Haaa.. terus dia minang mak.’’ Sarah gelak besar. Dia sengaja mengalih topik. Dia tidak mahu Pn asiah mengetahwi apa yang melanda jiwanya.

,

“Sarah, mak ni bukannye ape. Sarah taukan Seorang ibu, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2 dia. Kalau Sarah ada masalah. Bagitahu mak. Jangan pendam sorang2.’’ Pn Asiah usap lembut bahu Sarah. Sebagai seorang ibu, dia tahu. Ada yang merunsingkan hati kecil Sarah.

“mak, Sarah ok la. Mungkin Sarah penat sikit keje kat kedai makan tu. Terkejar sana sini.’’ Sarah genggam erat tangan Pn Asiah. Dia cube sedaya upaya menyembunyikan apa yang berlaku. Dia pasti Pn Asiah akan kecewa jika mengtahwi dia telah berkahwin dengan Fahmi di Thailand.

“betul ni?.’’

“Ye mak. . Sarah ok. Esok Sarah pakai bedak tebal2. biar nampak mantap sikitkan mak. Ehehe.’’ Sarah peluk Pn Asiah. Dia renung wajah tua itu penuh kasih. Sejak kematian bapanya Hj sufian. Hanya Pn Asiah sahaja tempat dia mengadu. Dia dan Hakim, abang sulungnya. Tidak sebulu. Ada saja yang mengundang gaduh antara mereka.

“Bila along nak balik mak?.’’ hampir setahun dia tidak bertemu dengan Hakim sejak Hakim melanjutkan pengajian dia mesir. Iskandariah. tatkala itu, dia mula merindui Hakim.

“dua hari lepas along telifon mak. Dia kate, hujung bulan 6 nih. Mak suruh dia belikan Mak jubah mesir.’’ Pn Asiah senyum. Dia bangga kerana hakim dapat melanjutkan pelajaran ke mesir. Biar lah Hakim arif tentang ilmu agama dan dapat membantu anak2 kg mendalami tentang ilmu2 agama.

Perbualan mereka terhenti apabila Pn Asiah ingin ke pasar. Sarah pula bersiap ke restoran milik pakciknya. Sarah sengaja minta bekerja disana. Dia mahu menyibukkan diri dan lupakan perasaan rindunya terhadap Fahmi.

…………………………………………………….......................................................

Fahmi resah. Dia baru dapat panggilan Dari Sarah. Dia tidak pasti apakah perasaannya ketika itu. Apabila Sarah memberitahu bahawa dia telah megandung 2 bulan. Patutlah, Sarah sering mengadu sakit kepala dan mual. Sarah meminta dia berjumpa dengan Pn Asiah dan berterus terang sebelum perutnya membesar dan menjadi bualan buah mulut orang kampung.

Terdetik rasa kesal dihatinya kerana berkahwin dengan Sarah di Thailand. Dia tersepit antara Sarah dan ibunya. Pn Fatimah pasti mengamuk dan menyerang Sarah jika dia mengetahwi Sarah telah mengandung. Pada waktu yang sama, dia risaukan kandungan Sarah yang semakin membesar. Bagaimakah reaksi ibu Sarah dan orang kampung.

“aghrr! Apa yang harus aku lakukan ya allah?’’ Fahmi hilang punca dan arah. Dia rasa seperti seorang lelaki yang tidak berguna apabila membiarkan isterinya menghadapi semuanya sendiri. Sedangkan dia pernah berjanji untuk tidak melukai hati Sarah.

“ Kenapa dengan anak mama ni?’’ Fahmi terkejut apabila ibunya menyapa. Dia tidak pasti sejak bila Pn Fatimah memerhatikan tingkah lakunya.

“Takde ape la mama. Penat keje. Kat ofis tu banyak sangat keje yang bertangguh.” Fahmi beralih tempat dari balkoni. Dia duduk dikerusi berhadapan dengan Pn Fatimah.

“sebab tulah mama suruh Ayu keje dengan Fahmi. Ringan sikit keje tu bila ada orang Bantu.’’

“Ayu? Anak Dato Fazli?.’’ Fahmi mengerutkan dahi.

“yelah, Ayukan pandai dalam menguruskan hal Syarikat. Ma yakin dia boleh Bantu Fahmi.’’ Pn Fatimah sengaja memasang umpan. Dia mahu Ayu lebih dekat dengan Fahmi. Lebih mudah untuk dia membuatkan Fahmi Melupakan Sarah.

“Ma.. bukan soal dia pandai ke x. Diakan anak Dato. Tak mungkin dia nak keje dengan Fahmi. lagi pun syarikat Fahmi bukannya besar. leceh la. Taknak la Fahmi.”

“alahh.. tau la ma uruskan nanti. Fahmi stanby je nak terima pekerja baru.” Pn Fatimah senyum. kemudian dia bingkas bangun keluar dari bilik Fahmi. Dia

“maaaaaa…” Fahmi hanya mampu mengeluh. Susah untuk dia membangkang kata Pn Fatimah. Belum habis dengan kes Sarah Pn Fatimah pula menambahkan kusut kepalanya. Dia menyandarkan kepala dikerusi. Fikirannya melayang mengenangkan Sarah.

…………………………………………………...........................................................


inyaallah akan kembali bersambung. . .
.

1 comment:

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami