Wednesday, January 14, 2026

Aku Hanya Mahu Menulis..

Jika bercerita Sebagai Wanita Yang Matang dan Semakin Berusia

Perjalanan Hidup ini Sudah Terlalu jauh dan Panjang

Dan Semakin Di lalui

Semakin mula Malas Memperdebatkan Semua Benda

Walaupun, Suatu Waktu dulu

Akulah Perempuan Yang Suka Mempersoalkan

Mungkin Kerana aku Di fasa Letih 

Letih Bersuara

Letih Mengharap

Jadi, Aku lebih Memilih Diam dan Jalani saja

Aku belajar Untuk Reda Dan Tidak Terlalu keterlaluan

Soal Menjadi Kosong Dan Teruji

Aku Tak Mampu Mempersoalkan

Kerana Diluar Kemampuan aku Sebagai Hamba

Mungkin, Di hujung Perjalanan ini

Allah ingin Aku Menjadi Wanita 

Yang Lebih Memahami

Lebih Melihat Sekeliling

Walaupun, Sedikit Berat untuk aku bawa

Kerana Terbawa2 dengan Emosi dan Keadaan

Tapi.. Satu Benda yang Aku belajar

Bahawasanya, Hidup ini Tidak Pernah menunggu kita Bersedia

Dalam Menempuh Badai Kehidupan

Melainkan kita Harus Terus dan kuat


 

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Aku Hanya Mahu Menulis..

Jika bercerita Sebagai Wanita Yang Matang dan Semakin Berusia Perjalanan Hidup ini Sudah Terlalu jauh dan Panjang Dan Semakin Di lalui Semak...