Friday, November 14, 2025

Teruslah Berjalan..


 Menjadi Diri Sendiri
Di Akhir ini
Aku Tidak Lagi Memberati Fikiran Dengan Perkara Yang Tidak-Tidak Lagi
Aku Hanya Menjalani Kehidupan Mengikut Apa yang Di Rencanakan Allah
Aku Tidak Lagi Bertingkah Seperti Anak Kecil Yang Inginkan Perhatian
Aku Hanya Menadah Tangan
Menyerah Dan Menerima
Apa Jua Yang Tertulis
Bukan Penat Atau Lelah
Tapi, Aku Tak Mahu Lagi 
Meminta-minta Sesuatu Yang Bukan Aku Punya
Apa Yang Allah Beri
Pasti Itu Yang Terbaik
Ketika, Fikiran Dan Hati Aku Mula Berlari Ke Arah yang Bukan Jalan Aku
Apa Yang Mampu Aku Lakukan
Tarik Nafas Perlahan Dan Kembali Rasional
Aku Berehat Sebentar
Dari Hiruk Pikuk Kehidupan
Berfikir Dan Tenang
Agar Aku Tidak Lagi Keanak-anakan 😆
Sejauh Mana Pun Aku pergi
Dunia Tetap Berputar
Angin Terus Menghembus
Tiada Satu Pun Bunga Layu Dengan Ketiadaan Aku 😂
Jadi, Apa yang Perlu Aku beratkan?
Teruslah Berjalan
Kerana Dunia Tak Pernah Kesah Kaki Kita Sebelah Mana Yang Sakit
Yang Membuatkan Langkah Kita Perlahan..

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Teruslah Berjalan..

  Menjadi Diri Sendiri Di Akhir ini Aku Tidak Lagi Memberati Fikiran Dengan Perkara Yang Tidak-Tidak Lagi Aku Hanya Menjalani Kehidupan Meng...