Monday, March 13, 2023

Nak Pesan..

Aku bukan penulis yang bagus. Tapi aku teringat pernah pada satu masa dulu. waktu aku di jalan yang payah. Di saat aku sangat-sangat memerlukan seseorang untuk memberikan aku nasihat. seseorang yang tidak menghukum. aku gagal temukan walau seorang. Melainkan hanya kata-kata di belakang. yang terdengar sakit dan sinis.

Hakikatnya Di Dunia nyata ini. Tiada manusia yang tiada dosa. kita semua pendosa. Melainkan dosa itu Allah sembunyikan. 

Tapi, Seandainya. ketika kau baca tulisan aku ni. engkau adalah diantara insan yang terkapai-kapai, lemas dalam mencari perubahan. aku nak pesan beberapa perkara.

1. Jangan Tunggu tua baru kau nak berubah. sebab itu jawapan paling teruk untuk orang yang nak berubah macam kau. sekarang juga kau kena berubah. berubah untuk siapa? untuk diri kau sendiri. sebab insan yang cerdik. dia takkan menangguh-nangguh dalam pekerjaan. apetah lagi dalam soal kebaikan.

2. ABAIKAN PENILAIAN ORANG-ORANG SEKELILING. pedulikan kalau ada orang nak kata kau berlagak baik. berlagak ustajah/ustaz. yang kena balun dekat kubur tu engkau. bukan mereka. yang kena bakar dengan api neraka tu pun engkau. bukan orang lain. jadi, berubah terus. pedulikan apa pun kata-kata orang lain. aku percaya, kau bijak dalam bertindak dan berfikir.

3. INI PALING PENTING. kalau engkau selalu tinggalkan solat atau hari-hari engkau memang tinggalkan solat. mulai sekarang, kau kena SOLAT. sebab solat akan bawa kau pada jalan yang betul. mesti kau pernah dengarkan. orang cakap, kalau nak bina rumah. asas yang paling penting adalah tiang. macam tu juga dengan engkau. kalau engkau nak jemput kebaikan dalam hidup kau. benda pertama kau perlu ubah adalah solat engkau. aku berani jamin. bila kau jaga solat. semua benda baik akan serah diri pada engkau.

TAPI MACAM MANA PULAK, DENGAN ORANG YANG JAGA SOLAT 100%.

tapi masih diuji dengan kesusahan? yang tu bab lain. sebab sekarang aku nak cerita pasal engkau je.  Mulai hari ni. engkau jadikan solat sebagai kawan baik engkau. aku jamin. kau akan nampak perubahan demi perubahan dalam hidup engkau.

Last aku nak pesan. kau kena kuat untuk berdiri di kaki sendiri. jangan tunggu orang lain suruh kau berubah. kau sendiri yang kena ubah diri kau. jadikan apa saja yang pernah kau buat sebelum ni, sebagai batu loncatan untuk kau jadi orang baik. semua orang pernah melalui kesah silam. tapi tak bermakna kita kena terus hidup dalam gelap. bangun.. pasang lampu untuk kau teruskan hidup. mulakan hari kau. dengan NIAT YANG BARU.

ingat tau, kau kena belajar hidup sebagai muslim/muslimah yang ditulis dalam AL QURAN.

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...