Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Monday, August 26, 2013

Peringkat Taubat



Mengikut pandangan Syeikh al-Hujwiri, 
taubat itu ada 3 peringkat, iaitu at-tawbah, al-inabah dan al-awbah. 
At-tawbah ialah taubat orang awam mukmin dari dosa-dosa besar. 
At-tawbah ialah penyesalan dan kembali dari dosa besar kepada ketaatan. 
Orang yang bertaubat di peringkat inilah yang dikenali sebagai “taib”. 
Al-inabah ialah taubat golongan awliya dan al-muqarrabin. Al-inabah ialah penyesalan dan kembali dari dosa kecil kepada perkara yang disukai oleh Allah.
 Orang yang bertaubat di peringkat ini dikenali sebagai “munib”. 
Al-awbah ialah taubat para nabi dan para rasul. Al-awbah ialah penyesalan dan kembali dari memandang diri kepada Allah semata-mata. 
Orang yang bertaubat di peringkat ini dikenali sebagai “awab”  
~  Petikan Buku Membentuk Jiwa Sufi

Pelik tapi benar – Seorang nenek berumur 75 tahun mengandungkan bayi selama hampir 50 tahun

Ketika berumur 26 tahun, pada tahun 1955, Zahra Aboutalib telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesakitan selama 48 jam untuk bersalin. Doktor ingin menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi ini tetapi Zahra terlalu takut dan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari. Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin berhenti dan dia percaya bayi ini akan lahir kemudian tetapi ini tidak terjadi, bayi itu tidak juga lahir-lahir.
Pada umur 75 tahun, tiba-tiba Zahra terasa sakit perut macam hendak bersalin dan dia telah membuat pemeriksaan doktor dan rahimnya telah discan. Alangkah terkejutnya apabila terdapat seketul benda berbentuk bayi yang dibaluti oleh cangkerang yang agak keras (macam mumi) di rahimnya. Ini bermakna, Zahra telah mengandungkan bayi ini hampir 50 tahun lamanya. Kandungan ini telah membesar di luar rahim dan telahpun bersatu dengan organ dalaman Zahra. Secara fisiologinya, bagi melindungi tubuhnya daripada jangkitan penyakit bawaan daripada bendasing dalam badannya, badannya telah bertindak membina lapisan cangkerang yang membaluti bayi yang tidak pernah dilahirkan ini.
Akhirnya pembedahan ke atas Zahra dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam bentuk mumi ini. Itulah kekuasaan Allah, Dia berbuat apa yang disukai-Nya. Wallahu a’lam.

Awas! Jangan Letak Laptop Atas Katil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada sedikit info penting yang perlu diketahui oleh semua, walaupun kisah ini berlaku dah lama tapi mesej yang diberikan sangat penting kepada kita semua. 


Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.


Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.


Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.


Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.


Follow Post Terbaru Dari Kami