Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Saturday, July 7, 2012

ikhlaskan kita dalam amal perbuatan kerana allah?



Ikhlas adalah sesuatu perkara yang dilakukan kerana ALLAH taala.
Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : 
يا ايهاالناس أخلصوا لله العمل . فإن الله سبحانه لا يقبل من الأعمال إلاماخلص له

Wahai Manusia, ikhlaslah kalian semua kepada Allah dalam beramal, sesungguhnya Allah Swt. Tidak menerima setiap amal perbuatan kecuali jika dibarengi dengan rasa ikhlas karena-Nya.


 Tetapi, rasa ikhlas itu bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. untuk mendapatkannya perlu ada mujahadah yang tinggi dan berterusan.

dalam era dunia globalisasi sekarang.
saya tak rasa ramai yang menitip beratkan soal keikhlasan dalam hati
kenapa saya cakap macam tu?
jawapannya ada pada diri kita sendiri
cuba tanya diri kamu
"apakah hari ini, apa yang aku lakukan. kerana allah? atau kerana seseorang? 
atau kerana wang?" :)
firman allah Taala:
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. 163. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).” (QS Al-An’am : 162-163)
 
kerana. . . 
dari pengalaman saya sendiri
sesuatu perkara yang dilakukan kerana seseorang atau wang
hasilnya..." tiada kepuasan dalam hati."
tetapi jika kita lakukan kerana allah.
akan terbitnya rasa ketenangan yang maha hebat
hanya kita dan allah mengetahuinya
sekilas pandang. . . dari reality sebuah kehidupan
ruginya jika seseorang itu melakukan amal perbuatan kerana sesuatu
kerana tiada nilainya disisi allah
tapi bergembiralah wahai insan yang mencari redha allah
kerana balasannya sangat besar!
firman allah Taala:

“Barangsiapa mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguh­nya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerja­kan.” (Q.s. an-Nahl: 97).
saya bukanlah seseorang yang sempurna
apetah lagi untuk menjadi sempurna adalah mustahil bagi insan
tetapi, sebagai hamba kita masih dapat memperbaiki amal kebajikan kita menjadi lebih baik dan di pandang mulia disisi allah.
"ikhlas adalah sifat yang mudah untuk disebut
tetapi untuk melaksanakannya sangat sukar. mohonlah kekuatan dari allah."
maaf jika ada kesilapan dalam penulisan saya.
~hamba yang jahil lagi dhaif~
salam ukhuwah fillah



Follow Post Terbaru Dari Kami