Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Wednesday, June 8, 2011

USTAZ GHAZALI HASBULLAH. (Saat terakhir bersama abah)

Entah lah. . aku tak tahu nak mulakan dari mana. Tapi kerinduan dalam hati membuatkan aku ingin menulis sesuatu. Abah. . Deqyah Rindukan abah. Deqyah bukan tak Redha allah ambil Abah dari kami. Deqyah Cuma Rindu. Deqyah rindukan abah. . .

Hari pertama aku dapat tahu abah masuk hospital pusrawi. Dalam hati aku tak berhenti berdoa. Semoga allah permudahkan segalanya. Dan bila abah kena transfer dekat hospital selayang. Dalam hati. Aku fikir mungkin sakit abah tak berapa teruk. Aku bersyukur. Alhamdulillah. Dan saat aku dapat tengok abah dekat emergency. Abah senyum. Abah cakap “ doa kan abah sehat ye..” pastu abah minta aku sapukan minyak dekat perut abah. Aku rasa perut abah keras sangat. Ermm.. tak sampai 5 minit aku sapu minyak kat perut abah. Security tu kecoh je. Wat mata macam nak makan orang. Seb bek aku takde silat. Kalau ada. Aku dah pang! Dia sekali. Saborlah! Deqyah baru je tengok abah. Tapi. Sebelum balik tue. Deqyah sempat ceom abah. Pastu say sorry kat security tue. Hurmm.. Deqyah tak suka dia.



Hari kedua.. aku datang lewat. Pukul 6pm baru sampai hospital. Bukan niat aku nak melambatkan tengok abah. Kebetulan. Hari tu. Aku jaga pelajar. Dan kebetulan juga hari tu, mak minta tolong uruskan beberapa urusan mak. Ya allah. Ya tuhanku.



Sampai je dekat hospital selayang. Wad 9d katil 24. Waktu aku sampai, abah tengah makan. Kak ani tengah suapkan abah. Selera je abah makan. Tapi entah kenapa. Aku tengok keadaan abah lain sangat. Tak macam semalam. Badan abah panas. Nafas abah bunyi kuat. Lepas abah habis makan. Makde cakap. “urutkanlah kepala abah..” why not? Aku mmg suka urut abah. Aku urut kepala abah. Aku takut. Nafas abah kuat. Aku sapu2 dada abah dengan minyak. Kerongkong abah. Abah pegang tangan aku. Aku Tanya abah..” abah nak apa?” abah diam. Ya allah. Kenapa dengan abah.. makde cakap.. sebab paru2 abah berair sebab tu nafas abah bunyi mcm tue. Demi allah. Aku tak tahan tengok keadaan abah. Air mata aku menitik2. Aku lari dekat tepi tingkap hospital. Aku menangis. Ada rasa takut dalam hati aku. Bila aku dah reda sikit. Aku balik dekat katil abah. Urut kaki abah. Kepala abah. Anak murid abah cakap…” istighrfar banyak2..” aku angguk.. trm ksh abg ijam..



Bile nafas abah makin kuat. Misi dtg pakaikan abah oksigen. Aku tengok no oksigen 83.. nafas abah still tak stabil. Abah gerak sana sini. Kejap nak bangun. Kejap nak duduk. Setuasi abah tak tenang. Dan bila abah baring. Aku baru perasan. Abah tak bercakap sepatah pun sejak aku datang. Bila abah pandang aku. Aku Tanya abah..” abah nak air?” abah angguk. Dua kali abah teguk air mineral. Abah. . kenapa abah tak cakap sepatah pun? Deqyah tengok abah lain sangat. Bila no kat mesin oksigen tu naik 92.. nafas abah mula stabil sikit. Tak berapa kuat dari tadi. Abah baring. Pejamkan mata. Abah Nampak letih. Mungkin sebab suhu demam abah tingggi sangat. 39c.



Aku tengok kat mulut abah ada makanan. Abah hembus2 nak buang makanan tu dari mulut abah. Aku buka oksigen abah. Aku amek makanan tue. Abah. . Deqyah sayangkan abah. .



Aku ingat nak balik lewat sikit dalam pukul 11pm. Aku tak puas lagi duduk dengan abah. Tapi mengenangkan aku bawa mak dan kakak aku yang mengandung. Dorang pun asyik call ajak balik. Ceom abah. And aku janji ngan diri aku. Sok aku akan tido hospital. Sebab sok aku tak jaga pelajar. And aku dah budget nak drive pas zohor dtg hospital. Abah tunggu Deqyah ye. Sok Deqyah datang jaga abah. Kul 9.30. ktorang adik badik sume beransur balik. Dalam perjalanan balik. Aku asyik terfikirkan keadaan abah. Sebab buat pertama kalinya aku tengok abah sakit sampai tak bercakap sepatah pun. Aku doa semoga allah angkat penyakit abah. Sembuhkan abah. Dan abah boleh balik umah.



Sampai ligamas kul 10.30. adik badik ajak makan. Ermmm… syukur.. syukur. Aku memang lapar sangat. Tak makan dari petang. Ditahap kritikal. Perut dah menari2 manja. Aku order air tembikai. Pas waiter amek sume order. Tetibe kak ba dapat call dari kak ani. Aku xbape nak dgr. Y aku pasti. Bila Anjang call kak ani balik. Anjang cakap..”abah. . alang. . kita tak payah makan. Jum pergi hospital.” Aku blur. Dahi aku berkerut.



Masa tue. Semua bangun bergerak kat kete. Aku terpinga2. Dan aku tak paham apa sebenarnya yang berlaku. Tapi hati aku kuat mengatakan. Abah ok.. itu je yang aku nak tau.



Tetibe mak cakap ngan alang. . “ijam. . opik cakap. Abah dah meninggal” masa tu, nafas aku turun naik. Alang jawab dengan mak…” tak. . abah ada lagi. . jumm pergi hospital..”



Alang pandang aku. “bawa kete slow2.. ikut alang..”



“andak cakap abah dah meninggal? Nak kena lempang andak nie.” Ngomel aku dekat mak ngan kak adak. Tadi aku tengok abah ok je, tengah tido. Kak ani call. Cakap nafas abah berenti je. Tak cakap pape pun. Kenapa andak cakap abah meninggal? Tak tahu lah kenapa. Aku marah andak cakap mcm tue. Hati aku kuat kata abah ada… abah ada. Nafas abah Cuma terhenti je. Tapi abah ada. . abah ada..



Masa bawa kete aku cakap ngan mak..” abah ok mak. Abah ada. Takde pape tue..” entah la samada aku nak sedapkan hati mak atau aku nak sedapkan hati aku sendiri. Tapi hati aku kuat mengatakan abah masih ada lagi.



Sampai je hospital selayang. Aku tengok mata alang merah. Mata anjang.. sume mata2 yang aku pandang tengah menangis. Kak tikah cakap…” abah dah meninggal….”



Aku cume jawab. .”betul ke kak?” aku tak tahu apa perasaan aku ketika tue, Aku Cuma rasa abah masih ada lagi. Tak mungkin abah dah meninggal.



Aku tak nangis. Aku nak tengok ngan mata aku sendiri. Bila sampai je kat katil abah. Ramai anak2 murid abah. Semua menangis. Dan. . . bila mata aku terpana pada tubuh abah.. abah pejam mata. . nafas abah dah berhenti. Saat tue. Aku menangis. Abah betul2 dah takde. Aku datang dekat abah. Ceom arwah abah. Aku pegang tangan abah. Apa yang mampu aku ucapkan. . . “abah. . . abah… abah. . . .” kenapa secepat ni? Sejam lepas deqyah tengok abah ok je. Abah tido.. tadi abah tak cakap sepatah pun dengan Deqyah. Tetibe Deqyah datang kali nie. Abah dah tinggalkan Deqyah. Bukan sekejap. Tapi untuk selamanya. Deqyah tak sempat nak minta maaf dengan abah. “abah. . .”



Bila pihak hospital sedang uruskan arwah abah. Aku hanya mampu pandang dari langsir sudut tepi katil abah. Dan selepas tue. Semua adik beradik bacakan yasin untuk arwah abah. Aku hanya lihat tubuh kaku abah. Wajah abah persis orang yang sedang tido. Entah kenapa. . aku rasa abah tengah tido dan bukan meninggal. Ampunkan aku ya allah.



Dan tatkala van jenazah tiba dan hantar arwah abah dekat DARUL ATIQ. Kami sekeluarga bermalam di masjid. Bacakan yasin. Pelajar2 DARUL ATIQ DAN RAUDAH khatamkan al-quran 30 juzuk. Aku bangun. . aku duduk dekat tingkap muslimat. Aku intai arwah abah dekat lantai masjid berlapikkan tilam dekat bahagian muslimin. Aku tak nangis. Aku Nampak abah tengah tido. Aku tak tahu mcm mana aku nak tafsirkan perasaan aku ketika tu. Aku Cuma rasa. . abah ada lagi. . abah tengah tido. . aku bukan tak terima kenyataan. Aku Cuma. . . Nampak abah tengah tido dekat depan mata aku.

Selepas waktu subuh waktu anak2 murid abah tengah wirid. Aku ambil kesempatan tu dengan makde dan kak ani. Untuk ceom abah. Waktu mata aku tertacap pada wajah abah. Aku tak dapat tahan air mata aku dari jatuh. Kak ani cakap…” ceomlah abah..”



“japlah kak. . .” sambil aku teresak2… aku lap air mata aku. Aku takut air mata aku jatuh dekat muka abah. Dan saat aku dapat ceom abah.. ya allah wanginya. . . sedangkan waktu tue abah belum dimandikan lagi. Waktu tue pukul 6.30am. hanya aku, kak ani. Makde dan abg lan. Yang dapat bau wangi wajah abah. Masa kat hospital tadi. Aku ceom abah. Bau abah.. tapi kali nie.. bau wangi.. aku tak pernah bau ni pada abah sebelum nie. Kak ani tengok aku senyum… aku pun senyum..



Pukul 8am.. waktu tengah siap2kan barang untuk mandikan arwah abah. Aku cakap ngan makcik aku. “subuh tadi Deqyah ceom abah. Wangi. . bibik ceom abah wangi tak? Soal aku…



“tak wangi. . takde bau pape…” aku tercengang… owhhh. . aku anggukkkan kepala je.. sepupu aku cakap..” abah sayangkan Deqyah. .” aku senyum. .



Dan ketika jenazah abah dimandikan.. segala urusan diselesaikan oleh anak2 abah dan cucu2. Apa yang boleh aku katakan. Waktu tue. Badan abah berpeluh2. Leher abah merah. Dahi abah merah. Abah persis orang yang sedang tido. Ya allah. . indah sungguh. Alhamdulillah.



Ketika anak2 abah diminta beratur untuk ceom abah. Aku tengok ramai anak2 murid abah yang hadirkan diri. Dan saat terakhir aku ceom abah. Alhamdulillah. . air mata aku setitik pun tak jatuh.. dalam hati aku perit. Tapi aku tak mampu mewakilkan mata aku untuk menjadi simbolik pada mata2 yang memandang. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan allah. Apa perasaan aku ketika tu.



Atas wasiat abah… jenazah abah disolatkan dua kali. 1. Disolatkan oleh anak2 abah dan ahli keluarga. 2. Oleh jemaah yang hadir. Wasiat abah yang kedua untuk dikebumikan dekat darul atiq. Xdapat ditunaikan atas asbab2 yang tertentu. Semoga allah ampunkan dosa2 kami kerana tak dapat tunaikan wasiat tersebut.



Sepanjang urusan jenazan diuruskan. Aku tak menangis. Hanya senyum menjadi pengganti pada mata2 yang datang. Dan hanya ucapan terima kasih pada tubuh2 yang memeluk. Cukuplah. Hanya allah yang tau. Kefakiran hati aku ketika tu. Kekosongan yang mengusik. Tapi jujurnya aku katakan.. walau pun aku lihat tubuh abah dikebumikan. Tapi hati aku masih rasakan kehadiran abah.. subhanallah. Ampunkan dosa aku ya allah…



Alhamdulillah.. dalam pukul 12pm.. segala urusan selamat diuruskan dengan baik. Alhamdulillah. Perjalanannya sangat mudah. Ramai anak2 murid abah sms alang..” indah sungguh wajah ustaz ghazali…”. . syukur ya allah.



Abah. . tatkala hati deqyah diasak rindu. Deqyah kirimkan abah al fatehah. Janji kami mengadakan tahlil selama 40 hari dan majlis khatam al-quran setiap hari khamis untuk arwah abah. Tenanglah abah disana disisi para solihin dan auliya`. Doa anak2 abah akan mengiringin sepanjang perjalanan abah disana.



14 beradik. . 2mak. . 50 anak buah dan 20 cucu.. menjadi 1 ikatan untuk saling menjadi kekuatan. Berdiri kami disini. Untuk meneruskan perjuangan abah menjadi tiang2 yang utuh di DARUL ATIQ. Abah. . . harapan abah untuk melihat kami saling bersatu dan membantu. Akan menjadi bukti kukuh pada diri2 kami.

Tatkala Deqyah katakan pada diri. . “ abah betul2 dah xde yah. .” saat tu Deqyah tak mampu menahan air mata dari gugur. Kerana sehingga hari ni. Deqyah tetap rasa abah masih ada. Masih lagi melihat Deqyah dekat cermin hitam umah abah. Tengok Deqyah turun naik ke asrama pelajar perempuan. Membuatkan ada rasa gerun dalam hati deqyah. Dulu ketika abah ada. Deqyah tak selesa dengan rasa gerun y abah tanamkan dalam diri kami adik beradik. Tapi hari nie. Deqyah rindukan rasa itu. Kerana rasa itu menjadi protector pada diri Deqyah.



Kenyataan ini membuatkan deqyah celaru dan keliru. Tapi hakikat tetap hakikat untuk diterima. Dan deqyah redha dia atas ketentuan yang tertulis. Namun, jangan berkata apa2 tatkala air mata ini gugur saat Deqyah Rindukan abah. Al- fatehah. . .



Dari anak bungsu abah~



1 comment:

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami