Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Tuesday, December 29, 2009

Doa imam Ghazali

Wahai anak! Telah ku tuliskan dalam fasal ini apa yang jadi kehendakmu, maka patutlah engkau a`malkan dan dalam pada itu janganlah engkau lupa mengingatkan dalam doa mu yang baik-baik.

Dan ada pun akan doa yang engkau minta kepadaku, baiklah engkau pilih sendiri doa-doa Nabi S.A.W yang terdapat dalam riwayat yang sahih-sahih.

Dan bacalah doa ini pada waktu-waktu yang engkau biasakan, lebih-lebih lagi tiap-tiap sudah solat.

أللهم انى أسئلك من النغمة تمامها
ya allah! bahawasanya aku memohonkan kpdmu tentang nikmat yang sempurna

ومن العصمة دوامها
dan tentang tetapnya perlindungan

ومن الرحمة شمولها
dan tentang kandungan rahmat keseluruhannya

ومن العافية حصولها
dan tentang cukupnya kesihatan

ومن العيش أرغده
dan tentang sentosanya kehidupan

ومن العمر أسعدة
dan tentang bahahagianya umur

ومن الأ حسن أتمه
dan tentang kebajikan "yang cukup-cukupnya."

ومن الأنعم عمه
dan tentang pemberian yang paling luas kebajikannya

ومن الفضل أعذبه
dan tentang limpah kurnianya yang sesedapnya

ومن اللطف أقربه
dan tentang kehalusan budi yang sedekatnya

أللهم كن لنا ولا تكن علينا
ya allah! kiranya engkau dipihak kami, janganlah dipihak lawan

أللهم أختم بالسعدة ءاجالنا
ya allah! tutuplah aja kami dengan kebahagian

وحقق بالزيادة أمالنا
dan buktikanlah penghargaan kami dengan tambah-bertambah

وأقرن بالعافية غدونا وأصالنا
dan sertakan lah pagi dan petang kami dengan kesihatan

واجعل الى رحمتك مصيرنا وما لنا
dan jadikanlah pulang dan kembali kami kepada rahmatMu

واصبب سجال عفوك على ذنوبنا
dan tumpahkan lah dulang maafmu kepada dosa-dosa kami

ومن علينا باصلها عيوبنا
dan berikanlah kami kemurahan dengan memperbaiki a`ib-a`ib kami

واجعل التقوى زادنا
dan jadikanlah takwa menjadi bekal kami

وفى دينك اجتهادنا
dan letakkan lah kegiatan kami dalam urusan agamamu

وعليك توكلنا واعتمادنا
dan tawakat serta penggantungan kami kepadamu

اللهم ثبتنا على نهج الاستقامة
ya allah! teguhkanlah pendirian kami di jalan istiqomah

وأعدنا فى الدنيا من موجبات الندامة يوم القيمة
dan lindungilah kami di dunia ini daripada kejadian2 yang menimbulkan penyesalan di hari kiamat

وخفف عنا ثقل الأوزار
dan kurangkanlah dari kami keberatan tanggungan

وارزقنا عيشة الأبرار
dan berilah kami kehidupan seperti kehidupan org baik-baik

واكفنا واصرف عنا شر الأشرار
dan peliharalah kami, dan jauhkanlah kami dari kejahatan org2 yang jahat

واعتق رقابنا ورقاب ءابائنا وأمهاتنا واخوننا من النار
dan lepaskanlah kami, ibu bapa kami, dan saudara2 kami dari neraka.

برحمتك يا عزيز يا غفار
dengan rahmatmu, ya tuhan yang berkuasa, yang pemberi ampun

يا كريم يا ستار
ya allah yang pemurah, yang suka menutupi aib hambanya

يا عليم يا جبار
ya allah yang maha mengetahui, yang perkasa

يا الله يا الله يا الله
ya allah ya allah ya allah

برحمتك يا أرحم الرحمين
dengan rahmatmu, hai yang sepengasih-pengasihnya di antara segala pengasih

يا أول الأولين
yang adanya dari segala yang dahulu

ويا ءاخر ألأخرين
ya allah yang bersifat kemudian sekali dari segala yang kemudian

ويا ذا القوة المتين
ya allah yang mempunyai kekuatan, yang sangat teguh

ويا راحم المسكين
yang allah, pengasihi segala orang miskin

ويا أرحم الرحمين
ya allah yang sepengasih-pengasihnya di antara segala yang pengasih

لآ اله الا أنت
tak ada tuhan melainkan engkau

سبحنك انى كنت من الظلمين
maha suci engkau, bahawasanya aku terhitung orang yang berbuat salah

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين
moga-moga allah memberi selawat atas penghulu kami, muhammad dan atas keluarga dan sahabat2nya semua

والحمد لله رب العلمين
dan segala puji bagi allah, tuhan seru sekalian alam.

1 comment:

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .